Isnin, 28 November 2016

MENGENALI WATAK




Hubungkait permasalahan

PERSOALAN
Permasalahan dalam memberikan yang terbaik buat generasi hadapan mempunyai cabarannya yang tersendiri. Setiap isu yang timbul dalam kalangan generasi kini harus diberi perhatian yang sewajarnya agar langkah-langkah yang diambil untuk mengatasinya dapat dilaksanakan secara objektif. Generasi kini yang terdedah dengan pelbagai perkembangan semasa, khususnya yang bersifat negatif dan merosakkan menjadi cabaran yang terbesar bagi pihak pendidik. Perkembangan dan kemajuan hidup manusia yang semakin canggih selaras dengan kepesatan teknologi telah menimbulkan sekian banyak pilihan dalam setiap aspek kehidupan seperti pendidikan, hiburan, gaya hidup (life style) dan sebagainya. Persoalannya sejauhmana generasi kini sudah bersedia dengan perkembagan tersebut - mengambil peluang untuk memajukan diri, bukan mengikut trend semasa. 

Namun, tidak adil menyalahkan teknologi semata-mata menjadi faktor utama kemunduran  generasi kini. Nyata sekali, para remaja kini juga terkait dengan beberapa aspek lain yang turut menjadi penyebab prestasi, bakat dan kebolehan mereka terhalang untuk dimajukan. Akhirnya, mereka ini tidak kompeten unutk terus berdaya saing pada masa hadapan. Justeru, harus ditekankan bahawa permasalahan dalam kalangan remaja perllu diatasi dari akar umbi, bukan semata-mata menyediakan segenap kemudahan bahkan mencari solusi dan mengamati pengaruh psikologi terhadap sekeliling mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...