Moderasi (moderate) adalah kata ambilan asing (Bahasa Inggeris) yang membawa maksud avoiding extremes of behavior or expression : observing reasonable - sumber: http://www.merriam-webster.com/dictionary/moderation. Kata ini dapat difahami sebagai pemerhatian untuk mengesahkan kedudukan yang wajar dalam memberikan satu-satu penilaian yang melibatkan sesuatu proses sistem yang telah ditentukan. Hasil akhirnya pula akan membawa kepada satu keasahan kualiti yang diyakini. Dalam konteks tindakan sesuatu kerja, peringkat moderasi adalah sangat diperlukan agar setiap hasilan berada dibawah kawalan yang tersusun dan komprehensif. Selanjutnya, ia juga bertujuan dapat mengesan serta mengenalpasti kepincangan dalam sesuatu proses.
Penelitian berulang terhadap prosedur dalam sesuatu sistem kerja akan menjadikan setiap output yang dihasilkan memiliki nilai mutu yang terbaik. Jika diamati, moderasi adalah suatu tindakan kerja yang bersifat "mensederhanakan" suatu penghasilan. Ini bermakna, dalam mentadbirkan sesuatu proses kerja moderasi mampu memberikan suatu keputusan yang bersifat natural, adil dan quality check/ control. Namun, ini tidak bermakna moderasi boleh menjadi titik pemutus apabila melibatkan pelbagai pihak dan peringkat. Hanya sahaja ia bertindak sebagai penelitian yang bersifat mengikut peraturan yang telah ditentukan dan dipersetujui disemua peringkat proses kerja. Dasarnya hendaklah pula tertakluk kepada 'kehendak akhir' dalam apa yang dimatlamatkan. Kenyataan ini adalah berbasis kepada kepatuhan terhadap halatuju sasaran utama. Untuk itu, ini akan mengelakkan daripada berlakunya ketidakpadanan, ketidakakuran, double standard, dan segala bentuk kekhilafan yang boleh dianggap sebagai membelakangi kehendak akhir yang hendak disasarkan.
SASARAN (KEHENDAK AKHIR)
Sasaran (kehendak akhir) adalah perkara utama sekali dalam apa-apa jua bentuk tindakan kerja. Adakalanya sesetengah proses mahupun tindakan kerja menggunakan manipulasi atau ambil peluang terhadap pelbagai kaedah, yang mana bertujuan untuk mencapai hasrat yang dimatlamatkan. Dalam keadaan sedemikian, perlu adanya pengimbang untuk mengawal agar tidak berlaku pula salah tafsiran kepada sasaran yang ditentukan. Demikianlah moderasi mengambil peranannya dalam mengelakkan berlakunya hal sedemikian. Berbalik kepada sasaran pula, ia juga perlu ditekankan dan paling diutamakan. Walau apapun kaedah yang digunapakai dalam sesuatu porses, ia hendaklah tidak kelihatan mencacatkan kehendak akhir. Kerana kehendak akhirlah yang sewajarnya diakuri supaya output yang dihasilkan menepati standard yang diharapakan. Disini, tafsiran kepada- sasasran (Kehendak Akhir) hendaklah dikenalpasti (define) terlebih dahulu agar segala proses tindakan kerja tidak terkeluar daripada landasan utama (mainstream). Kemungkinan berlakunnya salah tafsiran atau beza pandang terhadap suatu kehendak akhir. Hal ini umum berlaku. Justeru, hendaklah berbalik kepada kefahaman tepat terhadap sasaran (kehendak akhir) supaya semua pihak yang terlibat secara langsung dalam proses tindakan kerja sepakat dalam memutuskan tujuan sebenar (final decision).
Berlandaskan kepada realiti kehendak akhir, maka jelaslah ia perlu kepada kejelasan (clarify) terhadap isu yang diketengahkan. Semua peringkat yang terlibat dalam proses tindakan kerja tadi sewajarnya mengambil perhatian serius. Hasilnya, segala proses yang ditadbirkan memenuhi kriteria dan prosedur yang telah ditetapkan secara bersama serta bersifat kolektif. Disamping itu, peranan pihak disetiap peringkat dapat dioptimumkan dan menepati standard sekaligus tiada suatupun yang terkeluar daripada landasan kerja. Struktur inilah yang menjadi kunci kepada penghasilan sesuatu output. Oleh itu, kejelasan dalam memahami 'kehendak akhir' perlu diamati dan dicermati oleh semua pihak yang terlibat dalam setiap proses tindakan kerja. Walau apapun yang berlaku, hakikatnya moderasi hanyalah bersifat mengawal, menjaga dan menstabil output yang ingin dihasilkan (sasaran) supaya ia masih menepati standard.
KESIMPULAN
Kombinasi gerak kerja sasaran dan moderasi dilihat mampu menghasilkan sesuatu hasilan yang berkualiti tinggi. Dalam konteks yang bersifat subjektif ia menjadi titik tengah dalam penghasialn yang terbaik sesuatu output. Persoalannya, setiap kritik dan saran adakalanya saling mengalami beza pandang antara pelbagai pihak. Hal ini adalah disebabkan 'ketidakjelasan' kepada sasaran (kehendak akhir). Justeru, hal ini hendaklah dicermati disemua peringkat tindakan kerja agar sekali-kali tidak terkeluar daripada landasan (mainstream) sesuatu sistem tindakan kerja. Ringkasnya, Kawalan yang 'berpatutan' yang mengikut standard dan prosedur teknikal sewajarnya diutamakan. Akhirnya, segala hal yang berkaitan dalam sesuatu tindakan kerja hendaklah bersifat komprehensif dengan dilatari sistem alir yang betul, sebagaimana yang telah ditetapkan di semua peringkat yang terlibat dalam sesuatu tindakan kerja.