Rabu, 16 Oktober 2024

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai


proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji

    Dua minggu yang lalu, iaitu bermula dari 02 hingga 14 Oktober Peperiksaan Percubaan SPM telah dijalankanke atas calon-calon SPM 2024. Usaha pelajar-pelajar di sekolah ini kelihatan agak bersungguh untuk membuat persediaan bagi menduduki peperiksaan tersebut. Peperiksaan adalah bertujuan untuk menguji kefahaman kognitif, kemahiran menyelesaikan masalah, meramalkan situasi berdasarkan kefahaman kepada tema topik. Ia juga dapat digunakan untuk mengenalpasti kelemahan proses pengajaran yang dijalankan dan seterusnya dapat menyediakan perancangan intervensi yang sepatutnya. Sesungguhnya pendidikan adalah hbersifat dinamik maka sudah tentu ia perlu diperkasakan dengan memperkemaskan padegogi agar curriculum content dapat disampaikan dengan menyeluruh.

    Bagi matapelajaran pendidikan islam pula perkara utama yang dimatlamatkan ialah untuk memberi kefahaman yang kukuh kepada para pelajar supaya dapat menguasai perkara-perkara asas dalam agama. Hal yang demikian adalah penting kerana bertujuan untuk menyemaikan penghayatan yang mendalam kepada dinul islam sebagai tatacara dan panduan hidup sesuai dengan acuan yang ditetapkan syariat islam itu sendiri. Pendekatan ini juga akhirnya akan memberi kesedaran kepada setiap  individu muslim untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara melaksanakn perintah dan meninggalkan laranganNya. Selain itu, seluruh tatacara kehidupan dapat dipraktiskan selaras dengan sunnah yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW.

    Peperiksaan percubaan kali ini menunjukkan secara umum para pelajar dalam kelas 5 Teratai kurang menguasai topik yang disoal. Hal ini dapat digambarkan melalui isi jawapan yang diberikan caloon daripada soalan yang dikemukakan. Selain itu, terdapat segelintir pelajar yang masih belum menguasai teknik menjawab yang sepatutnya. Setakat skrip yang telah ditanda bagi soalan 1 & 2 menunjukkan 80% pelajar tidak menguasai kedua-dua topik yang dikemukakan. Terdapat dalam kalangan pelajar yang masih tidak memahami kehendak soalan. Sebagai contoh soalan "jelaskan dua pengajaran ayat 137-139 surah ali imran" yang mana soalan seumpama ini mengkehendaki respon calon memberikan iktibar daripada ayat kefahaman al-quran yang diberikan. Namun, kesilapan yang kerap didapati adalah pelajar memberikan langkah-langkah untuk mengimani sunnatullah. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...