21 Julai 2017 (Khamis), jam 5.50 petang. Pekerja perempuan itu memberikan wang nota RM100 beberapa keping. Aku sendiri menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan urusan jual beli daripada lelaki itu. Aku pada mulanya beratur di kaunter pembayaran bersebelahan pekerja perempuan itu beralih ke kaunter tempat dia bertugas kerana melihat pelanggan yang agak ramai beratur ketika itu. Aku menunggu dengan sabar untuk beratur, dan dihadapanku ada dua orang lelaki berusia sekitar 40an dan seorang anak perempuan yang masih bersekolah. Sejak dari awal pemerhatianku kepada lelaki itu, dia seolah-olah sengaja mengelirukan pekerja perempuan itu dengan ingin menukarkan wang RM50 miliknya kepada nota wang lebih kecil nilainya. Namun, cara lelaki memakai t-shirt hitam itu bertindak seolah memaksa sehingga dia dengan berani menlunjurkan tangannya mendekati mesin kira juruwang pekerja perempuan itu.
Aku melihat setelah pekerja perempuan itu selesai melayani lelaki tadi. Lalu dia dalam yang keadaan keliru ditanyai pula seorang lelaki yang berada dibelakang lelaki tadi untuk membeli rokok. Dalam keadaan pekerja perempuan itu yang masih kebingungan. Tiba giliranku untuk membayar setin coca cola yang berharga RM1.80 itu, aku sempat memerhatikan ketidaktentuan pekerja perempuan itu sambil meminta bantuan rakannya yang berada disebelahnya untuk memeriksa wang simpanan yang berada didalam laci mesin kira juruwang kendaliannya itu.
" tolong..ba.. tengokkan lagi.. periksa duit" pinta pekerja perempuan itu kepada rakan yang berada disebelah kirinya itu.
Namun pinta pekerja perempuan itu tidak bersahut kerana temannya itu sedari tadi juga sibuk menguruskan pembayaran para pelanggan Kedai Bakhtiar Tmn. Sempol itu. Aku masih berdiri dihadapan pekerja perempuan itu kerana wang Rm2.00 yang aku berikan masih berbaki Rm0.20 lagi untuk diserahkan kepadaku oleh pekerja perempuan itu. Setelah pekerja perempuan itu memberikan baki wang bayaran minumanku itu, barulah dia tersedar bahawa dia telah memberikan wang simpanan dalam laci mesin kira juruwang kendaliannya kepada lelaki tadi. Lalu, kulihat dengan wajahnya yang agak cemas pekerja perempuan itu bergegas ke pintu keluar kedai itu untuk menjejaki lelaki yang telah berurusan dengannya sebentar tadi. Sambil aku pula berlalu menuju ke kereta yang aku pakirkan berhadapan pintu kedai itu, sempat aku perhatikan pekerja perempuan dalam keadaan cemas ke hulu dan hilir hujung bangunan untuk menjejaki semual lelaki tadi.

Arrrgghh...kejadian di hadapan mataku pada 21 Julai 2017 ini amat meninggalkan kesan dalam diriku. Kerana kejadian yang aku lihat itu menyampaikan banyak mesej tersirat yang kufahami khusus dikirimkan buatku. Aku menyesali diri kerana tidak mencelah dengan cara meyedarkan tindakan lelaki tersebut kepada pekerja perempuan itu saat dia sedang melayaninya dikaunter pembayaran tadi. Demikianlah perbuatan tipu pukau manusia zaman ini, bisik hatiku saat aku mula menggerakkan kereta untuk beredar terus ke rumah mak. Sepanjang perjalanan, aku sempat menceritakan kejadian yang aku lihat kepada isteriku yang duduk dibelakang bersama anak kecilku. Sambil anak kecil kami sibuk bermain dengan patung dinosour mainannya berwarna unggu itu, aku katakan kepada isteriku
"menyesal abi..baik la abi sedarkan pekerja perempuan itu tadi... kesian dia abi tengok, cemas sangat" ujarku kepada isteri.
"ya la bi..kalau ada kita curiga macm itu patut kita ambil peduli dengan keadaan itu" isteriku menyambut nada penyesalan ku tadi.
Duhai dunia.. mengapa ada sekelompok manusia yang bersifat sedemikian, sewenangnya membuat aniaya kepada orang lain, bisik hati kecilku.