Isnin, 4 September 2017

PILIHAN

Kawasaki KSR 110
Aku sedang memikirkan akan pilihanku untuk memiliki sebuah motorsikal bagi memudahkan aku pergi berulang alik ke tempat kerja. Dek kerana kenderaan rasmi yang aku ada setakat ini adalah toyota vios 1.5 TRD yang aku beli pada 2011 dikongsi penggunaanya secara bersama antara aku dan isteri. Memandangkan keperluan isteriku yang bertugas mengikut waktu rasmi pejabat (office hour) maka dia lebih layak untuk menggunakan kereta itu untuk memudahkan dirinya. Jarak tempat aku bekerja dari rumah kediamanku hanyalah mengambil 10-15 minit perjalanan sahaja - lebih kurang 5KM. Keperluan bagi  jentera kecil ini aku fikirkan menjadi jalan penyelesaian untuk aku mudah 'bergerak' tanpa menyusahkan isteriku supaya berulang alik semata-mata menjemputku.


Yamaha NVX 155 Scooter
Dulu semasa aku menuntut di Universiti Malaya aku pernah membeli sebuah motorsikal terpakai jenaman modenas 110 hasil wang yang aku simpan dari sumber PTPTN. Tindakanku berjimat cermat dalam perbelanjaan harian ketika masih belajar itu akhirnya dapatlah juga aku memiliki sebuah motorsikal yang aku gunakan untuk berulang alik ke kuliah dari rumah sewa yang dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Setelah menamatkan pengajianku pada peringkat ijazah petama itu, motorsikal berwarna merah hitam itu ak berikan kepada abangku yang ketika itu bertugas di kelana Jaya sebagai anggota polis. Syukur, sehingga hari ini dia memberitahuku kepada ku motorsikal itu masih dalam keadaan baik dan sering digunakan olehnya ke tempat dia bekerja yang terletak tidak jauh dari kuaters tempat tinggalnya.

Sehari selepas hari raya Aidiladha, aku telah mengunjungi pusat jualan motorsikal di bandar Tawau. Syarikat Inti Deras Sdn. Bhd menjanjikan banyak pilihan jenama motorsikal. Dengan tauke kedai yang ramah melayan para pelanggan, aku lebih selesa berurusan dengan Ah Hon itu. Ah Hon  banyak membantuku dalam menunjukkan model-model terbaharu serta spesifikasinya. Aku juga sempat diberikan kad perniagaannya dan beberapa keping kad sebut harga sebagai rujukan ku.




Honda MSX 110 minibike

Saat ini, aku masih lagi membuat pilihan dari senarai pendekku sebelum aku meneruskan pembelian jentera kecil ini. Namun, apa yang utama bagiku adalah purpose use untuk jentera ini agar bisa membawa diriku tepat pada masa untuk ke tempat kerja dan kemana saja. Semoga limpahan rezeki akan terus sentiasa ada buat diriku untuk mencapai impian ini.

Ayuh....vrooommmm.......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...