- Setiap dari kita dikurniakan akal dan fikiran. Kedua-dua Elemen ini dapat digunakan untuk mengembangkan dan memajukan semua pihak amnya dan diri sendiri khususnya. Justeru itu, ia haruslah dioptimumkan agar menghasilakn suatu hasilan yang mendatangkan keuntungan yang maksimal.
- Akal dan fikiran juga sering kali menghasilkan berbagai idea mahupun ilham yang datangnya daripada pencerapan pancaindera manusia. Menyedari bahawa pancaindera yang dianugerhkan meruapak alatan yang dapat dimanfaatkan untuk mendapatkan sekian banyak maklumat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Sesungguhnya bahawa kehidupan manusia bergantung dengan pencerapan pancaindera maka akal dan fikiran secara langsung dapat berhubungan dengan kecelikan hati nurani sebagai suluhan yang benar serta dipandu oleh syariat yang benar. Dalam proses tersebut juga proses penalaran akan berlaku secara serentak dan bersifat automatis. Ini adalah peringkat yang terpenting kerana berlakunya analisis, perkiraan, peramalan dan sebagainya sebelum termuktamadnya fasa penentuan keputusan.
- .Dalam perkembangan dan proses kesuksesan faktor lingkungan juga memainkan peranan yang bukan sedikit. lingkungan sosial menjadi penyandar yang amat bermakna bagi memberi signifikan dengan segala idea mahupun ilham yang diperoleh. perhubungan sosial sangat berperanan untuk memaksimalkan fungsi buah fikiran yang ingin dijayakan. setiap idea yang terlahir sememangnya mengandungi sekian banyak nilai tambah yang dapat memepermudahkan segala sistem sedia ada serta mampu membentuk modul yang ampuh yang dapat menangani kelemahan dan ketidakaturan sesuatu sistem konvensional yang agak ketinggalan. disinilah letaknya peranan lingkungan tersebut, yang mana kehadiran mereka dapat dikaji secara mendalam dan diteliti dengan penuh tekun dan terperinci untuk melihat kelompangan pada sistem yang diamalkan. sudah tentu dengan mengadakan penyelidikan yang terancang dan penuh teliti membolehkan analisis dapat dilakukan bagi mencari permasalahan utama.
Isnin, 24 Januari 2011
MENJELASKAN PROSES KESUKSESAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai
proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji Dua m...
-
Sinar mentari petang Petang Tatkala berlabuh sinar mentari Ragam manusia kian longlai Dek keletihan mencari penghidupan Seb...
-
Teknik Kombinasi (sepia - blur) DESKRIPSI GAMBAR Latar Regatta Lepa 2016 Subjek focus/ brightness , hue- manual adjustment ...
-
Alhamdulillahi Robbil A'lamin segala puji bagi Allah SWT yang maha pengurnia dengan sekian banyak nikmat dan kasih sayang kepada se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan