Kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara didokong oleh kepaduan rakyat dalam membangun negara secara bersama. Pilihanraya umum merupakan wasilah untuk mencapai maksud tersebut melalui keyakinan rakyat yang diberikan kepada para pemimpin pilihan masing-masing supaya boleh diangkat diperingkat nasional. Suara rakyat yang diterjemahkan melalui kertas undi akan menentukan teraju utama dalam sesebuah negara dalam menentukan perancangan, perkembangan dan pertumbuhan negara pada masa mendatang. Jelasnya, hal ini telah tertunai pada tanggal 09 Mei 2018 diseluruh pelosok negara yang memperlihatkan rakyat jelata (yang layak memimilih) keluar bersama-sama ke pusat-pusat pengundian untuk melunaskan tanggungjawab massing-masing.
Kini, keinginan rakyat telah tertunai dengan pembentukan sebuah kerjaaan yang sah. Proses pemilihan pemimpin yang lancar merupakan suatu anugerah buat rakyat negara ini. Pentadbiran yang telus dan beritegriti merupakan dambaan seluruh rakyat di mana-mana negara. Justeru, sikap bertangungjawab dalam kalangan pemimpin adalah kunci kepercayaan rakyat yang diletak ke atas pemimpin. Hal ini demikian kerana, nilai integriti merupakan asas utama dalam sesebuah pentadbiran yang telus dan ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan negara supaya setiap langkah perancangan serta pembagunan negara memberi manfaat yang besar secara keseluruhannya. Pengurusan yang cekap dan berhemah menjamin pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing dan kestabilan politik yang matang, di mana kesannya keyakinan pelabur luar akan meningkat yang sudah pasti akan meletakkan negara pada kedudukan yang selamat di pentas antarabangsa.
Kemelut negara sebelum ini yang dibayangi oleh hutang yang meningkat dan gejala rasuah menjadi titik tolak kebangkitan suara rakyat. Kegelisahan rakyat yang dihantui kos kehidupan yang kian meningkat menjadi suara dalaman yang mendesak bahawa perubahan mesti dilakukan. Hasilnya telah diterjemahkan dalam proses pilihanraya yang pada akhirnya memberi kecundang kepada parti yang telah berkhidmat selama enam dekad di tanahair ini. Penyebaran maklumat melalui media masakini yang dilihat menjadi ruang kepada rakyat untuk mengikuti sebarang info dalam dan luar negara berjaya membentuk kefahaman dan persepsi yang berbeza-beza. Kesannya, pendirian rakyat mula terbentuk untuk dimanifeatasikan dalam pilihanraya yang diadakan.
Kini (21 Julai 2018 - keitka tulisan ini disambung semula) kerajaan baharu memasuki 70 hari menjalankan urus tabir negara. Janji manifesto untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah dikotakan. Isu GST ini adalah diantara beberapa isu yang sering mendapat perhatian rakyat semenjak ia dilaksanakan dengan gambaran yang diberikan ialah meningkatkan harga barang pada umumnya. Pelaksanaannya telah memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat yang menyifatkannya sebagai suatu bebanan yang tidak adil kepada pengguna akhir, tambahan pula ia menjadi kepertian yang mendalam kepada rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti nelayan, petani dan buruh khususnya di kampung-kampung. Walaupun pada hakikatnya kerajaan terdahulu mencetuskan pelaksanaannya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mapan. Namun, penerangan yang tidak menyeluruh dan kemungkinan terdapat pihak-pihak yang mengambil kesempatan, maka ia kelihatan tidak munasabah untuk dilaksanakan sama sekali - kefahaman rakyat gagal dibentuk.