Ahad, 18 Disember 2016

KUASA POLITIK DAN SILAHTURRAHIM INSAN (Penonjolan karakter diri ditengah-tengah masyarakat)


BAHAGIAN I


Bila berkuasa  individu dengan kerja politiknya. Ramai manusia terpesona dengan karisma gerak langkahnya. Kerana manusia melihat kononnya sang pemimpin adalah insan terbaik dan terpilih, pandai dengan kerja urus tadbir manusia. Kelazimannya mereka yang berjawatan dalam ruang poliitk kelihatan agak ekslusif - pergaulan dengan 'orang ada-ada' sahaja. Apatah lagi berbicara soal politik negara M, kebanyakan mereka yang berada dalam arena politik itu sendiri asalnya adalah disebabkan kecenderungan minat dan yang paling utama ialah mengharap laba daripada jalinan akrab dengan pimpinan utama untuk mendapatkan tender dan projek yang lumayan nilainya.

Alangkah jijik sikap mereka itu, para si politikus. Orang awam yang tiada kuasa politiknya begitu cuma kehadirannya (Dicatat pada 11 Disember 2016 bertempat di Kg. Serusop, Tuaran Sabah). Dalam majlis yang dihadiri seorang politikus, akan kelihatan para politikus muda yang kononnya bersama-sama dalam memacu agenda membantu para masyarakat. Namun, politikus muda ini telah kita maklumi hanyalah sebagai pihak-pihak yang mengambil bahagian untuk mendapatkan kepentingan peribadi mereka. Mereka ini sering saja menampilkan dan menyerlahkan diri ditengah-tengah ramai orang (sebagai pergerakan muda) walhal realitinya sikap mereka ini telah diketahui hanyalah semata-mata untuk mendapatkan kelulusan tender dan projek. Disinilah letaknya destini para politikus muda ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan segelintir daripada mereka ini tidak mempunyai kaliber dan gaya kepimpinan yang boleh memajukan masyarakat. Orang "biasa-biasa" tidak dilayani dengan sepatutnya - disitu nyata double standard hubungan kelompok ini dengan rakan sebaya yang tidak terlibat dengan arena politik. Jika ini yang ingin ditonjolkan, usaha memajukan dan membantu masyarakat yang kononnya menjadi agenda utama dalam ruang politik hanyalah bersifat retorik semata-mata. Pangkat dan jawatan yang digalas mereka dijadikan kelebihan untuk mengaut untung dan kemewahan hidup. Adakah perihal sebegini sudah menjadi darah daging dalam politik kaum muda masakini? jika ianya benar, teramat parahlah bangsa, negara dan agama kita.

Ironinya, al-siasah lil mujtami' adalah wadah untuk mengurus tadbir manusia dan alam sekelilingnya agar lebih sejahtera selaras dengan syariat agama. Bertitik tolak daripada maksud ini, sewajarnya politik adalah sebagai medium penyatuan masyarakat untuk merealisasikan segala perencanaan ke arah kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan hidup yang dikongsi dan dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Sesungguhnya, hal ini menuntut kepada kebersamaan semua pihak iaitu pemimpin dan masyarakat setempat. Dengan adanya sinergi pemimpin dan kelompakyang dipimpin (untuk bersama-sama mencapai kesejahteraan) maka sebarang agenda utama dalam kerangka politik akan mudah untuk dilaksanakan. Selain itu, keikhlasan hati antara pemimpin dan masyarakat adalah yang paling memberi makna dalam segala tindakan untuk membangunkan  kesejahteraan. Lihatlah bagaimana para anbia utusan Allah SWT melaksanakan amanah dipikul mereka, tiada seorang pun yang culas dalam tanggungjawab mereka - MEREKA IKHLAS dalam melaksana pertanggungjawaban. Demikian juga bila kita lihat pada peribadi Mahatma Ghandi - BELIAU IKHLAS dalam mengetuai rakyat india untuk mencapai kemerdekaan daripada pihak British, walaupun selepas itu India terpecah kepada dua negara (India dan Pakistan) pada 1947 yang  Ghandi sendiri tindak menyetjui hal itu. Justeru, kemurnian hati yang dihiasi sikap ikhlas akan menjadikan segala usaha ke arah memakmurkan kehidupan akan tercapai dengan jayanya. Ini kerana, adanya sikap ini akan mengetepikan sifat mazmumah yang lainnya seperti mementingkan diri, ego, sombong, tidak mensyukuri nikmat pemberian dan sebagainya.  Malah yang terbentuk dalam keperibadian masyarakat ialah sifat redha, sabar dan kesungguhan mujahadah demi mengecapi kemajuan sesuai tuntutan agama sebagaiman acuan sunnah rasullulah SAW.

