Ahad, 23 Oktober 2022

PLC PENDIDIKAN ISLAM SPM 2022


Gambar selesai daripada PLC 21 Okt 2022  (Jumaat)
Alhamdulillah, setinggi-tinggi puji dan syukur ke atas segala nikmat yang Allah SWT telah kurniakan kerana diberikan ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan. 21 Oktober (Jumaat) telah berjaya diadakan PLC (professional learning comunity) penandaan kertas peperiksaan SPM pendidikan islam, selaku ketua panitia yang diamanahkan untuk mengemudi subjek ini saya berkesempatan untuk menjemput Ustaz Adi bin Junaidi bagi menjayakan PLC ini. Beliau adalah rakan seperjuangan sewaktu menuntut di UM dahulu. Sungguh peluang ini bukan sahaja dapat berkongsi amalan terbaik atas dasar kerjaya namun adalah wadah untuk kami mengukuhan silahturrahim. Terima kasih diucapkan buat ustaz Adi...terima kasih sahabat..

Khamis, 7 Julai 2022

KSOT SDPA 2022 (Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan)

05-07 Julai telah berlangsung sukan olahraga tahunan SDPA bagi edisi ke-48 yang telah disempurnakan perasmian pembukaan oleh tuan pengetua dan perasmian penutupan kejohanan oleh Pn. Azmah Hj Pasang selaku YDP PIBG SDPA. Seperti penganjuran yang lazim diadakan sebelum ini unit kokurikulum telah mengatur acara-acara yang dipertandingkan meliputi acara-acara padang dan balapan. Penganjuran kali ini juga lebih bermakna kerana buat julung kalinya telah diadakan di kompleks sukan Semporna yang dilengkapi trek larian sintetik dan padang yang turut dilengkapi kelengkapan throw section (bagi acara lemper cakera, lontar peluru). Sememangnya sejak kompleks sukan Semporna mula dibuka kepada umum sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada orang ramai umumnya untuk beriadah dengan selesa dan bagi pelajar-pelajar sekolah khususnya mereka dapat mempraktik teknik yang betul untuk sukan olahraga. Kerana sebelum daripada ini pelajar-pelajar sekolah hanya bertanding dengan menggunakan trek larian padang di sekolah masing-masing.

ditugaskan sebagai hakim pelepas bersama marsyal kejohanan (cg. Ramsyah) dan hakim panggil balik (cg. Awang Sabli)

Pada sukan kali ini saya diberikan pernan sebagai hakim pelepas untuk acara balapan. Selain memberikan taklimat kepada para peserta sebelum acara larian dimulakan, tugas yang perlu dilaksanakan ialah memastikan pelepasan larian dilaksanakan mengikut peraturan dan undang-undang acara yang dipertandingkan. Antara lain turut diberi perhatian ialah false start supaya acara yang dilaksanakan menepati peraturan dan dilihat adil bagi semua pihak yang bertanding. Dengan berasksi di trek larian sintetik dan menepati standard telah memudahkan lagi tugas sebagai hakim pelepas. Kelancaran dalam mengendalikan tugas juga turut didorong oleh kelengkapan peralatan yang sempurna.


Khamis, 3 Februari 2022

Mabul yang mempesona

Bersantai dipelantar Nobel Inworld Scuba Resort & Tour, Mabul.

Keindahan pulau-pulau di sekitar daerah Semporna sudah tidak asing lagi bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke daerah ini. Pesona keindahan ini bukan sahaja terkenal kepada pengunjung lokal bahkan sudah menjadi salah satu destinasi wajib yang dikunjungi oleh pengunjung luar negara tatkala mengembara di negeri bawah bayu ini. 

Pada cuti sekolah sempena tahun baru cina, trip ke pulau Mabul bersama keluarga sangat mendamaikan. Saya dan isteri berserta dua orang anak sempat melakukan beberapa aktiviti dengan penuh keseronokan. melayani anak-anak dengan berenang dilaut, menikmati keindahan suasana matahari terbenam (sunset), mengelilingi perkampungan penduduk pulau, snorkeling dan selam scuba (DSD). Sungguhpun ini merupakan trip kedua bagi kami, namun Mabul tetap menjanjikan pengalaman yang berbeza-beza. 

Dari jeti pekan Semporna untuk sampai ke sini cuma mengambil masa 40-50 minit dengan menaiki bot laju. Sepanjang perjalanan menuju ke sini kita akan dapat menyaksikan pulau-pulau sekliling seperti Omadal, Terusan, Sulabayan dan lainnya. Melihat kepada kejernihan air laut yang biru kehijauan amat mengujakan, selain minda akan berasa relaks dan santai. Sesungguhnya inilah keisitmewaan yang ada pada daerah Semporna. Laut yang jernih (crystal water) walaupun disekitaran perkampungan penduduk, Ini dapat disaksikan disekitar perkampungan Pulau Bum-Bum. Sungguh indah!.


Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...