Sudah tentu tiap individu punya ragam yang tersendiri |
رضا الناس غاية لا تدرك
Ungkapan ini amat bererti kepada sesiapa sahaja. dalam melayari lautan kehidupan dimana diri sendiri menjadi nakhoda kapal untuk menentukan destinasi yang ditujui. Demikian kita menyedari dengan penuh keinsafan bahwa bagi memusakan semua pihak merupakan suatu pekerjaan yang teramat berat.
Maka terimalah segalanya dengan apa adanya dan penuh kesederhanaan.
5 TAHUN BERLALU
Hari ini 19 November 2016, telah berlaku banyak perkara dikeliling kita mengikut peredaran masa itu. Juga tulisan ini baru sahaja dikemaskini setelah 5 tahun berlalu. Tentu saja, banyak sekali yang telah berubah. Demikianlah 'masa' menempatkan dirinya sebgai makhluk yang begitu 'istimewa'. Sifat masa yang relatif bisa dimanfaat sehinggalah kita sampai pada titik akhir zaman.
Sumber: Utusan Malaysia Online |
Disepanjang peredaran zaman pula kehendak manusia semkin tinggi - berubah-ubah. Apa yang boleh dikatakan bahawa, manusia ingin mengambil daripada peredaran masa 'sesuatu' yang mengikut arah alir peredaran zaman. Kehendak manusia yang tinggi sesungguhnya telah banyak mendatangkan natijah baik mahupun sebaliknya. Ini sudah menjadi lumrah, bahawa setiap keinginan itu harus dipenuhi dengan mengambil kira keperluan, tuntutan, kesesuaian, kepadanan dan banyak lagi. Dari situlah kehendak manusia pula semakin meningkat - untuk memenuhi survival hidup. walau apapun, nilai beragamalah yang menjadi paling utama supaya manusia tidak 'terperangkap' dengan mudah oleh permainan masa itu sendiri.
FOKUS
Dengan maklum bahwa manusia adalah banyak ragamnya. Maka, sewajarnya pada diri tiap individu pula untuk kekal istiqamah dengan segala usaha baiknya. Hal ini menjadi kunci kejayaan yang hakiki untuk mendapatakn keberuntungan hidup yang abadi kelak. Manakan tidak, Allah SWT telah memberi ingat melalui kalamNya yang suci "KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN KEBAJIKAN SERTA SALING MENASIHATI UNTUK KEBENARAN DAN SALING MENASIHATI UNTUK KESABARAN" (Surah Al-'Asr:3). Justeru, hal ini telah jelas nyata sesungguhnya hanya berbuat baik sahajalah yang mampu menyelamatkan arena kehidupan ini. Sewajarnyalah kita menginsafi segala khilaf diri dan berusaha pula untuk memperelokkannya. Sesungguhnya kebaikan yang diperbuat pasti akan memberikan hasil yang lumayan disamping menjadi bibit buat generasi muka untuk terus mengekalkan keamanan dan kedamaian.
Adapun dengan kehendak manusia yang tidak terbatas usahlah dikisahkan pula. Hanya saja, manusia itu mungkin berlainan tingkat ilmu dan kefahamannya dalam sesuatu. Justeru, beza tingkat ilmu dan kefahaman adakalanya menjadikan suatu yang ingin dilaksana (kebaikan) mendapat tentangan daripada pihak lain. Sekiranya hal ini tidak diuruskan dengan sebaiknya dengan jalan hikmah, maka sesungguhnya kebaikan yang direncana itu kemungkinan besarnya tidak dapat pula diteruskan. Namun, tidak dinafikan bahawa tidak bermaksud segala buah fikir mahupun kritik dari pihak lain adalah tidak bermakna. Apa yang perlu ialah menjadikan ia sebagai sumbang saran untuk memperbaiki lagi kelompangan perencanaan kebaikan, bukankah langkah demikian lebih bersifat positif daripada terus sahaja menganggapnya sebagai ancaman?!. Justeru, disinilah letaknya seni menempatkan diri (yang kekal dengan prinsip) untuk terus menghadapinya secara harmonis.