Pengikat kepada permuafakatan masyaratkat ialah sikap saling menerima antara satu sama lainnya. Sikap ini dapat diterjemahkan melalui mewujudkan hubungan baik dalam kalangan masyarakat itu sendiri -iaitu dengan saling menghormati, keterbukaan ketika menerima kritikan, toleransi dan kerjasama erat. Walhasil, perkara-perkara tersebut nyata akan menjadikan sesebuah bangsa mampu melonjakkan kegemilangan dalam pentas kehidupan yang aman dan damai. Justeru, keutamaan inilah yang disebut sebagai silahturrahim, yakni permuafakatan tanpa berbelah bagi demi menjaga kepentingan bersama disamping pula mewujudkan suasana yang merangkumi seluruh lapisan masyarakat dengan mengetepikan status karier, jawatan, pangkat dan kelebihan yang dimiliki seseorang individu. Janganlah ada kiranya sikap umpama enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing yang padahnya akan merosakkan hubungan baik sesama insan.  Kerana kelebihan yang ada di dunia ini yang dimiliki tiap individu tidaklah membawa apa-apa makna yang hakiki melainkan sekiranya segala kelebihan yang ada itu dipergunakan selaras dengan tuntuan agama. Sebagai muslim, amatlah jelas akan hal ini melalui firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 13 (49:13)






Jumaat, 2 Disember 2016

SEMPORNA




Teknik Kombinasi (sepia - blur)

DESKRIPSI GAMBAR

Latar Regatta Lepa 2016

Subjek focus/ brightness , hue- manual adjustment

Background hue- manual adjustment
-layer 1: sepia manual adjust
- layer 2: brush tool (untuk nampak kontras pada warna gambar) opacity 100%
-selection/ blur


Teknik Blur recolor


THE STORY OF SEMPORNA COLORS

Merayakan pesta regatta lepa, acara tahunan daerah semporna. Pesta air yang menarik ramai kunjungan para pelancong dalam dan luar negeri diraikan pada bulan April setiap tahun. Kemeriahan warna-warni sambulayang sebagai tradisi ikonik masyarakat bajau daerah semporna disamping keunikan dan kehalusan ukiran kayu pada lepa serta barangan perhiasan menjadi daya penarik utama dalam temasya ini. Upacara meraikan hari perkahwinan turut dipamerkan selain kepelbagaian aneka menu laut yang eksotik turut disajikan. Hidupan maritim seperti bobohan, dollen, kahanga dan lainnya diantara sekian banyak menu laut yang menyelerakan. Demikianlah, budaya dan persekitaran Semporna diterjemahkan dalam kemeriahan pesta ini. 

Selain itu, pembudayaan akademik di kalangan rakyat Semporna juga turut diadakan melalui seminar antarabangsa masyarakat bajau nusantara. Pembentangan kertas kerja oleh mereka yang pakar dalam kajian antropologi diadakan demi mengangkat suku bajau agar lebih dikenali dan difahami. Perpustakaan daerah Semporna menjadi lokasi pertemuan para ahli akademik dalam menjayakan seminar itu. Sudah sewajarnya masyarakat daerah Semporna menghargai dan menghayati anjuran seminar ini kerana ia akan menjadi wadah diri untuk mengenali jati diri melalui pembuktian sejarah, susur jalur bangsa dan teori akademik itu sendiri. Sudah tentu segala yang dibentangkan berkaitan masyarakat bajau melalui penyelidikan akademik berautoriti tinggi dan dapat diterima. Namun, adalah dicadangkan juga agar penyelidikan masyarakat bajau - suluk hendaklah juga dilaksana secara mengambil kesahan satu-satu cerita daripada generasi yang terdahulu seterusnya menganalisa maklumat yang diberikan dengan fakta yang sahih. Dengan demikian, ceritera tempatan "Orang Semporna" tidaklah disepikan.

Dokumentari Sunduk (Batu Nisan) Omadal

Pulau Omadal sememangnya menjadi pusat kegiataan awal masyarakat bajau di daerah Semporna. Pulau Omadal sebagai saksi susur galur masyarkat bajau pantai timur Sabah, khususnya daerah Semporna. Warga tempatan daerah Semporna baik generasi dahulu mahupun kini sudah tentu mengetahui berkenaan kesejarahan Pulau ini. Sewajarnya pulau tinggalan leluhur ini diangkat dalam setiap penyelidikan berkaitan masyarakat bajau  pantai timur dan daerah Semporna itu sendiri.


Dokumentari Pulau Omadal Semporna


Panorama Pulau Omadal, Semporna menerusi video klip lagu bajau

JENES THE LEGEND (OSMAN GROUP)
Muzik: Masareka studio
Rakaman video : Masareka studio

Isnin, 28 November 2016

PROJEK

Laman untuk rumput hiasan
Cadangan dikawasan kini adalah menanam rumput jenis bermuda/ artifical grass sebagai dekorasi luaran yang menampakkan kesegaran. Tema dekorasi luaran santai - segar.

Sistem perpaipan (saluran terus ke mainhole - septic tank daripada 2 tandas)
Bilik utiliti khas untuk perpaipan memudahkan kerja penyelenggaraan dilakukan.
Untuk memudahkan kerja penyelenggaraan sistem perpaipan.

Paip untuk halaman rumah disediakan, punca air daripada paip belakang rumah.

Paip luar berada dihalaman untuk memudahkan kerja penyiraman pokok hiasan, bunga dan rumput lantai halaman.

Kolam hiasan. Bahagian tepi rumah untuk menghidupkan suasana segar 
Hiasan dinding luar kolam dalam cadangan kerja adalah menggunakan tiles jenis wild stone.

mainhole 1 checkpoint conected to septic tank


mainhole 2

mainthole to septic tank



septic tank
Tangki kumbahan daripada saluran tandas. Mempunyai dua bahagian untuk pengasingan pepejal kemudian air kumbahan akan tersalur secara sendirinya melalui 3 paip kecil berukuran 2" ke bahagian ke dua.

septic tank



Pandangan sisi

Lantai konkrit halaman depan (main gate)
Lantai konkrit bahagian depan laman
Kerja melantai konkrit telah siap dilaksanakan pada 29.11.2016 (Selasa). Progress kerja dijalankan selama 3 hari. Progress Kerja lantai konkrit dirancang secara berfasa untuk keselurahan pembinaan. Perancangan seterusnya, memulakan kerja walling pagar keliling rumah.

Kos guna tenaga* (A)
Tukang (Mahir): RM45.00/ hari
Buruh: RM25/ hari
*termasuk kadar tambang (pergi-balik / makan)
------------------------------------------------------------
Tukang (Mahir) : RM45.00 x 1 orang x 3 hari = RM135.00
Buruh : RM25.00 x 4 orang x 3 hari = RM 300
JUM: RM435.00


Kos bahan (B)
Batu 3/4 : RM58.00 x 4 tan = RM232.00
Simen : RM 21.00 x 23 kampit = RM483.00
Pasir: RM68.00 x 4 tan = RM272.00
Besi BRC: RM210.00/ roll x 1 1/2 rol = RM315.00
JUM: RM1302.00
----------------------------------------------------------------
GRAND TOTAL ( A + B) = RM1,737.00



Pandangan depan


leveling tanah untuk menutup mainhole chcekpoint 1/2 dan septic tank





MENGENALI WATAK




Hubungkait permasalahan

PERSOALAN
Permasalahan dalam memberikan yang terbaik buat generasi hadapan mempunyai cabarannya yang tersendiri. Setiap isu yang timbul dalam kalangan generasi kini harus diberi perhatian yang sewajarnya agar langkah-langkah yang diambil untuk mengatasinya dapat dilaksanakan secara objektif. Generasi kini yang terdedah dengan pelbagai perkembangan semasa, khususnya yang bersifat negatif dan merosakkan menjadi cabaran yang terbesar bagi pihak pendidik. Perkembangan dan kemajuan hidup manusia yang semakin canggih selaras dengan kepesatan teknologi telah menimbulkan sekian banyak pilihan dalam setiap aspek kehidupan seperti pendidikan, hiburan, gaya hidup (life style) dan sebagainya. Persoalannya sejauhmana generasi kini sudah bersedia dengan perkembagan tersebut - mengambil peluang untuk memajukan diri, bukan mengikut trend semasa. 

Namun, tidak adil menyalahkan teknologi semata-mata menjadi faktor utama kemunduran  generasi kini. Nyata sekali, para remaja kini juga terkait dengan beberapa aspek lain yang turut menjadi penyebab prestasi, bakat dan kebolehan mereka terhalang untuk dimajukan. Akhirnya, mereka ini tidak kompeten unutk terus berdaya saing pada masa hadapan. Justeru, harus ditekankan bahawa permasalahan dalam kalangan remaja perllu diatasi dari akar umbi, bukan semata-mata menyediakan segenap kemudahan bahkan mencari solusi dan mengamati pengaruh psikologi terhadap sekeliling mereka.

Sabtu, 26 November 2016

KEPERLUAN GENERASI MAHIR PADA MASA HADAPAN

Abad ini sememanganya memerlukan kemahiran setiap individu untuk terus kekal sebagai berdaya saing. Kepesatan teknologi masakini telah membuka seluas-luasnya pelbagai peluang dalam aspek kehidupan manusia sejagat. Jika diambil kira era tahun 80-90an, kita dapat menyaksikan generasi dinilai dari sudut tingginya status akademik yang dimiliki. Hakikat ini telah menjadikan kayu ukur bagi sesorang individu menempatkan dirinya pada sektor profesional yang sekaligus disanjung tinggi oleh masyarakat umum. Namun, peredaran masa telah mengubah situasi itu kepada beralih kepada suatu medan yang memerlukan 'kemahiran' sebagai satu kunci kejayaan pada hari muka. Betapa hal ini telah dapat dibuktikan dengan berbagai laporan massa yang mengetengahkan individu-individu yang berjaya walaupun tidak pernah menamatakan status akademik mereka di universiti. Persona seperti Bill Gate (microsoft) dan Mark Zuckerberg (facebook) menjadi bukti bahawa kelulusan akademik bukanlah suatu yang dapat menghalangi untuk berjaya.  Kedua-duanya telah berjaya mengecapi impian masing-masing bahkan menjadi ikon dalam dunia teknologi masakini.

Namun demikian, tiada siapa yang dapat menafikan akan kepentingan pendidikan diperingkat formal. Iaitu menggali sedalam-dalamnya ilmu diperingkat institusi-institusi pendidikan seperti sekolah, universiti, kolej, program-program latihan dan sebagainya. Hal ini kerana, sudah semestinya institusi-institusi berkenaan mempunyai kurikulum dan silibus yang telah diperakukan oleh badan-badan berautoriti akan keberkesanaan pengisiannya pada masa hadapan. Penyediaan kurikulum itu pula melibatkan pakar-pakar akademik yang terlibat secara langsung dalam perkembangan dunia pendidikan semasa bagi menghadapi peredaran zaman. Justeru, pendidikan diperingkat formal adalah menjadi kemestian buat generasi kini untuk mengembangkan bakat dan kebolehan mereka yang pastinya dapat menjamin survival diri di hari muka.

Juga perlu diingat bahawa proses mendapatkan ilmu adalah berdasarkan kepada pengamatan persekitaran semasa. Ilmu adalah sangat penting bagi tiap manusia. Demikian Allah SWT memperingatkan manusia dalam wahyu pertama surah Al-Alaq ayat 1 berdasar kepada kata IQRA. Namun kata ini bukanlah disempitkan semata kepada 'pembacaan secara teks'  bahkan ini merangkum pembacaan insan terhadap dunia kelilingnya (konteks) - kata TILAWAH juga bermaksud baca (lebiih bersifat kepada teks) (Saiful Nang, 24 Novmember 2016, Mengapa Pendidikan DI Malaysia Mundur?)

Perkembangan pengetahuan berdasarkan penelitian dan pengamatan kepada dunia sekeliling


KEMAHIRAN DIRI DALAM MENDEPANI ZAMAN
Perkembangan dunia industri masakini sudah tentu memerlukan kepada tenaga kerja yang mahir. Oleh itu, setiap individu pada masakini perlu menyiapkan dirinya dengan kepelbagaian kemahiran agar terus dapat beradaptasi dengan setiap perubahan yang berlaku. Apatah lagi pada era teknologi ini,  komunikasi manusia tidak lagi terbatas dan melangkaui jarak sempadan geografi. Membairkan diri untuk terus berada di takuk lama (comfort zone) akan mengakibatkan kita ketinggalan dengan kemajuan kelompok persekitaran dan sekeliling. Hal ini sudah tentu mendatangkan kerugian pada diri dan lingkungan, disebabakan sistem fikir dan kerja masih tertumpu pada corak yang lama. Tegasnya, dunia hari ini memerlukan kepada penambahbaikan (upgrading)  dan pembaharuan (transformation).

Disamping itu, kreativiti dan inovasi juga menjadi pembeza kepada tiap individu. Pola fikir yang terkehadapan menjadi kelebihan dalam memunculkan diri ditengah-tengah arus perkembangan semasa. Kesebatian ilmu dan kemahiran menjadi teras utama dalam penghasilan sesuatu produk (output) yang benar-benar berkualiti tinggi. Parameter kemenjadian ilmu (teori) dan kemahiran (praktis) adalah tertakluk kepada penyelesaian kepada setiap permasalahan yang timbul ekoran perkembangan zaman. Iaitu, kebolehan tiap individu yang mampu menyelesaikan atau mencipta makenisme yang boleh mengatasi tiap permasalahan dalam kehidupan, baik bersifat teknologi mahupun guna tenaga manusia. Sebagai contoh, betapa ilmu yang ditimba melalui pembelajaran secara teorikal daripada sekian banyak buku seperti fizik, matematik, kimia dan sebagainya dapat dicurahkan ke dalam penyelesaian (solving) kehidupan yang berkaitan seperti struktur bangunan, makenikal jentera dan perubatan. Namun, persoalanya adakah ilmu yang datangnya daripada teks buku-buku itu terkait kesemuanya dalam penyelesaian kepada beberapa bahagian sahaja dalam masalah yang dihadapi?. Sudah tentu TIDAK SAMA SEKALI, hanya sahaja ilmu secara demikian adalah lebih berstruktur. Ironinya, letak kemahiran (praktis) lebih banyak diperoleh daripada rangkaian 'pengalaman' seseorang individu. Semakin dia banyak bergaul dan meneliti dengan cermat akan ehwal sekelilingnya semakin bertambahlah pula pengetahuannya dalam menyelesaikan permasalahan. Teori fizik semata-mata sahaja tidak akan memberi makna kiranya pada praktisnya gagal menunjukkan/ membuktikan akan kebenaran teori tersebut.

Perkembangan individu dalam membina kreativiti dan inovasi


Selain itu, kemahiran juga hendaklah ditunjangi dengan niali agama sebagai pembatas agar tidak terkeluar daripada anjuran syariat. Harus ditekankan bahawa kejayaan ciptaan manusia hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak supaya setiap daripada hasil kreativiti dan inovasi itu selain memudahkan dan menyelesaikan permasalahan dapat pula memenuhi tuntutan hamba dengan Allah SWT. Tiadalah erti sebuah kejayaan sekiranya sifat kehambaan kepada Allah SWT sebagai pemilik dan maha berkuasa telah sirna dalam diri individu. Kerana kehidupan semata didunia ini pasti akan berakhir jua, sedang kehidupan abadi yang baik diakhirat kelak tergantung dengan amal kebajikan semasa di dunia ini. Ringkasnya, setinggi mana kehebatan hasil produk (output) ciptaan manusia misalnya yang berteknolgi tinggi (high tech) sangat perlu juga nilai pada sesuatu produk itu memiliki peranan dalam membangun ummah sejagat (human touch).  


Kesebatian teori dan praktis menghasilkan output bermutu tinggi



KONKLUSI
Generasi kini perlu kepada segenap persiapan andainya ingin survival bagi menempuh cabaran perkembangan zaman. Justeru, ilmu dan kemahiran amat diperlukan bagi menghadapi segala yang mungkin pada masa akan datang. Rangkaian pengalaman yang mematangkan dilihat sebagai suatu nilai tambah dalam memajukan diri pada era ini. Perubahan gaya hidup manusia yang tidak lagi terbatas dengan sekatan sempadan geografi bahkan pengetahuan mereka juga telah beralih ke peringkat global memungkinkan sahaja setiap individu mampu mencipta peluang dan mengukir kejayaan. Namun, hakikat elemen agama, budaya dan adat resam yang menunjukkan nilai sahsiah yang tinggi tidak harus dikuburkan dengan perkembangan ini. Sepatutnya elemen ini perlu dibumikan dalam setiap penerokaan ilmu dan kemahiran dalam diri individu agar kelestarian citra bangsa mampu terserlah sekaligus mengangkat martabat syiar ilahiah. Ringkasnya, zaman terus berubah namun generasi kini masih mampu merencana dan mencorakkan akan apa yang perlu dilakukan pada hari muka untuk dunia terus sejahtera dan makmur sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.     


Jumaat, 18 November 2016

MODERASI DAN KEHENDAK AKHIR: Penelitian untuk memastikan kesahan kualiti dalam setiap proses tindakan kerja.





PENGENALAN
Moderasi (moderate) adalah kata ambilan asing (Bahasa Inggeris) yang membawa maksud avoiding extremes of behavior or expression : observing reasonable -  sumber: http://www.merriam-webster.com/dictionary/moderation. Kata ini dapat difahami sebagai pemerhatian untuk mengesahkan kedudukan yang wajar dalam memberikan satu-satu penilaian yang melibatkan sesuatu proses sistem yang telah ditentukan. Hasil akhirnya pula akan membawa kepada satu keasahan kualiti yang diyakini. Dalam konteks tindakan sesuatu kerja, peringkat moderasi  adalah sangat diperlukan agar setiap hasilan berada dibawah kawalan yang tersusun dan komprehensif. Selanjutnya, ia juga bertujuan dapat mengesan serta mengenalpasti kepincangan dalam sesuatu proses.

Penelitian berulang terhadap prosedur dalam sesuatu sistem kerja akan menjadikan setiap output yang dihasilkan memiliki nilai mutu yang terbaik. Jika diamati, moderasi adalah suatu tindakan kerja yang bersifat "mensederhanakan" suatu penghasilan. Ini bermakna, dalam mentadbirkan sesuatu proses kerja moderasi mampu memberikan suatu keputusan yang bersifat natural, adil dan quality check/ control. Namun, ini tidak bermakna moderasi boleh menjadi titik pemutus apabila melibatkan pelbagai pihak dan peringkat. Hanya sahaja ia bertindak sebagai penelitian yang bersifat mengikut peraturan yang telah ditentukan dan dipersetujui disemua peringkat proses kerja. Dasarnya hendaklah pula tertakluk kepada 'kehendak akhir' dalam apa yang dimatlamatkan. Kenyataan ini adalah berbasis kepada kepatuhan terhadap halatuju sasaran utama. Untuk itu, ini akan mengelakkan daripada berlakunya ketidakpadanan, ketidakakuran, double standard,  dan segala bentuk kekhilafan yang boleh dianggap sebagai membelakangi kehendak akhir yang hendak disasarkan.

SASARAN (KEHENDAK AKHIR)
Sasaran (kehendak akhir) adalah perkara utama sekali dalam apa-apa jua bentuk tindakan kerja. Adakalanya sesetengah proses mahupun tindakan kerja menggunakan manipulasi atau ambil peluang terhadap pelbagai kaedah, yang mana bertujuan untuk mencapai hasrat yang dimatlamatkan. Dalam keadaan sedemikian, perlu adanya pengimbang untuk mengawal agar tidak berlaku pula salah tafsiran kepada sasaran yang ditentukan. Demikianlah moderasi mengambil peranannya dalam mengelakkan berlakunya hal sedemikian. Berbalik kepada sasaran pula, ia juga perlu ditekankan dan paling diutamakan. Walau apapun kaedah yang digunapakai dalam sesuatu porses, ia hendaklah tidak kelihatan mencacatkan kehendak akhir. Kerana kehendak akhirlah yang sewajarnya diakuri supaya output yang dihasilkan menepati standard yang diharapakan. Disini, tafsiran kepada- sasasran (Kehendak Akhir) hendaklah dikenalpasti (define) terlebih dahulu agar segala proses tindakan kerja tidak terkeluar daripada landasan utama (mainstream). Kemungkinan berlakunnya salah tafsiran atau beza pandang terhadap suatu kehendak akhir. Hal ini umum berlaku. Justeru, hendaklah berbalik kepada kefahaman tepat terhadap sasaran (kehendak akhir) supaya semua pihak yang terlibat secara langsung dalam proses tindakan kerja sepakat dalam memutuskan tujuan sebenar (final decision).

Berlandaskan kepada realiti kehendak akhir, maka jelaslah ia perlu kepada kejelasan (clarify) terhadap isu yang diketengahkan. Semua peringkat yang terlibat dalam proses tindakan kerja tadi sewajarnya mengambil perhatian serius. Hasilnya, segala proses yang ditadbirkan memenuhi kriteria dan prosedur yang telah ditetapkan secara bersama serta bersifat kolektif. Disamping itu, peranan pihak disetiap peringkat dapat dioptimumkan dan menepati standard sekaligus tiada suatupun yang terkeluar daripada landasan kerja. Struktur inilah yang menjadi kunci kepada penghasilan sesuatu output. Oleh itu, kejelasan dalam memahami 'kehendak akhir' perlu diamati dan dicermati oleh semua pihak yang terlibat dalam setiap proses tindakan kerja. Walau apapun yang berlaku, hakikatnya moderasi hanyalah bersifat mengawal, menjaga dan menstabil output yang ingin dihasilkan (sasaran) supaya ia masih menepati standard.

KESIMPULAN
Kombinasi gerak kerja sasaran dan moderasi dilihat mampu menghasilkan sesuatu hasilan yang berkualiti tinggi. Dalam konteks yang bersifat subjektif ia  menjadi titik tengah dalam penghasialn yang terbaik sesuatu output. Persoalannya, setiap kritik dan saran adakalanya saling mengalami beza pandang antara pelbagai pihak. Hal ini adalah disebabkan 'ketidakjelasan' kepada sasaran (kehendak akhir). Justeru, hal ini hendaklah dicermati disemua peringkat tindakan kerja agar sekali-kali tidak terkeluar daripada landasan (mainstream) sesuatu sistem tindakan kerja. Ringkasnya, Kawalan yang 'berpatutan' yang mengikut standard dan prosedur teknikal sewajarnya diutamakan. Akhirnya, segala hal yang berkaitan dalam sesuatu tindakan kerja hendaklah bersifat komprehensif dengan dilatari sistem alir yang betul, sebagaimana yang telah ditetapkan di semua peringkat yang terlibat dalam sesuatu tindakan kerja. 



  

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...