Khamis, 7 Julai 2022

KSOT SDPA 2022 (Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan)

05-07 Julai telah berlangsung sukan olahraga tahunan SDPA bagi edisi ke-48 yang telah disempurnakan perasmian pembukaan oleh tuan pengetua dan perasmian penutupan kejohanan oleh Pn. Azmah Hj Pasang selaku YDP PIBG SDPA. Seperti penganjuran yang lazim diadakan sebelum ini unit kokurikulum telah mengatur acara-acara yang dipertandingkan meliputi acara-acara padang dan balapan. Penganjuran kali ini juga lebih bermakna kerana buat julung kalinya telah diadakan di kompleks sukan Semporna yang dilengkapi trek larian sintetik dan padang yang turut dilengkapi kelengkapan throw section (bagi acara lemper cakera, lontar peluru). Sememangnya sejak kompleks sukan Semporna mula dibuka kepada umum sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada orang ramai umumnya untuk beriadah dengan selesa dan bagi pelajar-pelajar sekolah khususnya mereka dapat mempraktik teknik yang betul untuk sukan olahraga. Kerana sebelum daripada ini pelajar-pelajar sekolah hanya bertanding dengan menggunakan trek larian padang di sekolah masing-masing.

ditugaskan sebagai hakim pelepas bersama marsyal kejohanan (cg. Ramsyah) dan hakim panggil balik (cg. Awang Sabli)

Pada sukan kali ini saya diberikan pernan sebagai hakim pelepas untuk acara balapan. Selain memberikan taklimat kepada para peserta sebelum acara larian dimulakan, tugas yang perlu dilaksanakan ialah memastikan pelepasan larian dilaksanakan mengikut peraturan dan undang-undang acara yang dipertandingkan. Antara lain turut diberi perhatian ialah false start supaya acara yang dilaksanakan menepati peraturan dan dilihat adil bagi semua pihak yang bertanding. Dengan berasksi di trek larian sintetik dan menepati standard telah memudahkan lagi tugas sebagai hakim pelepas. Kelancaran dalam mengendalikan tugas juga turut didorong oleh kelengkapan peralatan yang sempurna.


Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...