Jumaat, 27 Februari 2009

PENGURUS INDUK: guru besar dan pengetua sekolah

Peranan guru besar dan pengetua mengemudi sesebuah sekolah memerlukan segenap kemahiran dan ketepatan perangcangan untuk merealisasikan visi dan misi sekolah. Sekolah sebagai pusat pendidikan formal perlu mempunyai sistem perancangan dan pentadbiran yang efektif agar dapat membentuk keperibadian murid khususnya dan warga sekolah secara am. Nilai baik perlu diterapkan sentiasa dalam setiap tindakan yang dilakukan agar menjadi model ikutan kepada kumpulan sasaran ini. Justeru, fungsi pengetua sebagai pengurus dan pentadbir induk dalam sesebuah sekolah perlu diberi penekanan agar dapat menjayakan program pendidikan yang dilaksanakan. 

Sejak kebelakangan ini, pelbagai kes yang melibatkan murid sering terpapar dalam media massa menunjukkan krisis yang melanda pengurusan sekolah secara umumnya. Walaupun keseluruhannya tidak melibatkan semua sekolah namun ia sedikit mencalarkan imej institusi pendidikan ini. Masalah disiplin dalam kalangan murid seperti yang dilaporkan akhbar adakalanya tidak diberi perhatian yang sewajarnya untuk diatasi. Terdapat segelintir pengetua menyorokkan masalah disiplin murid yang melibatkan jenayah di sesebuah sekolah tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk ditangani bersama. Guru besar dan pengetua berpandangan tindakan untuk melaporkan hal ini akan menjejaskan imej diri dan sekolah. Ironinya, sekiranya masalah sedemikian dipandang remeh hal ini akan menjejaskan langkah menangani masalah ini secara menyeluruh. Laporan akhbar Berita Harian bertarikh 28 Februari 2009 memetik timbalan ketua pengarah pelajaran- Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan guru besar dan pengetua sekolah yang sengaja menyorok perlakuan jenayah. Tambah beliau lagi, pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasa lembaga tatatertib untuk mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada guru besar dan pengetua sekolah terbabit. Ringkasnya, pengabaian tugas dan tanggungjawab ke atas pengurusan sekolah akan menyebabkan institusi pendidikan ini tidak mencapai matlamatnya sebagai pusat membentuk dan mengembangkan potensi diri yang ideal. 

Selain itu, guru besar dan pengetua perlu sentiasa berbincang dengan kakitangan sekolah bagi menyediakan persekitaran yang kondusif bagi murid. Hal ini dapat direalisasikan dengan adanya kerjasama erat untuk memastikan segala program dan perancangan sekolah dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Hubungan baik diantara pengurus utama dan kakitangan yang lain perlu diamalkan setiap waktu bagi menjayakan strategi perencanaan. Hal ini sekaligus, melahirkan sebuah komuniti sekolah yang muhibbah dan harmoni disamping saling menghormati. 

Tuntasnya, tanggungjawab guru besar dan pengetua menyelia serta mentadbir sekolah memerlukan tindakan yang tepat agar dapat memfokus kearah mencapai visi dan misi akademik dan perkembangan jiwa murid. Pengabaian tanggungjawab ini akan memusnahkan pembangunan pendidikan negara yang akhirnya menjejaskan ke arah mencapai matlamat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan individu seimbang.

Khamis, 26 Februari 2009

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

Kerajaan Malaysia telah sedaya upaya meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan di negara ini. Justeru, satu pelan induk pembangunan pendidikan telah dirangka bagi merencana segala matlamat dan agenda yang ingin dicapai sepanjang tempoh 5 tahun (2006-2010). Keperihatian pihak kerajaan dalam membangunkan pendidikan dinegara ini menampakkan suatu usaha besar untuk membangun rakyat dan masyarakat Malaysia berteraskan pendidikan. Sesungguhnya, pendidikan diakui sebagai alat yang dapat memacu perkembangan setiap individu dan masyarakat seluruhnya. Disamping itu, ia merupakan makenisma bagi meransang kemajuan negara selari perkembangan dunia semasa. Justeru, segala usaha yang menghala kepada pemantapan pendidikan haruslah dialu-alukan agar dapat dijadikan landasan dalam melahirkan individu dan masyarakat ideal.

Selasa, 24 Februari 2009

percubaan pertama dalam arena penulisan blog..

Apai intoduction (free zone)

sebagai tanda penghargaan kepada kemajuan teknologi. akan ku cuba untuk mempergunakannya menyampaikan pandangan dan idea. medium perantara sebegini memberi banyak manfaat untuk semua orang secara umumnya. untuk itu akan aku salurkan segala informasi yang amat bermakna bagi tujuan perkongsian dan dapat pula kita perbincangkan dengan lebih lanjut. segala yag tercatat disini adalah atas satu sudut pandangan saja- iaitu dari perspektif diri ku terhadap dunia dan seluruhnya.

juga akan aku memperkembangkan segala karya sebagai hiburan bersama. dan diharap segala yang tersiar dapat diberi kritikan agar dapat aku majukan lagi. walau begitu, sambil menikmati hiburan kita perlukan ilmu pengetahuan agar dapat membimbingi diri daripada terjerumus kelembah kehancuran disebabkan kelekaan berhibur. dan aku amat menyanjungi segala kritikan terhadap segala idea dan pandangan yang aku lontarkan setiap kali di laman ini. walau pahit tetapi akan manis akhirnya.. kerana ku tahu segala titik mula akan ada kesilapannya. untuk itu, ku tundukkan keegoan diri untuk memproduksi karya yang penuh kualiti.pada pandangan ku sendiri, inilah jalan mencari inspirasi.

aku menyedari setiap karya yang tertulis dalam ruangan ini tidak sehebat penulisan yang punyai populariti tersendiri. justeru, aku mengakui aku baru saja berjinak-jinak dengan alam penulisan ini. kita semua menyetujui bahwa setiap insan punya bakat tersendiri walau kita yakini bahwa kekurangan juga dibekalkan sekali. untuk itu, tidak usah dinafi- kelebihan yang telah dikurniakan ilahi.

lemparkan saja sudut pandangan sendiri, kita perlu berkonngsi! yang mana baik dijadikan pekerti yang mana buruk harus dihindari.

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...