|
Foto sumber Harian Post |
Hari ini (05 Jun 2021) sekali lagi pengumuman oleh menteri kanan pendidikan Malaysia Dr Radzi Md Jidin untuk melanjutkan pelaksanaan PDPR bermula 14 Jun sehingga 17 Julai* kemudian disambung pula dengan cuti pertengahan penggal dua yang bermula dari 18 hingga 26 Julai. Keputusan ini sudah dapat dijangkakan memandangkan kes positif harian covid-19 di negara ini masih agak membimbangkan. Umum mengetahui penularan penyakit berbahaya ini begitu mudah menjangkiti individu apatah lagi keadaan aktiviti mahupun kegiatan yang dilakukan secara berkumpulan. Justeru, untuk mengelakkan penularan penyakit ini berlaku seterusnya yang lebih penting ialah untuk memutuskan rantaian jangkitan dalam komuniti adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan agar segala perancangan untuk hari-hari mendatang dipastikan dalam keadaan selamat. Takwim persekolahan untuk sesi 2021 masih tidak stabil pastinya memberikan impak yang signifikan terhadap perkembangan dan kemajuan pendidikan anak-anak di sekolah.
(* untuk sekolah di negeri-negeri dalam kumpulan B)
Cabaran pendidikan kini tatkala kes pendemik covid-19 di negara ini kian meruncing menuntut pihak pendidik (guru) untuk merapikan setiap perancangan, pendekatan dan strategi yang berkesan dalam menyampaikan ilmu serta kemahiran kepada anak didik. Bukan itu sahaja, keberkesanan penyampaian isi pelajaran juga memerlukan sokongan dan bantuan berterusan daripada pihak ibubapa lantaran proses pengajran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan. Justeru, yang utama adalah bagaimana kurikulum yang telah sedia ada itu dapat disalurkan kepada para pelajar agar manfaat ilmu dan kemhiran yang ingin ditanamkan ke jiwa mereka dapat dilaksanakan dengan objektif dan komprehensif. Perancangan dan pendekatan yang sesuai sudah pasti diperlukan bergantung dengan realiti setempat agar akses kepada PDPR dapat dimaksimakan seterusnya sampai kepada kumpulan sasaran yang diharapkan. Kerana kita menyedari beberapa isu PDPR menjadi cabaran yang perlu diatasi perlu diberi perhatian yang sewajarnya antara contohnya, kemudahan internet (akses rangkaian talian), penilaian dan pelaporan kemajuan murid dan kehadiran murid mengikuti sesi PDPR.
Pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu dibangunkan sedaya upaya yang mungkin bagi merealisasikan hasrat membangunkan kemenjadian murid. Menurut Akta Pendidikan 1996, kesamarataan Pendidikan bagi murid tanpa mengira kaum perlu ditekankan supaya mereka mampu mengikuti kurikulum yang disediakan kerajaan pada masa depan. Saya amat bersetuju dengan apa yang dibentangkan oleh Dr Kama Shaffeei (Pensyarah di Jabatan Pengajian Pendidikan, UPSI) Guru perlu bertindak secara inklusif supaya proses pembelajaran dapat dilaksanakan semaksimum mungkin. Pelbagai aktiviti seperti simulasi, belajar sambil bermain, kuiz, bercerita dan projek mudah boleh diterapkan kepada murid mengikut keperluan dan objektif yang dirancang. Artikel Penuh :
PEMANTAPAN PBDJusteru, dengan pentaksiran yang bersifat holistik murid-murid telah diberikan hak mereka berdasarkan dan dapat pula memposisikan mereka pada tahap tertentu. Hal ini berbeza dengan penilaian yang diamalkan sebelum ini iaitu berorientasikan peperiksaan yang mana hanya menilai prestasi murid di atas kertas sahaja semata-mata.
Disamping itu, para guru juga perlu memantapkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Sehingga kini kita telah menyaksikan guru terdedah dengan pengunaan teknologi sebagai alat (tools) untuk menyampaikan pelajaran. Pelbagai aplikasi juga pada era ini banyak tersedia hanya saja para guru dituntut untuk memahirkan diri untuk menggunakannya bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajran. Bahkan medium media sosial ini dapat menarik minat murid secara relatifnya untuk mengikuti proses pembelajaran. Lihat contoh :
PdPR: Guru gigih guna media sosial tarik minat pelajar Insiatif dipihak kerajaan pula dengan mewujudkan platform Didik TV telah menjadi satu tambahan dan pelengkap kepada PDPR yang dilaksanakan oleh para guru. Diharapkan segala usaha murni ini dapat digembleng secara bersama seterusnya menjamin kelangsungan pendidikan anak-anak. Satu hal yang perlu diketengahkan juga adalah pelaporan PDPR yang dijalankan oleh para guru haruslah dianalisa dengan teliti dan sebaiknya supaya membuka ruang penambahbaikan dari semasa ke semasa. Umum mengetahui pelkasanaan PDPR yang bermula April 2020 setidak-tidaknya telah memberikan pengalaman tentang kekangan-kekanagn yang dihadapi. Oleh hal yang demikian, pelaporan PDPR ini perlu untuk mendapatkan data dan kesan sejauhmana pelaksanaan PDPR ini dilaksanakan ke atas murid. Lihat ulasan :
Setahun dilanda COVID-19, di mana laporan penilaian PdPR? - PAGE.
Keputusan KPM untuk menangguhkan Peperiksaan Sijil Peljaran Malaysia (SPM) bagi murid-murid kohort 2021 juga yang dijadualan pada awal tahun 2022 dilihat agak bersesuaian dengan situasi semasa. Lantaran proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan. Maka hal ini akan menjejaskan prestasi dan fokus murid-murid secara langsung. Justeru, penangguhan ini sekurang-kurangnya memberi ruang kepada para murid untuk mempersiapkan diri dari aspek emosi dan persediaan rapi untuk terus fokus kepada peperiksaan yang akan diduduki kelak.
Tuntasnya, pandemik covid-19 telah mencetuskan norma baharu dalam kegiatan seharian masyarkat. Khususnya dalam bidang pendidikan setidak-tidaknya telah meluaskan lagi pelaksanaan kaedah pembelajaran murid-murid. Para guru juga tiada pilihan selain memantapkan dan memahirkan diri untuk menguruskan PDPR dengan sebaiknya serta sokongan berterusan dari ibubapa dan komuniti adalah diharapkan untuk menjayakan proses menyalurkan pendidikan tidak tersekat.