SUMBER:
Fatimah Husein & Martin Slama (2018) Online piety and its discontent:
revisiting Islamic anxieties on
Indonesian social media, Indonesia and the Malay World, 46:134,
80-93, DOI:
10.1080/13639811.2018.1415056
To link to
this article: https://doi.org/10.1080/13639811.2018.1415056
Disediakan oleh:
Mohd
Faizal b. Sarail[1]
SMK
Datuk Panglima Abdullah
mfaizalsarail@gmail.com
RINGKASAN ARTIKEL:
Media Sosial (medsos)
seperti WhatsApp dan facebook sering digunakan oleh sesetengah kumpulan
sukarela untuk menggerakkan kerja-kerja dakwah mereka seperti dalam hal memberi
pertolongan -iaitu dalam bentuk sedekah (kebajkan) kepada golongan yang
memerlukan mahupun untuk aktiviti
bersifat ibadah seperti tilawah al-quran secara harian – One Day One Juz (ODOJ).
Di indonesia pengunaan medan medsos berjaya memberi kesan positif untuk menarik
lebih ramai orang untuk bersama-sama melakukan amalan kebaikan. Penggunaan medsos dalam praktis kegiatan sedekah atau kebajikan
pada masakini adalah untuk tujuan memotivasi kepada khalayak ramai supaya turut
sama menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan (needy people). Ia
bukanlah semata-mata bertujuan untuk menunjukkan atau mempamerkan kebaikan yang
dilakukan supaya mendapat pujian sanjungan daripada masyarakat. Kerana hal
sedemikan adalah haram disisi agama islam dan jelas mencacatkan keikhlasan
dalam melakukan ibadah yang sepatutunya dilakukan semata-mata untuk mendapat
keredhaan Allah SWT seperti mana yang
diperingatkan oleh hujjahtul islam Imam al-Ghazali rahimallahu alaih.
Sifat riya’ yang dikhuatiri akan terlahir dalam setiap
tindakan ke atas amalan baik yang dilakukan nampaknya telah sedia dimaklumi
oleh semua organisasi yang terlibat dengan kerja-kerja dakwah ini. Tegasnya,
sifat riya' adalah persoalan hati bagi tiap individu yang secara hakikatnya
hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Justeru, soal keikhlasan tiap individu
hanya dapat ditentukan melalui niat (juga melalui hati) untuk melakukan sesuatu
pekerjaan/amalan itu sendiri. Selain itu, tindakan sesetengah badan-badan
kebajikan untuk menghebahkan kerja dakwah yang dilakukan dalam medsos
masing-masing adalah untuk memberi galakkan serta promosi kepada para netizan
dan masyarakat supaya kutipan dana meningkat sekligus dapat menampung lebih banyak kumpulan yang memerlukan
bantuan. Sesungguhnya, medsos hanyalah sekadar wadah baru untuk
menginterpretasi jalan dakwah pada era kini agar dapat membudayakan ibadah
islam ke dalam kehidupan ummah.