Isnin, 9 Mac 2009

salam maulidur Rasul (12 rabiulawal 1430)


Telah sekian lama kita ditinggalkan oleh seorang insan yang amat menyayangi seluruh alam. Hari ini kita semakin asyik dibuai nikmat duniawi hasil perancangan makhluk terkutuk Ilahi. Tanpa kita sedari bahananya membawa diri jauh dari landasan yang dapat menyampaikan kita ke destinsasi hakiki. Akhirnya diri seringkali lupa akan cinta terhadap utusan kamil sekalian alam. Diri berdoa agar ini tidak menjadi riak dan takbur dihati, atau mungkin semata-mata untuk mendapat pengiktirafan duniawi.. yang nikmatnya dapat menaikkan bangga diri.

Kasih dan sayang keatas utusan kamil tiada lagi. Hanya sekadar lisan tapi bukan dihati. Diri tunduk meminta ampun dari sang pemilik hakiki. Moga perjalanan melewati buana mendapat petunjuk dan sentiasa dikurniai rahmat sejati..

Kepadamu Nabi s.a.w diri mengucap salam kerinduan. Sebagai tanda pengakuan diri amat mencintai dan mengasihi. Moga dikau dapat memberi syafaat kepada umat ini.. amin…

12 Disember 2016 | 13 Rabi'ulawwal 1438H | ISNIN
7 tahun berlalu daripada posting awal tulisan ini. Hari ini Isnin merupakan cuti umum bagi negara Malaysia disebabkan 12 Rabi'ulawwal 1438H jatuh pada Ahad. Sungguh hari ini juga mencatatkan sejarah bagi Malaysia dengan keberangkatan balik YDPA ke-xiii DYM Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah ke negeri asal tuanku iaitu Kedah Darul Aman setelah tamat tempoh berkhidmat sebagai YDPA Malaysia selama 5 tahun. Tempat baginda sultan pula akan digantikan oleh sultan Muhammad V yang ke-xiv.

Cinta kita kepada sang Kekasih Allah SWT. Sedang baginda nabi pula insan yang amat menyayangi umatnya. Hingga terungkap rasanya cintanya pada umat ini dalam suatu hadis saat baginda ditanyakan oleh sayidina Abu Bakar r.a tentang siapakah "ikhwan". Iaitu nabi saw menerangkan bahawa mereka itu adalah generasin yang cinta akan Allah dan rasulNya namun tidak pernah bertemua baginda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...