Pada menyatakan hasrat yang terbuku di hati. Berbagai pula mehna dihadapi bagi menjelaskan hasrat itu...
Sudah menjadi lumrah setiap manusia punya secebis hasrat yang ingin diluahkan. Baik hasrat yang demikian itu khusus buat seseorang atau kumpulan. Sesungguhnya hasrat juga berbagai-bagai ragamnya dan kehadirannya. Ia sukar ditafsirkan secara langsung dan difahami akan hakikatnya. Adakalanya kehadiran hasrat itu terpancar dengan tiba-tiba dan secara tersendiri, iaitu setelah mendapat tarikan terhadap sesuatu yang mendatangkan minat pada seseorang. Semuanya bergantung pada seseorang yang bilamana dirinya berhadapan dengan sesuatu yang menarik mintanya. mempersoalkan ‘particular thing’ yang berkait dengan terlahirnya hasrat merupakan yang sukar dinilai secara objektif. Memaklumi bahawa setiap manusia mempunyai citarasa dan minat yang berlain-lainan. Justeru ia sesungguhnya sukar untuk ditafsirkan dengan muktamad serta tuntas. Lebih mudah kiranya minat yang berlainan yang wujud pada manusia ditakrifkan sebagai ‘suatu konsep relatif’.
Pada hasrat itu pula memungkinkan seseorang dapat memuaskan hatinya. Menikmati kepuasan hati adalah suatu nikmat yang tahapnya amat bernilai pada diri seseorang. Akan tetapi, kepuasan hati yang dimaksud adalah yang sahih, yakni tidak tercemar dengan nafsu yang tak berpandu dan jauh menyimpang pada dasar nilai-nilai fitrah manusiawi. Kerana pada hasrat itu terdapat juga unsur-unsur hitam yang menatijahkan keburukan dalam penghidupan.
Dapat juga difahami bahawa kewujudan hasrat adalah sebagai keinginan yang amat kuat. Keinginan yang amat kuat inilah akhirnya menjadi pendorong kepada setiap manusia untuk terus berjuang melangsungkan kelestarian hidupnya di buana ini. Sedar akan peranan hasrat itu adalah sebagai entiti yang dapat membangunkan potensi manusia, maka sewajarnya ia perlu diamati supaya dapat memberi manfaat optimum kepada diri. Persoalan tentang mehna yang bakal dihadapi demi meluahkan hasrat itu perlu dikendali dengan sebijaknya, agar pendekatan yang digunakan adalah tepat dan mencapai maksud yang sebenarnya.
hasrat juga terkadang datangnya daripada luahan imaginasi. Awangan imaginasi yang terbentuk dibenak minda yang bersangkutan persoalan impian, cita-cita dan harapan. Keindahan imaginasi umpama menikmati karya lukisan yang indah yang menpunyai falsafahnya yang tersendiri. garis-garis serta figuratif diatas permukaan lukisan mengandungi makna yang tinggi, dan memahaminya terletak pada pengkarya itu.
Bukankah setiap daripada kejayaan kita pada hari ini bermula dari secebis hasrat? Bukankah setiap yang kita miliki sekarang adalah kebijaksanaan kita mengolah hasrat itu dengan arus realiti zaman? Justeru, segala yang kita miliki kini adalah suatu anugerah dan kejayaan kita mengatur hasrat yang terpendam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai
proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji Dua m...
-
Sinar mentari petang Petang Tatkala berlabuh sinar mentari Ragam manusia kian longlai Dek keletihan mencari penghidupan Seb...
-
Teknik Kombinasi (sepia - blur) DESKRIPSI GAMBAR Latar Regatta Lepa 2016 Subjek focus/ brightness , hue- manual adjustment ...
-
Alhamdulillahi Robbil A'lamin segala puji bagi Allah SWT yang maha pengurnia dengan sekian banyak nikmat dan kasih sayang kepada se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan