Kelab Ping Pong (SDPA table Tennis club) SDPA akan menghantar wakil ke pertandingan Ping Pong MSSD Semporna bagi tahun 2017. Seramai 10 orang pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan 1, 2 dan 5 dipilih sebagai pemain. Daripada jumlah tersebut, para pemain masing-masing mewakili 5 lelaki dan 5 perempuan.
Sesi latihan intensif ini diadakan termasuk cuti persekolahan (cuti tahun baru cina). Para pemain perlu disiapkan dengan penuh persediaan menghadapi perlawanan. Setakat ini, antara pasukan kategori yang telah mengesahkan penyertaan ialah SDPA, SMKDPHJ, SMKT dan SMK(A)TS. Latihan intensif ini memfokus kepada teknik permainan pantas, kemahiran
smash,
spin dan corak permainan defensif.
|
Logo Rasmi direka oleh Faizal Studio. |
|
Ketua jurulatih sedang memerhati corak permainan para pemain. |
|
Teknik menahan bola |
|
Hari ke-3 |
|
Jurulatih beregu sedang memerhati corak pergerakan pemain. |
|
Jurulatih perseorangan sedang memerhati pemain perempuan. |
Semoga Kelab ini akan terus melonjakkan kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum sekaligus dapat melahirkan generasi muda yang cergas dan aktif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan