Hari-hari yang dilalui tidak pernah lepas dengan perasaan khuatir, bimbang, takut, gelisah dan sekian banyak lagi perasaan yang seakan membayangi tiap gerak tindak kita sebagai manusia. Ya, memang benar bahawa perasaan demikian adalah fitrah yang sedia ada pada tiap jiwa yang bergelar manusia. Justeru, perencanaan dalam kehidupan adakalanya terhalang oleh 'rasa' negatif ini seandainya ia tidak diuruskan dengan sebaiknya. Demikianlah uniknya kejadian manusia yang dilengkapi dengan segala bentuk anggota badaniah dan sifat rohaniah yang dapat menyempurnakan hidupnya dalam beradaptasi dengan alam sekeliling.
Dengan mengambil beberapa contoh dalam kehidupan. Misalnya, seseorang dapat memperoleh ilham melalui perhatiannya terhadap sekitarnya menerusi fenomena alam semulajadi, karenah masyarakat, pengalaman hidup untuk menghasilkan sesebuah karya. Demikan juga ada dikalangan kita memperoleh idea menerusi penyelidikan yang mendalam terhadap sesuatu permasalahan dalam kehidupan ini, lalu hasil dapatanya dapat dijadikan solusi kepada permasalahan tersebut. Ringkasnya, segala-galanya adalah disebabkan pencerapan manusia dengan 'perasaan' dan taakulan akal yang telah dianugerahi sebagai aset paling berharga yang diberikan Allah SWT.
Perasaan dalaman juga menjadi foktor yang cenderung mempengaruhi pola fikir dan gerak laku manusia. Khayalan perasaan negatif yang tifak dibendung akan menatijahkan keburukan dalam kehidupan ini. Hasilnya, berbagai masalah bakal timbul ekoran desakan naluri yang tidak terkawal disebabkan ketakukan, kekhuatiran, kebimbangan dan prasangka. Justeru, perkara buruk yang sering difikirkan bisa berlaku secara realiti andainya tidak dikawal. Hal ini demikian kerana, Allah SWt telah menegaskan dalam sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim , Tirmizi dan Ibnu Majah.
Mafhum hadis di atas, menerangkan kepada kita bahwa Allah SWT bertindak mengikut sangkaan hambaNya. Allah SWT sudah pasti akan sentiasa bersama hamba-hambaNya. Justeru jiwa manusia yang sentiasa mengingati Allah SWT dalam segenap kehidupannya akan sentiasa mendapat naungan rahmat Allah SWT.
Dale Carnegie (1948) dalam bukunya how to stop worrying and start living menyatakan faktor kebimbangan sekiranya tidak dikawal dan dibendung dengan sebaiknya akan memusnahkan segala impian hidup yang dicitai. Akibatnya, hal ini bukan sahaja meranapkan segala cita-cita bahkan kesihatan fizikal juga turut terjejas. Berdasarkan peneliitan beliau juga perasaan bimbang meningkatkan risiko yang dapat menjejaskan kesihatan seperti ulser perut, penyakit saraf dan neurotik - iaitu sejenis penyakit yang mengakibatkan kerosakan mental.
Justeru, pekara utama yang dapat mengatasi masalah kebimbangan kronik sudah tentu berbalik kepada ajaran agama (islam) yang murni. Penghayatan terhadap agama yang mendalam diakui memberi kesan kepada peribadi setiap manusia. Hal ini adalah jelas menunjukkan bahawa setiap ajaran islam membawa kepada pengabdian diri kepada Allah SWT - Tuhan sekalian alam. Menerusi amalan yang ditunjukkan utusan Allah SWT, nabi Muhammad Saw sehinggalah kepada apa yang ditunjukkan oleh para ulama sudah pasti akan menjadikan segenap aspek kehidupan ini menjadi mudah dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan. Agama adalah jalan kehidupan yang meraikan fitrah manusiawi yang memenuhi segala keperluan di muka bumi ini. Persoalanya, sejauhmanakah kita dapat menghayati syariat murni agama ini untuk membebaskan diri daripada keterikatan kepada dunia semata-mata.
Pergantungan sepenuhnya kepada dunia semata akan hanya membinasakan diri. Kekhuatiran yang dimainkan oleh perasaan adalah berpunca dari hawa nadsu yang tidak tersimpul erat dengan tali iman dan takwa. Oleh itu, pasrah serta redha dengan apa yang berlaku adalah menjadi pengimbang untuk mengatasi perasaan bimbang dan takut. Degan berserah diri kepada Allah SWT sepenuhnya akan meletakkan hati menjadi tenang.
Pergantungan sepenuhnya kepada dunia semata akan hanya membinasakan diri. Kekhuatiran yang dimainkan oleh perasaan adalah berpunca dari hawa nadsu yang tidak tersimpul erat dengan tali iman dan takwa. Oleh itu, pasrah serta redha dengan apa yang berlaku adalah menjadi pengimbang untuk mengatasi perasaan bimbang dan takut. Degan berserah diri kepada Allah SWT sepenuhnya akan meletakkan hati menjadi tenang.