Logo rasmi Hari Kebangsaan 2017 |
Hari ini Malaysia meraikan ulangtahun kemerdekaan negara kali yang ke-60 yang bertemakan negaraku sehati sejiwa. Pada hari sebelumnya 30 Ogos 2017 kontinjen Malaysia telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada temasya sukan SEA29 yang mana Kuala Lumpur menjadi tuan rumah bagi edisi kali ini. Satu kegembiraan berganda kepada seluruh rakyat Malaysia. Kegemilangan tanah air ini terus berada dilandasan kemajuan. Bertepatan dengan hari Aidiladha pada tahun ini yang jatuh pada 01/09/2017- Jumaat (10 Dzulhijjah 1438H). Ini menambah lagi penghayatan dalam jiwa rakyat akan erti pengorabanan dan kemerdekaan baik pada diri sendiri mahupun pada masyarakat dan negara.
Kemerdekaan negara ialah kebebasan daripada belenggu penjajahan tanahair oleh kuasa-kuasa penjajah. Penjajahan adalah suatu bentuk penaklukan kuasa besar kepada suatu wilayah yang lainnya untuk merampas hak-hak bangsa jati wilayah itu sendiri. Ini secara langsung membawa erti monopoli politik, ekonomi dan sosial oleh kuasa penjajah ke atas rakyat yang dijajahi. Secara kejam para penjajah memperlakukan rakyat disesebuah wilayah dengan sewenangnya demi mencapai matlamat mereka untuk memperbesarkan jajahan taklukan. Sungguh, hal ini sudah tentu sudah tentu bertentangan dengan nilai kemanusiaan itu sendiri yang jelas secara fitrahnya memerlukan kebebasan bertunjangkan kepada batasan prinsip pegangan masing-masing.
Bertepatan dengan tarikh 10 Dzulhijjah, islam yang meraikan Aidiladha sebagai manifestasi pengabdian diri kepada Rabb al-Alamin supaya menterjemahkan penghayatan ibadah korban itu sendiri sewajarnyalah disatukan konsep kemerdekaan dan pengorbanan untuk direnungi bersama. Tanpa pengorbanan, mana mungkin kegemilangan dapat dikecapi. Ini haruslah dimaknai dengan melaksanakan segala amalan yang dapat memajukan bangsa di atas bahtera perjuangan, lalu sikap yang menghalang serta melemahkan ke arah pembangunan seharusnya ditenggelamkan. Penghayatan yang mendalam berpaksi kepada maksud kemerdekaan itu sendiri harus dibangunkan agar tanahair ini terus maju menganjak ke tingkat kecemerlangan meliputi segenap aspek.
Manakala pengorbanan perlu dipasakkan dalam diri setiap warga di negara ini untuk merealisasikan pembangunan tanahair seluruhnya. Pengorbanan ini bermaksud mengenepikan perbezaan fahaman lalu meraikan persamaan demi sebuah kemajuan mapan untuk semua pihak. Hendaklah setiap warga saling bersatu dan berganding bahu melangkah menempuh apapun halangan yang menghalangi kita untuk mewujudkan kesejahteraan unggul. Iaitu mengorbankan kehendak kelompok kecil yang tidak memberi manfaat besar akan tetapi istiqamah dalam mengamal nilai murni yaang terus memakmurkan semua pihak. Hal ini adalah lebih utama dan memberikan maslahah yang sebenarnya untuk pertumbuhan dan perkembangan watan.
Setiap lapisan masyarakat hendaklah sentiasa bersyukur dengan kurniaan kemakmuran negara ini dan seterusnya mengekalkan semangat perpaduan sedia ada lantas mewarisakannya kepada generasi akan datang. Dengan mensyukuri segala nikmat yang sudah pasti datanganya daripada Allah SWT- Tuhan sekalian alam, maka tentulah naungan barakah dan rahmat akan sentiasa mengiring jalan pembangunan yang direncanakan. Hal ini tentunya hanya akan dicapai andainya setiap warga hidup dengan rukun susila yang berpaksi kepada syariat islam yang luhur. Berpegang teguh dengan al-quran dan sunnah nabi Saw menjadi kunci utama untuk membebaskan diri daripada belenggu hawa nafsu yang menatijahkan kerosakan dan kebinasaan.
Kemerdekaan negara ialah kebebasan daripada belenggu penjajahan tanahair oleh kuasa-kuasa penjajah. Penjajahan adalah suatu bentuk penaklukan kuasa besar kepada suatu wilayah yang lainnya untuk merampas hak-hak bangsa jati wilayah itu sendiri. Ini secara langsung membawa erti monopoli politik, ekonomi dan sosial oleh kuasa penjajah ke atas rakyat yang dijajahi. Secara kejam para penjajah memperlakukan rakyat disesebuah wilayah dengan sewenangnya demi mencapai matlamat mereka untuk memperbesarkan jajahan taklukan. Sungguh, hal ini sudah tentu sudah tentu bertentangan dengan nilai kemanusiaan itu sendiri yang jelas secara fitrahnya memerlukan kebebasan bertunjangkan kepada batasan prinsip pegangan masing-masing.
Manakala pengorbanan perlu dipasakkan dalam diri setiap warga di negara ini untuk merealisasikan pembangunan tanahair seluruhnya. Pengorbanan ini bermaksud mengenepikan perbezaan fahaman lalu meraikan persamaan demi sebuah kemajuan mapan untuk semua pihak. Hendaklah setiap warga saling bersatu dan berganding bahu melangkah menempuh apapun halangan yang menghalangi kita untuk mewujudkan kesejahteraan unggul. Iaitu mengorbankan kehendak kelompok kecil yang tidak memberi manfaat besar akan tetapi istiqamah dalam mengamal nilai murni yaang terus memakmurkan semua pihak. Hal ini adalah lebih utama dan memberikan maslahah yang sebenarnya untuk pertumbuhan dan perkembangan watan.
Peta Malaysia |
Sambutan kemerdekaan di padang pekan daerah Semporna, Sabah suatu ketika dulu |
Justeru, marilah kita bersama menjaga serta memelihara keharmonian tanahair ini agar terus berkembang maju sesuai dengan tuntutan syariat Allah melalui pedoman yang dibawakan oleh baginda nabi SAW.
MERDEKA..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan