Isnin, 24 Mei 2021

BAHTERA


Samudera kehidupan nan luas
bergelombang dengan segenap keadaan
layar nawaitu dipasangkan
agar tujunya BAHTERA pantas

Lihat kepada empunya bintang
untuk diketahui destinasi akhirnya
bukan cuma melihat indah lokasinya
bahkan menghayati tiap ayat (tanda) seruNya.

Haluan kemudi dipastikan
agar arus deras kehidupan dapat dikendali
bukan hanya bersandar pada peta takdir
segenap ayatNya menerangkan,
wabtaghi fi maa ataakallahu ad daarul akhirah
wala tansa nashiibaka minaddunya
wa ahsin kama ahsanallahu ilaika 
wala tabghil fasada fil ardh
innallaha laa yuhibbul faasidin*
kerana hidup tak berkekalan
dan pula kematian pasti datang
maka akan rasalah BAHTERA sejahteraNya

Mohd Faizal Sarail
Meja Tulis Kg. Bubul Lama
24 Mei 2021

____________________________________

* Surah Al-Qasas (ayat 77) : 
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...