Ahad, 18 Disember 2016

KUASA POLITIK DAN SILAHTURRAHIM INSAN (Penonjolan karakter diri ditengah-tengah masyarakat)


BAHAGIAN I


Bila berkuasa  individu dengan kerja politiknya. Ramai manusia terpesona dengan karisma gerak langkahnya. Kerana manusia melihat kononnya sang pemimpin adalah insan terbaik dan terpilih, pandai dengan kerja urus tadbir manusia. Kelazimannya mereka yang berjawatan dalam ruang poliitk kelihatan agak ekslusif - pergaulan dengan 'orang ada-ada' sahaja. Apatah lagi berbicara soal politik negara M, kebanyakan mereka yang berada dalam arena politik itu sendiri asalnya adalah disebabkan kecenderungan minat dan yang paling utama ialah mengharap laba daripada jalinan akrab dengan pimpinan utama untuk mendapatkan tender dan projek yang lumayan nilainya.

Alangkah jijik sikap mereka itu, para si politikus. Orang awam yang tiada kuasa politiknya begitu cuma kehadirannya (Dicatat pada 11 Disember 2016 bertempat di Kg. Serusop, Tuaran Sabah). Dalam majlis yang dihadiri seorang politikus, akan kelihatan para politikus muda yang kononnya bersama-sama dalam memacu agenda membantu para masyarakat. Namun, politikus muda ini telah kita maklumi hanyalah sebagai pihak-pihak yang mengambil bahagian untuk mendapatkan kepentingan peribadi mereka. Mereka ini sering saja menampilkan dan menyerlahkan diri ditengah-tengah ramai orang (sebagai pergerakan muda) walhal realitinya sikap mereka ini telah diketahui hanyalah semata-mata untuk mendapatkan kelulusan tender dan projek. Disinilah letaknya destini para politikus muda ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan segelintir daripada mereka ini tidak mempunyai kaliber dan gaya kepimpinan yang boleh memajukan masyarakat. Orang "biasa-biasa" tidak dilayani dengan sepatutnya - disitu nyata double standard hubungan kelompok ini dengan rakan sebaya yang tidak terlibat dengan arena politik. Jika ini yang ingin ditonjolkan, usaha memajukan dan membantu masyarakat yang kononnya menjadi agenda utama dalam ruang politik hanyalah bersifat retorik semata-mata. Pangkat dan jawatan yang digalas mereka dijadikan kelebihan untuk mengaut untung dan kemewahan hidup. Adakah perihal sebegini sudah menjadi darah daging dalam politik kaum muda masakini? jika ianya benar, teramat parahlah bangsa, negara dan agama kita.

Ironinya, al-siasah lil mujtami' adalah wadah untuk mengurus tadbir manusia dan alam sekelilingnya agar lebih sejahtera selaras dengan syariat agama. Bertitik tolak daripada maksud ini, sewajarnya politik adalah sebagai medium penyatuan masyarakat untuk merealisasikan segala perencanaan ke arah kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan hidup yang dikongsi dan dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Sesungguhnya, hal ini menuntut kepada kebersamaan semua pihak iaitu pemimpin dan masyarakat setempat. Dengan adanya sinergi pemimpin dan kelompakyang dipimpin (untuk bersama-sama mencapai kesejahteraan) maka sebarang agenda utama dalam kerangka politik akan mudah untuk dilaksanakan. Selain itu, keikhlasan hati antara pemimpin dan masyarakat adalah yang paling memberi makna dalam segala tindakan untuk membangunkan  kesejahteraan. Lihatlah bagaimana para anbia utusan Allah SWT melaksanakan amanah dipikul mereka, tiada seorang pun yang culas dalam tanggungjawab mereka - MEREKA IKHLAS dalam melaksana pertanggungjawaban. Demikian juga bila kita lihat pada peribadi Mahatma Ghandi - BELIAU IKHLAS dalam mengetuai rakyat india untuk mencapai kemerdekaan daripada pihak British, walaupun selepas itu India terpecah kepada dua negara (India dan Pakistan) pada 1947 yang  Ghandi sendiri tindak menyetjui hal itu. Justeru, kemurnian hati yang dihiasi sikap ikhlas akan menjadikan segala usaha ke arah memakmurkan kehidupan akan tercapai dengan jayanya. Ini kerana, adanya sikap ini akan mengetepikan sifat mazmumah yang lainnya seperti mementingkan diri, ego, sombong, tidak mensyukuri nikmat pemberian dan sebagainya.  Malah yang terbentuk dalam keperibadian masyarakat ialah sifat redha, sabar dan kesungguhan mujahadah demi mengecapi kemajuan sesuai tuntutan agama sebagaiman acuan sunnah rasullulah SAW.

Pengikat kepada permuafakatan masyaratkat ialah sikap saling menerima antara satu sama lainnya. Sikap ini dapat diterjemahkan melalui mewujudkan hubungan baik dalam kalangan masyarakat itu sendiri -iaitu dengan saling menghormati, keterbukaan ketika menerima kritikan, toleransi dan kerjasama erat. Walhasil, perkara-perkara tersebut nyata akan menjadikan sesebuah bangsa mampu melonjakkan kegemilangan dalam pentas kehidupan yang aman dan damai. Justeru, keutamaan inilah yang disebut sebagai silahturrahim, yakni permuafakatan tanpa berbelah bagi demi menjaga kepentingan bersama disamping pula mewujudkan suasana yang merangkumi seluruh lapisan masyarakat dengan mengetepikan status karier, jawatan, pangkat dan kelebihan yang dimiliki seseorang individu. Janganlah ada kiranya sikap umpama enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing yang padahnya akan merosakkan hubungan baik sesama insan.  Kerana kelebihan yang ada di dunia ini yang dimiliki tiap individu tidaklah membawa apa-apa makna yang hakiki melainkan sekiranya segala kelebihan yang ada itu dipergunakan selaras dengan tuntuan agama. Sebagai muslim, amatlah jelas akan hal ini melalui firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 13 (49:13)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...