Aku gagahi uji getir datang dari Mu
Syukur aku kerana Engkau kurniai aksara ini
Pasti..
Tanpa ihsan dari Mu aku tak wujud
Pinta ku dengan tulus
Untuk kurniai diriku dengan istiqamah amal jariah
Agar denganya dapat aku teguk air rahmatMu
Runtuhkan tembok 'keakuan' ku
Juga kiranya dapat aku contohi sosok Uwais Al-Qarni
Yang disebut-sebut makhluk langit itu
Dan selamtkanlah aku dari fitnah tujuh puluh tiga kumpulan itu
Karya:
Mohd Faizal Sarail
Kg. Bubul Lama
02 Jun 2021 | 7.46pm | Rabu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan