Rabu, 5 Julai 2017

DAKWAH - Menyampaikan kebenaran, menolak kebatilan. Membina kekuatan ummah.


Dakwah

Al-sheikh Muhammad Al-khudr Hussin dalam bukunya Al-da’wah ila Al-islah mengatakan dakwah ialah  mengajak manusia kepada kebaikan dan petunjuk, menyuruh kepada perbuatan makruf dan mecegah kemungkaran untuk mecapai kebahagiaan. Justeru, dapat difahami bahawa dakwah mengandungi usaha-usaha (tindakan) manusia yang disertai dengan memberi nasihat yang berguna kepada seseorang. Sesungguhnya nasihat yang baik akan mampu merubah peribadi individu untuk terus istiqamah melakukan kebaikan ataupun transformasi dalam memajukan diri, masyarakat, bangsa dan negara. Jelaslah bahawa tuntutan dakwah masakini perlu dikembangkan sehingga mampu untuk memberi kesedaran kepada ummah dalam memamcu pembangunan dan kemajuan yang lebih sejahtera.

Menyingkap sirah nabi Saw ketika menyampaikan kebenaran ilahiah, baginda saw tidak terlepas daripada segala bentuk ancaman dan halangan dari kalangan kafir Quraisy. Cercaan, makian, tubuh disakiti adalah merupakan sebahagian  daripada rangkaian bentuk penyeksaan yang diterima oleh nabi Muhammad saw. Namun, baginda nabi tidak pernah sekali meninggalkan kerja dakwah ini disebabkan tidak mampu untuk mendepani segala bentuk halangan yang dihadapinya. Justeru, baginda terus istiqamah memohon pertolongan Allah swt disamping terus berusaha sedaya upaya dalam menyebarkan dakwah sehingga akhirnya agama islam berkembang diluar lingkungan tanah arab. Demikianlah serba sedikit gambaran perjalanan gerak kerja dakwah - mengajak manusia supaya berbuat kebaikan sesama makhluk. Suatu perjalanan yang mempunyai mehna yang tersendiri. Semoga Allah swt  memberikan kekuatan kepada kita  untuk terus saling mengajak kepada kebaikan.

Selain itu, menyampaikan sesuatu yang bermanfaat juga merupakan saranan agama. Hal ini jelas dapat diperhatikan daripada sabda nabi

“Hendaklah kalian menyampaikan kepada orang yang tidak hadir”

Wadah untuk mengamalkan kebaikan 

Ternyata zaman kini mengalami kecelaruan ummah yang semakin meruncing. Kemajuan teknologi yang pesat membangun bukan sahaja dapat mempermudahkan urusan sehari-hari manusia, namun  memberi kesan kepada gaya hidup dan perhubungan manusia dengan sekitarnya. Kebejatan sosial dalam kalangan masyarakat kini berakibat secara relatifnya dengan budaya songsang yang dengan jelas mengenepikan nilai-nilai murni. Pengaruh sosial yang merosak itu dengan mudahnya tersebar diseluruh pelusuk dunia dengan kemudahan akses hasil kemajuan teknologi.

Komunikasi kini tidak hanya tertumpu kepada medium penulisan dan suara sahaja, bahkan multimedia telah mengambil tempat ditengah-tengah kemajuan teknologi komunikasi. Justeru, sudah tentu kecanggihan dalam  perhubungan komunikasi manusia dapat  dipergunakan ke arah kebaikan dan mengajak manusia lainnya untuk memajukan diri dan ummah. Tindakan inilah yang sewajarnya dilakukan, iaitu mengaplikasi kemudahan untuk menyebarluaskan seruan kebaikan yang bertepatan dengan tuntutan syarak. Dengan demikian, usaha ini akan menjadi wadah penyuburan nilai-nilai murni dan penanaman sifat mahmudah dalam generasi kini dan akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...