Tarikh 18 Februari 2017 (Sabtu) telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-quran (MTQ) peringkat SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna (SMKDPA). MTQ yang kini dikenali sebagai Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah (KDSS) pada peringkat Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun, edisi 2017 peringkat SMKDPA mengekalkan nama MTQ kerana program ini hanya dijalankan selama sehari dan pengisian yang berbentuk pertandingan dilihat tidak sesuai untuk menggunakan konsep karnival. Sungguhpun, pada peringkat awalnya pihak panitia berhasrat untuk mengadakan pengisian bersifat pertandingan dan pameran Kelas Aliran Agama (KAA) peringkat sekolah ini. Selain itu, program dalaman sekolah oleh unit yang lain juga berlangsung pada Februari perlu diambil kira agar tidak berlaku pertindihan program/ aktiviti disamping dapat mengoptimumkan penggunaan hari beraktiviti pelajar yang diisi dengan pelbagai progam yang ditentukan.
Alhamdulillah, setinggi syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi upaya kepada guru-guru pendidikan islam (GPI) SMKDPA untuk menjayakan MTQ edisi kali ini. Disamping itu, kolaborasi kerjasama Panitia Pendidikan Islam, Unit Ko-Kurikulum SMKDPA dan Bidang Kemanusiaan telah menghasilkan sinergi padu dalam aspek persediaan sehingga hari berlangsungnya MTQ. Turut menjayakan program ini juga adalah bantuan tenaga daripada para pelajar yang menjadi ahli dalam Badan Pengawas Syariah SMDKPA (BPS SMKDPA) dan ahli Kelab Pendidikan Islam SMKDPA (KPI SMKDPA) yang berperanan sebagai AJK sepanjang hari MTQ berlangsung. Setinggi terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terbabit.
Acara bermula sewal jam 8.00 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi itu mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada kalangan pelajar. Setiap acara yang dipertandingkan dibahagikan mengikut kategori jantina (lelaki dan perempuan) dan terbuka kepada seluruh pelajar aliran perdana dan tingkatan enam (6). Acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-quran, Hafazan, Syarahan Agama Spontan, Nasyid, Seni Khat dan Qiraat (dikhususkan kepada pelajar KAA ting, 3-5). Acara nasyid telah menerima penyertaan yang paling banyak iaitu melibatkan 14 kumpulan bertanding.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan pada 20 Februari 2017 (Isnin) semasa perhimpunan rasmi mingguan. Majlis penutupan ini telah dihadiri oleh tuan pengetua SMKDPA En. Abdul Aziz B. Abdul Rashid dan semua Penolong-Penolong Kanan (Kumpulan Pentadbiran Sekolah).
Acara Nasyid dilangusngkan di Dewan Makan Asrama SMKDPA |
Acara Syarahan Agama Spontan diadakan Di kelas 5 ixora |
Acara Hafazan diadakan di Bilik KKQ SMKDPA dihakimi oleh ust. Mohd Nor Hasni dan ust. Mohd Faizal |
Kelihatan pesera Acara Khat tekun menghasilkan karya masing-masing |
Majlis Penutupan & Penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Abdul Aziz B. Abdul Rashid (Pengetua) SMKDPA pada pagi 20 Februari 2017 (Isnin) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan