Isnin, 16 Mac 2009

KETAMADUNAN

ketamadunan adalah suatu penghasilan daripada kejayaan menebar segala apa yang telah dipelajari dan difahami. Lalu dipergunakan yang demikian itu untuk tujuan membangunkan diri dan suasana sekitar. Terwujudnya ketamadunan adalah hasil rahmat dan kurniaan sang pentadbir sekalian alam. Insan sebagai makhluk yang dipertanggungjawabkan hanyalah sekadar pelaksana perintah untuk memakmurkan dan membangunkan mengikut acuan yang dicitai.

Namun sifat leka dan lupa tidak terpisah dari dalam diri manusia itu sebagai hamba Allah yang lemah dari segala sudutnya. Cuma membezakan adalah hati dan akal yang suci demi memimpin ke jalan bahagia menuju redha Ilahi. Ada waktu manusia terlalu dahagakan pembangunan sehingga lupa kepada aturan Tuhan, akibatnya jiwa terpinggir jauh dari redha Ilahi. Warga juga turut tertimpa bencana yang tiada terduga. Namun ini semua sebagai peringatan yang penuh makna, sebelum berhimpunnya umat manusia di hari yang hanya ada perhitungan amal dan jasa.


Saat kita berjalan meninti kehidupan dunia bermacam pancaroba dilalui. Berbagai harmoni alam dapat dinikmati sambil merasai syukur tertinggi kepada Ilahi. Dialah yang mengatur dan mentadbir segala sekalian alam. Hanya manusia diminta untuk bersyukur bagi semua pemberian ini. Ada tertawa, tanda uniknya semesta. Ada tersenyum, tandanya patuh seluruh alam ini. Ada terus lupa dan leka, tandanya kurang mengerti semua yang terjadi. Namun ketamadunan silam mengajarkan berbagai teladan serta iktibar disepanjang perjalanan kehidupan untuk menuju puncak kebahagian hakiki. Umat terdahulu pernah digembirakan, juga mereka pernah dibinasakan sehingga tiada seorangpun mampu melepaskan ancaman yang datang. Demikian kekuasan Allah yang tiada tandingan, segalanya terjadi tanpa perlu bantuan. Sewajarnyalah umat kini mengambil pengajaran akan apa yang telah berlaku disepanjang lipatan sejarah silam.

Hanya yang membezakan kini adalah rancaknya usaha untuk memajukan kemewahan tapi sering lupa kepada prinsip islam. Ada sesetengahnya berjuang mengembalikan kegemilangan agama suci ini, namun dipandang serong kononnya menyekat pembangunan. Ada pula yang menyongkong tindakan kemajuan sambil terlepas pandang kesyumulan islam lalu dikatakan inilah pembangunan versi islam. Sedangkan itu semua hanyalah andaian yang tidak berpijak kepada lunas islam yang penuh kesucian. Seterusnya, yang amat mendukacitakan adalah mereka yang semata-mata mengejar kemewahan bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan serta amat teruja tatkala diberi pujian dan sanjungan.

Adakah semua ini menandakan ketamadunan yang dapat menyatupadukan?. Kita menginginkan satu ketamadunan yang mulia kulit dan isinya. Umapama buah yang enak dipandang dari luar kulitnya maka elok rasa manis isinya. Begini sebenarnya yang kita semua perluakan, barulah hidup aman serta tenteram. Tiada kerisauan menyelubungi hari-hari yang menjelang. Tiada kegelisahan untuk memikirkan harapan tinggi perlu bantuan insan. Hanya pergantungan penuh kepada Allah s.w.t dan rasulNya sebagai ikutan.

Semoga ketamadunan yang sedang kita canangkan bersama kini menuju ke arah bahagia hakiki. Ingin sekali mendekatkan diri kepada Ilahi untuk diredhai. Berkat ajaran dan panduan yang disampaikan Rasul al-amin moga kita sentiasa ikuti sebagai dinding menjauhkan diri daripada musuh agama suci ini. Mereka dahagakan kekufuran lantas jauh daripada mendapat rahmat Allah. Namun kita pula cinta kepada jalan Allah dan sunnah rasulNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...