Rabu, 8 Disember 2010

PADA BALIK BAYANG ITU…

Tidak terzahir rupa bentuk yang wujud pada bayang itu. Kehadirannya dirasai disegenap benak dan ruang raga, ingin rasanya dia memunculkan diri. Namun seakan ada yang tidak membolehkan bayang itu menampakkan rupa bentuknya. Atau mungkin ada helah yang dia sendiri maklumi namun sengaja dirinya menyembunyikan akan maksud itu. Pada wujud bayang itu persis bayu sunyi yang nyaman dan menengkan walau tidak dikenal pasti akan hakikat paras rupanya. Desir-desir suaranya terkadang jelas dan kelam, bertingkah sahutannya; tadahan keikhlasan sering kali menjadi citra santunan bahasanya. Gerak-gerinya terkadang pantas bak panahan kilat dilangit meluruh mendahului bunyi dan sesekali juga langkahnya lelah bagai ia telah berlari merentasi seluruh penjuru dunia.

Mungkin pada bayang itu buntu…? Mungkin pada bayang itu keliru…?

Bayang itu adalah suatu kewujudan. Misteri. Kehadirannya dapat dirasai pada garapan realiti maujud benda setelah cetusan karyanya berjaya memacu pada maujud alam. Penghasilannya sungguh mempesona rupa semesta dan kalaupun tidak sebagai penambah warna-warna alam. Keterujaan juga kagum pada bayang yang satu ini. Sungguh hebat wujudnya pada bayang yang satu ini - walau misteri identitinya.

Menginsafi bahawa sifat pada bayang itu adalah tertakluk pada sinar cahaya maka ia adalah suatu fenomena yang saling bersangkutan. Pabila sinar cahaya yang teramat panahannya pada realiti maujud alam semakin jelas pula bayang itu. Tidak juga pada bayang itu mencetuskan zahir dirinya meski sinar cahaya maha hebat panahannya, kerana adalah fitrah bagi dirinya bentuk rupa tidak mampu untuk dijelmakan secara sendirian. Demikian bayang menyedari hakikat yang sedemikian itu. Justeru tiada sebab pulalah dia berkehendakkan sangat untuk mendedah akan hakikat rupa yang dia miliki.

Keistimewaan menyelimuti misteri bayang ini. Teramat luas faedah yang mampu diberikan olehnya kepada siapa sahaja yang melayani dirinya dengan keluhuran dan kecermatan. Munculnya adalah suatu yang fitrah begitu juga penghasilannya yang bisa nyata. Maka memahami hadir bayang ini dapat menguntungkan banyak pihak. Walau sesekali juga wujud bayang ini mendatangkan pergolakan yang luar biasa wataknya.Ada masanya kewujudan bayang itu mengelirukan lantas membuntukan pada raga yang memiliki. Liku-liku perjalanan amat memerlukan pada bayang ini. Untuk mengorak langkah ke hadapan atau meninjau analisa masa silam.

Pada bayang itu, dia mampu menjalinkan hubungan baik dengan masa yang relatif sifatnya. Masa adalah sahabat karib pada bayang ini. Pada masa dan bayang, mereka adalah duo terhebat sepanjang zaman. Perhubungan antara keduanya tak tumpah seperti belangkas berdua pergi bersama. Peredaran masa melintasi garis-garis waktu senantiasa diiringi oleh bayang untuk saling bertuntunan. Sesekali mereka berdua tidak pernah berselingkuhan. Perhubungan mesra lagi erat mebuatkan kedua-duanya saling hormat dan menerima. Bagi diri masa, dia punyai kuasa bagi setiap lorong perjalanan dan peta perjalanan adalah hasil karya bayang. Saat kaku gerak antara keduanya maka bertingkah pula datang halatuju yang tak tentu arah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...