Jumaat, 2 Disember 2016

SEMPORNA




Teknik Kombinasi (sepia - blur)

DESKRIPSI GAMBAR

Latar Regatta Lepa 2016

Subjek focus/ brightness , hue- manual adjustment

Background hue- manual adjustment
-layer 1: sepia manual adjust
- layer 2: brush tool (untuk nampak kontras pada warna gambar) opacity 100%
-selection/ blur


Teknik Blur recolor


THE STORY OF SEMPORNA COLORS

Merayakan pesta regatta lepa, acara tahunan daerah semporna. Pesta air yang menarik ramai kunjungan para pelancong dalam dan luar negeri diraikan pada bulan April setiap tahun. Kemeriahan warna-warni sambulayang sebagai tradisi ikonik masyarakat bajau daerah semporna disamping keunikan dan kehalusan ukiran kayu pada lepa serta barangan perhiasan menjadi daya penarik utama dalam temasya ini. Upacara meraikan hari perkahwinan turut dipamerkan selain kepelbagaian aneka menu laut yang eksotik turut disajikan. Hidupan maritim seperti bobohan, dollen, kahanga dan lainnya diantara sekian banyak menu laut yang menyelerakan. Demikianlah, budaya dan persekitaran Semporna diterjemahkan dalam kemeriahan pesta ini. 

Selain itu, pembudayaan akademik di kalangan rakyat Semporna juga turut diadakan melalui seminar antarabangsa masyarakat bajau nusantara. Pembentangan kertas kerja oleh mereka yang pakar dalam kajian antropologi diadakan demi mengangkat suku bajau agar lebih dikenali dan difahami. Perpustakaan daerah Semporna menjadi lokasi pertemuan para ahli akademik dalam menjayakan seminar itu. Sudah sewajarnya masyarakat daerah Semporna menghargai dan menghayati anjuran seminar ini kerana ia akan menjadi wadah diri untuk mengenali jati diri melalui pembuktian sejarah, susur jalur bangsa dan teori akademik itu sendiri. Sudah tentu segala yang dibentangkan berkaitan masyarakat bajau melalui penyelidikan akademik berautoriti tinggi dan dapat diterima. Namun, adalah dicadangkan juga agar penyelidikan masyarakat bajau - suluk hendaklah juga dilaksana secara mengambil kesahan satu-satu cerita daripada generasi yang terdahulu seterusnya menganalisa maklumat yang diberikan dengan fakta yang sahih. Dengan demikian, ceritera tempatan "Orang Semporna" tidaklah disepikan.

Dokumentari Sunduk (Batu Nisan) Omadal

Pulau Omadal sememangnya menjadi pusat kegiataan awal masyarakat bajau di daerah Semporna. Pulau Omadal sebagai saksi susur galur masyarkat bajau pantai timur Sabah, khususnya daerah Semporna. Warga tempatan daerah Semporna baik generasi dahulu mahupun kini sudah tentu mengetahui berkenaan kesejarahan Pulau ini. Sewajarnya pulau tinggalan leluhur ini diangkat dalam setiap penyelidikan berkaitan masyarakat bajau  pantai timur dan daerah Semporna itu sendiri.


Dokumentari Pulau Omadal Semporna


Panorama Pulau Omadal, Semporna menerusi video klip lagu bajau

JENES THE LEGEND (OSMAN GROUP)
Muzik: Masareka studio
Rakaman video : Masareka studio

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...