Kecintaan kepada Nabi Muhammad S.a.w didaerah Semporna sekali lagi diterjemah dalam Sambutan Maulidurrasul peringkat daerah Semporna yang telah diadakan pada 07 Januari 2017/ 09 Rabi'ul akhir 1438H bertempat di padang pekan Semporna. Syabas dan tahniah kepada pasukan kolaborasi penganjur iaitu Urusetia Pejabat Daerah Semporna, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JAHEINS - Caw. Semporna) dan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna (PPDS) kerana telah berjaya merancang, melaksana dan menyelia gerak kerja serta persiapan yang seterusnya telah melancarkan majlis pada hari itu. Syabas. Dengan pengisian yang sangat 'hidup' tatkala slot forum diadakan dibawah tajuk Menyuburkan Cinta Kepada Nabi.
Cuaca cerah pada pagi tersebut merupakan rahmat Allah kepada penduduk daerah Semporna. Seawal jam 6.00 pagi kumpulan peserta sepanduk yang mewakili sekolah, persatuan, kampung serta jabatan/ agensi telah bersiap berkumpul di padang pekan Semporna. Susun atur kumpulan peserta oleh pihak penganjur telah melicinkan lagi pergerakan perarakan ini. Sebelum perarakan bermula, Y.B Datuk Ramlee Marahaban (DUN 54 Bugaya/ Menteri kewangan negeri Sabah) selaku perasmi telah sempat diperkenalkan kepada setiap kumpulan peserta sepanduk. Sepanjang sesi perkenalan itu, beliau memberikan ucapan tahniah kepada setiap kontinjen kerana telah berusaha dan bekerjasama dalam menyertai perarakan sepanduk pada kali ini.
Proses penyiapan sepanduk telah dibantu oleh pelajar-pelajar asrama lelaki. Dengan kerjasama pengurusan asrama (Cg. Hairi Alim - warden).
Cuaca cerah pada pagi tersebut merupakan rahmat Allah kepada penduduk daerah Semporna. Seawal jam 6.00 pagi kumpulan peserta sepanduk yang mewakili sekolah, persatuan, kampung serta jabatan/ agensi telah bersiap berkumpul di padang pekan Semporna. Susun atur kumpulan peserta oleh pihak penganjur telah melicinkan lagi pergerakan perarakan ini. Sebelum perarakan bermula, Y.B Datuk Ramlee Marahaban (DUN 54 Bugaya/ Menteri kewangan negeri Sabah) selaku perasmi telah sempat diperkenalkan kepada setiap kumpulan peserta sepanduk. Sepanjang sesi perkenalan itu, beliau memberikan ucapan tahniah kepada setiap kontinjen kerana telah berusaha dan bekerjasama dalam menyertai perarakan sepanduk pada kali ini.
Persiapan Sepanduk bersama pembantu |
Setting size dan pemasangan holder |
Design asal/ concept menggunakan photoshop cs6 oleh Ketua Panitia Pend. Islam. Final touch/ setting oleh Muhd. Afiq (HIDANAH ART). |
Antara yang terlibat Ust. Mohd Faizal (paling kiri) Ustz. Noor Fadiah, Ustz. Nor Saadah (Kedudukan tengah) En. Rosedin, En. Mohd Juni, En. Sofian & En. Wan Azmiri (Dari Kanan ke Kiri). |
Ketika perarakan berlangsung melalui jln dewan masyarakat - simpang Pej. Daerah |
Ustaz Shamie sebagai Ketua Kontinjen SMKDPA |
Antara jabatan/agensi yang turut menyertai pertandingan sepanduk. Kelihatan pasukan Tabung Haji (TH) Caw. Semporna mengenakan pakaian Ihram sebagai identiti mereka. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan