Khamis, 13 Julai 2017

KBAT HAVOC- Formula Kejayaan

Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan setiap individu. Kini pendidikan di Malaysia telah diberi nafas baharu agar melahirkan pelajar yang dapat memiliki daya fikir yang tinggi sesuai peredaran semasa yang menuntut kepada menghasilkan idea-idea baru, kreatif dan inovatif. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pada masakini amat ditekankan agar dapat membangunkan daya fikir sekaligus mengintegrasi paradigma para pelajar agar terus menerus menjana kreativiti mereka dalam menyelesaikan (problem solving) sesuai realiti semasa.  

Banner Seminar KBAT HAVOC

SMK Datuk Panglima Abdullah Semporna, Sabah (SMKDPA) telah mengadakan Seminar KBAT HAVOC bagi matapelajaran Pendidikan Islam (PAI) & Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) pada 08 Julai 2017 bertempat di dewan Seri Panglima. Seminar ini telah dihadiri 160 orang murid terdiri daripada para pelajar tingkatan lima yang akan menduduki SPM. Seminar pimpinan Ustaz Nik Affendy Mohamad (founder KBAT HAVOC/ Hi IMPACT consultancy - bekas Guru PSI) telah berjaya menghidupkan suasana gempak, haru  biru, seronok serta gamat kepada para pelajar. Hebat. Demikianlah, gambaran yang terungkap dari seminar ini. Selain, penyertaan para pelajar, guru pendidikan islam (GPI) sekolah ini juga  turut serta untuk bersama-sama berkongsi ilmu (knowledge sharing) dengan pendedahan teknik menjawab soalan SPM bagi kedua-dua  matapelajaran ini.

Ust. Nik Affendy merupakan pengamal NLP (Neuro-Linguistic Programming) telah berjaya menjadikan seminar yang diadakan dengan jayanya. Pengisian seminar ini melibatkan komponen motivasi, teknik dan nilai kerohanian. Setiap aktiviti yang dikendalikan beliau mempunyai mesej-mesej yang berguna seterusnya dapat dijadikan pedoman oleh para pelajar dan guru. Pendekatan dan komunikasi yang santai dan bersahaja semasa seminar ini berlangsung telah menjadi medium yang sangat berkesan dalam penyampaian  maklumat (delivering information) yang berbentuk ilmiah. Para pelajar kelihatan mudah memahami akan setiap kaedah/ teknik menjawab. Disamping itu, para GPI yang hadir juga turut mengakui lebih memahami kaedah untuk membetulkan kesilapan jawapan para pelajar bagi soalan-soalan KBAT.

Sahabat seangkatan SMPI 05-09 UM

Persahabatan dengan Ust, Nik Affendy sejak bersama-sama menuntut di Nilam Puri Kelantan, yang ketika itu sebagai Pusat Asasi Pengajian Islam dan Sains Gunaan, APIUM tahun 2001 -2005 memang diakui dikalangan para sahabat seangkatan sebagai sosok yang berani tampil dalam pengucapan umum. Bakat dan kebolehan itu terus berkembang ketika melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda Pendidikan Islam (SMPI) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur tahun 2005-2009. Sewaktu diperingkat sarjana muda beliau pernah dilantik untuk menerajui persatuan mahasiswa Kelantan selaku presiden.  Pada ketika kuliah pula, beliau sering menjadi ketua pembentang bagi sebarang bentuk tugasan berkumpulan. Kebolehan beliau dalam menyampaikan maklumat dan fakta ilmiah dengan  tepat dan mudah difahami sememangnya diakui. Hatta, beliau juga berkebolehan dalam memberikan syarahan mahupun tazkirah agama yang mantap dengan diselitkan dengan rangkaian dalil yang bertepatan dengan tajuk yang disampaikan. Penampilan kemas juga sering ditonjolkan beliau ketika menyampaikan seminar, sehingga kesannya menimbulkan keserasian  kepada peserta (audience) yang hadir  dengan lebih selesa dan mesra.

Pembukaan seminar oleh tuan penceramah Ust. Nik Affendy Mohamad
Kombinasi elemen motivasi, nilai kerohanian dan teknik menjawab menjadikan seminar pada kali ini diluar daripada kebiasaan. Kerana lazimnya, sebarang seminar yang diadakan hanya memfokus kepada satu-satu bidang tertentu sahaja. Namun, pada kali ini ketiga-tiga elemen pembangunan kendiri tersebut telah disatukan dan disampaikan dengan menepati objektif penganjuran seminar ini. Pengisian motivasi adalah sebagai wahana menaikkan semangat para pelajar untuk terus mengejar kejayaan tanpa putus asa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...