Khamis, 3 Februari 2022

Mabul yang mempesona

Bersantai dipelantar Nobel Inworld Scuba Resort & Tour, Mabul.

Keindahan pulau-pulau di sekitar daerah Semporna sudah tidak asing lagi bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke daerah ini. Pesona keindahan ini bukan sahaja terkenal kepada pengunjung lokal bahkan sudah menjadi salah satu destinasi wajib yang dikunjungi oleh pengunjung luar negara tatkala mengembara di negeri bawah bayu ini. 

Pada cuti sekolah sempena tahun baru cina, trip ke pulau Mabul bersama keluarga sangat mendamaikan. Saya dan isteri berserta dua orang anak sempat melakukan beberapa aktiviti dengan penuh keseronokan. melayani anak-anak dengan berenang dilaut, menikmati keindahan suasana matahari terbenam (sunset), mengelilingi perkampungan penduduk pulau, snorkeling dan selam scuba (DSD). Sungguhpun ini merupakan trip kedua bagi kami, namun Mabul tetap menjanjikan pengalaman yang berbeza-beza. 

Dari jeti pekan Semporna untuk sampai ke sini cuma mengambil masa 40-50 minit dengan menaiki bot laju. Sepanjang perjalanan menuju ke sini kita akan dapat menyaksikan pulau-pulau sekliling seperti Omadal, Terusan, Sulabayan dan lainnya. Melihat kepada kejernihan air laut yang biru kehijauan amat mengujakan, selain minda akan berasa relaks dan santai. Sesungguhnya inilah keisitmewaan yang ada pada daerah Semporna. Laut yang jernih (crystal water) walaupun disekitaran perkampungan penduduk, Ini dapat disaksikan disekitar perkampungan Pulau Bum-Bum. Sungguh indah!.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...