Dalam kehidupan seharian manusia perbuatan memilih adalah diantara tindakan yang sering dilakukan sebagai langkah untuk memudahakan aturan kehidupan yang lebih sempurna. Maka tindakan memilih adalah kewajipan yang tidak dapat dipisahakan daripada perancangan manusia untuk mendapatkan 'hasil' yang dimatlamatkan. Dengan tindakan memilih yang betul berdasarkan dengan pengetahuan semasa akan menatijahkan satu keputusan (hasil) yang menguntungkan.
Ketika ini PRU14 menjadi topik pembicaraan masyarakat menjelang hari pengundian yang telah dimuktamadkan pada 09 Mei 2018. Suasana berkempen sedang giat dijalankan oleh parti-parti yang bertanding pada pilihanraya kali ini dengan menjaja manifesto masing-masing kepada rakyat supaya diberi peluang untuk mengemudi negara sekaligus menunaikan janji untuk membela nasib rakyat. Justeru, parti-parti ini akan sedaya upaya menarik hati rakyat dengan membawa kepada janji pembangunan serta menjaga kebajikan rakyat samada ada di peringkat nasional mahupun tempatan.
Bagi rakyat pula, mereka akan menilai sejuahmana keluhuran baka-bakal wakil rakyat yang akan mewakili mereka untuk memperjuangkan nasib mereka dengan harapan para pemimpin ini akan mengotakan janji yang telah ditawarkan semasa berkempen. Sungguhpun demikian, rakyat (masyarakat) akan terus membicarakan kekuatan kecenderungan mereka untuk memilih parti yang dipilih mereka. Justeru keadaan ini akan memperlihatkan dua kelompok masyarkat mejelang pilihanraya. Di satu kelompok mempertahankan kerajaan (parti kerajaan) sedia ada yang memerintah, sementara di kelompok yang lain memilih untuk menyokong pihak lawan (parti pembangkang). Kelompok ini akan terus berbicara sambil mengkritik diantara satu sama lain.
Sandaran rakyat dalam membuat keputusan memilih pemimpin adalah berdasarkan tafsiran mereka terhadap isu semasa yang diperolehi menerusi pelbagai saluran media. Sama ada isu tersebut berkait dengan pentadbiran negara mahupun menyentuh keperluan hidup seharian. Justeru, tidak hairanlah dalam suasana menjelang pilihanraya akan timbulnya pelbagai 'cerita' yang tidak dapat dipasitkan kesahihannya.

Walau bagaimanapun, pemilihan parti untuk diberi mandat menerajui kepimpinan negara mahupun negeri haruslah fokus kepada kekuatan, integriti dan kebolehan melaksanakan amanah dengan sebaiknya. Pemimpin adalah watak utama yang akan merencana pembangunan serta kemajuan masyarakat dan negara. Justeru, mereka seharusnya dinilai dengan prestasi yang benar-benar meyakinkan ke arah mewujudkan kesejahteraan hidup sesebuah masyarakat. Hal ini merangkumi aspek pembangunan intelek dan prasarana masyarakat. Pembangunan insani akan memberikan impak positif dalam melonjakkan sesebuah masyarakat ke tahap yang lebih tinggi, manakala penyediaan prasarana yang mencukupi akan memberi kemudahan urusan harian masyarakat. Demikianlah peranan yang sewajarnya dimainkan oleh para pemimpin agar kestabilan politik kekal terjamin sepanjang masa.
Keluhuran budi pekerti dikalangan pemimpin juga menjadi aset berharga untuk memenangi hati rakyat. Kepimpinan yang dicerminkan melalui akhlak yang baik akan mempengaruhi rakyat yang diwakili. Karisma kepimpinan dan berpolitik harus dijelmakan dengan nilai kesantunan yang tinggi. Hal ini demikian kerana, pemimpin adalah ketua yang menjadi ikutan dalam sesebuah masyarakat sekaligus akan mencorakkan sikap dan pekerti rakyatnya. Bagi rakyat pula, ketinggian budi dikalangan pemimpin akan menjadi sandaran keyakinan mereka dalam memilih wakil rakyat yang akan mewakili mereka. Justeru, keterujaan berkempen oleh para individu yang bertanding dalam pilihanraya perlu diwaspadai agar tidak menampakkan kejelikan akhlak di hadapan masyarakat.
Kesimpulannya, hak memilih pemimpin yang akan datang haruslah diberi peritmbangan sewajarnya dengan mengambil kira kebolehan mereka menterjemahkan amanah yang telah diberikan. Kepimpinan yang didasari dengan sifat ketelusan serta integriti dalam memperjuangkan nasib rakyat akan memberikan kesan kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarkat disamping kestabilan politik yang akan membangunkan kemajuan negara di pentas dunia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan