Kasih kami kepada mak dan bapa tiada timbang taranya. Walau dianugerah oleh sang makhluk dengan berbagai-bagai nikmat istimewa, yang bermaksud supaya kami lupa dengan tanggungjawab utama menjaga mereka. Atau digoda dengan tipu daya nafsu diri yang memberontak untuk bebas dalam penghidupan ini. Maka kami mohon kepada Al-Khalik Al-Azim semoga semua itu tidak membuatkan kami tuli pada minda dan buta pada hati. Juga kami mohon dengan sifat kesempurnaanNya yang Esa supaya kami sentiasa mentaati ibu dan bapa selagi nyawa dikandung badan hingga selamanya.
Kerana dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahwa kami semua tidak akan terlahir ke alam Allah Taala ini tanpa mak dan bapa. Dan kami juga tidak dapat menikmati segala isi-isi alam ini kalau bukan kerana bersungguhnya bapa mencari kehalalan rezeki untuk kami semua. Demikian juga mak yang menumpahkan kasih dan sayangnya untuk kami semua dan sanggup pula berdepan bertarung derita dan nyawa menatang keselamatan penghidupan kami di buana ini. Kepada mak dan bapa kami sesekali tidak dapat membalas segala pengorbanan yang kalian taburkan atau dapat pula kami menggantikannya dengan nilai-nilai duniawi. Segala yang diberikan begitu bernilai dan bermakna tiada apapun sebagai timbang taranya. Kepada Allah sahajalah kami panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala nikmat yang diturunkan, semoga ibu juga bapa mendapat rahmat Allah berterusan. Hanya Allah sahajalah yang layak membalas kembali kasihnya seorang ibu dan sayangnya seorang bapa. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt.
Titip doa dari mak dan bapa amatlah kami perlukan. Kerana doa tanpa hijabah dari kalian adalah sebagai bekal penghidupan yang paling membahagiakan kami. Sementara kami pula tidak pernah putus dari terus berdoa demi keselamatan serta kesejahteran untuk kalian berdua. Semoga Allah swt terus menerus melimpahkan barakah dan rahmat ke atas keluarga kita ini. Nasihat dari mak dan bapa masih lagi perlukan untuk melalui lorong kehidupan ini, kerana kalian berdua amatlah sarat dengan liku-liku perjalanan dan pengalaman hidup.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan