Al-quran dan hadis merupakan sumber primer yang muktamad dalam mengelola syariat dalam penghidupan muslim. ketauhidan, peribadatan dan muamalat akan terpandu dengan memahami setiap arahan yang datang dari al-quran dan hadis. Selain itu, qias dan ijmak ulamak dalam sesuatu permasalahn menjadi pelengkap dalam memberi pencerahan kepada saran agama itu sendiri. Justeru, para ulama telah mencurahkan segala usaha dengan penuh kesungguhan dalam memahami segala lafaz yang terkandung dalam al-quran dan hadis menerusi ambilan ilmu secara bersanad sejak zaman para sahabat hingga kini. Tradisi inilah yang menjadi penjamin kepada keaslian disiplin keilmuan islam.
Ilmu yang benar adalah yang berupaya memberi banyak manfaat kepada pemiliknya. Baik itu berupa peningkatan dalam ketinggian akhlak malahan dapat mendekatkan diri dengan istiqamah kepada Allah SWT. Sudah tentu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT adalah dengan menekuni setiap tingkah yang telah diwariskan oleh nabi SAW kepada umatnya menerusi hadis baginda. Sementelah jejak para generasi sahabat sehingga berterusan kepada tabiin, tabi' tabiin sehingga ulama kini menjadi panutan bagi ummah masakini. Hal ini semua diwarisi dengan cara tradisi keilmuan dan praktis yang tinggi di atas garisan syariat. Justeru, hal ini menjadi hujjah yang hakiki dalam menepati maksud pengabdian diri kepada Allah SWT. "Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah (mengabdikan diri) kepadaKu" (QS 51:56)
Justeru, setiap saranan agama hendaklah disebarluaskan dan disampaikan kepada khalayak agar menjadi panduan hidup baik individu mahupun bermasyarakat. Sabda nabi SAW "Hendaklah orang yang hadir daripada kamu menyampaikan kepada orang yang tidak hadir" - liuballighu assyaahid minkum alghoib. Agama adalah satu-satunya jalan yang dapat menjamin kesejahteraan hidup manusia di atas muka bumi ini. Kehidupan manusia yang penuh dengan onak duri dan cabaran semasa hendaklah ditangani dengan ikatan sesama manusia serta pengabdian diri kepada Allah SWT -Tuhan sekalian alam dan segala isinya. Keadaan dimana manusia lalai serta leka dengan tuntutan Allah menatijahkan kecelaruan hidup yang tidak berpenghujung. Kehidupan menjadi sempit lagi kosong, umpama merasa kesesakan nafas di dalam sebuah biik yang tak bercahaya lagi berudara.
Adapun kewajiban-kewajiban yang termuat dalam seruan syariat sesungguhnya adalah semata-mata untuk kebaikan hidup manusia itu sendiri. Firman Allah SWT, maksudnya "jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, (maka kesannya yang buruk)berbalik pada diri kamu juga" (QS 17: 7). Justeru, setiap tindakan yang dilakukan kesannya akan berbalik kepada diri sendiri jua akhirnya. Sungguh, setiap nikmat yang telah dianugerah hendaklah disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya agar mendatangkan banyak manfaat. Kerana dengan jalan mensyukuri akan menjamim keberkatan dan rahmat Allah kepada kita. Lalu nikmat tersebut akan ditambahkan lagi kemanisannya sepertimana yang dijanjikan Allah melalui KalamNya - maksdunya:"Sesungguhnya sekiranya kamu bersyukur (atas nikmatKu) nescaya akan Aku tambahkan lagi nikmat tersebut ke atas kamu, dan jika kamu kufur (tidak bersyukur) sesungguhnya azabKu amatlah pedih" (QS 14: 7).
Adapun sifat riya, ujub, sombong, takbur dan segala macam bentuk pekerjaan hati yang bertentangan dengan larangan agama hendaklah dijauhi. Kerana sifat mazmumah seperti ini akan merosakkan segala bentuk perilaku baik yang dikerjakan. Allah SWT memberi peringatan akan hal ini memluli firmanNya, maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merusak sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya karena riya’ (pamer) kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Perumpamaan (orang itu) seperti batu licin yang di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir" (QS 2: 264). Oleh itu, menyedari hakikat hati sewajarnya kita menjaga dan mendidik hati agar tidak terjerumus kepada amalan kebaikan yang menjadi sia-sia. Demikianlah islam mengajar kita cara untuk menjalani kehidupan dengan sesempurnanya.
Sifat-sifat mazmumah yang pada diri hendaklah dirobohkan agar tidak menghalangi kita daripada terus itiqamah melaksanakan syariat agama dengan keikhlasan yang tinggi semata-mata mendapatkan keredhaan Allah. Lalu, di atas runtuhan itu kita bangunkan sifat mahmudah dalam diri dengan penuh kesungguhan agar segala perintah Allah SWT dapat ditunaikan. Walhasil, kita akan merasakan kemanisan iman membekas dalam peribadi kita. Oleh itu, marilah kita mengumpul segenap tenaga dan kekuatan untuk terus bersungguh dengan penuh ketaatan dalam mengerjakan segala seruan syariat agama dengan sebaiknya.
Kesimpulannya, amalan baik dan hati yang murni menjadi tunjang kepada rahmat Allah SWT kepada tiap manusia. Disamping pula kebenaran akidah yang utuh selaras al-quran dan sunnah nabi SAW. Justeru, kehidupan akan segera dinaungi kesejahteraan serta kebahgiaan yang tidak berpenghujung sehingga datangnya hari yang tiada lagi penolong selain Allah SWT - akhirat. Wallahu 'a lam.
Kesimpulannya, amalan baik dan hati yang murni menjadi tunjang kepada rahmat Allah SWT kepada tiap manusia. Disamping pula kebenaran akidah yang utuh selaras al-quran dan sunnah nabi SAW. Justeru, kehidupan akan segera dinaungi kesejahteraan serta kebahgiaan yang tidak berpenghujung sehingga datangnya hari yang tiada lagi penolong selain Allah SWT - akhirat. Wallahu 'a lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan