-->
Hidup
insan di muka bumi ini bukanlah semata-mata untuk mencari segenap banyak harta
dan kemewahan bagi kelangsungan kehidupan itu sendiri. Malahan islam telah
menggariskan akan keberadaaan manusia dan jin adalah untuk mengadikan diri
kepada Allah SWT - tuhan sekalian alam penakluk dan juga penguasa seluruh isi
langit dan bumi.
“Dan tidak aku (Allah) jadikan jin dan
manusia melainkan hanya untuk beribadah kepadaKu” [QS:
Sementara
para rasul diutus untuk membimbing dan mengajarkan manusia mengenali tuhannya
serta memandu akhlak sahsiah demi sebuah ketamadunan yang unggul. Maka manusia
perlulah sedar dan menginsafi keberadaannya di muka bumi ini supaya terus
beramal, mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amalan tersebut lalu dikurniai
balasan baik di akhirat kelak.
Ironinya,
lewat zaman ini yang kian parah dek berbagai amal nista, manusia mudah
terjerumus ke lembah mungkar yang menatijahkan dosa. Perkembangan cara hidup
manusia abad ini mendatangkan pelbagai ancaman kepada kemurnian hati insani.
Mengambil beberapa contoh dalam hal penyebaran berita palsu, fitnah serta aib
menerusi aplikasi media sosial seperti facebook,
whatsapp, youtube dan sebagainya memberikan kesan yang besar kepada pihak
yang dianiayai. Akhiranya masyarakat hidup
dalam kemelut perpecahan dan perbalahan sesama sendiri.
Manusia
akan hidup terpandu dan terbimbing seandainya nilai agama menjadi keutamaan
dalam segenap aspek kehidupan. Lihatlah dalam rakaman sirah para nabi yang
diutus Allah SWT bahawa agama datang untuk memberi jaminan tatacara kehidupan
yang sempurna dalam peri hidup individu mahupun masyarakat. Hal ini jelas,
dalam gambaran kehidupan zaman jahiliah masyarakat arab sebelum kerasulan
Muhammad saw, kehidupan masyarakat yang ketika itu yang tidak bertamadun
menghalalkan penindasan kepada golongan lemah dan wanita, meminum arak, rompakan, mempercayai kelahiran anak
perempuan sebagai pembawa malang, perjudian dan sebagainya. Apakah zaman ini
kita kembali kepada kehancuran yang telah diperbuat oleh umat terdahulu? -Nauzubillahi min zalik
Hakikatnya,
amalan beragama yang kukuh sahajalah yang mampu menjelmakan ketamadunan manusia
yang unggul melalui penghayatan dan pengamalan yang bersesuaian tuntuan syarak
dengan berpandu pada ajaran nabi Muhammad saw. Maka darinya akan terbitlah
ketakwaan kepada Allah Azza Wa Jalla
yang mana seluruh raga manusia telah terpaut dengan tali kebenaran agama.
Manakala ketinggian takwa dengan kesungguhan mentaati perintah Allah serta
menyuburkan amalan sunnah menjadikan setiap tindakan individu mahupun
masyarakat sentiasa mendapat rahmat dan barakah allah.
“ .....dan ketahuilah bahawasanya Allah besrta
orang-orang yang bertakwa” [QS: 9:123]
“...Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk
anfus (diri)-mu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak
akan menemuiNya. Dan berilah khabar agembira orang-orang yang beriman” [QS:
2: 223]
Ketakwaan
adalah pergantungan jiwa sepenuhnya kepada Allah SWT dengan setiap amalan yang
dilakukan disandarkan dengan mentaati perintah
dan meninggalkan segala yang ditegah. Hati yang tunduk dan patuh
terhadap arahan tuhan tidak mungkin akan terjerumus ke dalam kancah kemaksiatan.
Sifat takwa akan mendorong seseorang istiqamah dalam melakukan amal soleh yang
akhirnya akan mendatangkan kebahagiaan bagi diri pelaku mahupun kepada
masyarakat sekeliling. Malahan benih takwa yang tumbuh subur dalam diri juga
akan terpamer ketinggian akhlak mulia dari pemiliknya kepada orang yang bukan
seagama. Justeru, sudah tentu ini akan menjadikan masyarakat bukan islam
terpesona dengan keindahan islam.
Dengan
ketakwaan yang terpamer dalam diri tiap
individu muslim sudah tentu memberikan kesan yang mendalam kehidupan
bermasyarakat. Lantas, kefahaman dan penghayatan beragama jelas terjulang serta
dipraktikkan dalam seluruh kehidupan baik aspek muamalat mahupun ibadah. Jiwa
kelmpok muslim yang disimpul erat dengan tali takwa akan mewujudkan suasana
kehidupan harmoni sejahtera, seterusnya terpelihara daripada sebarang bentuk
kemungkaran yang dapat menghancurkan kehidupan manusia. Percayalah bahawa hati
yang terpaut dengan rasa takwa akan mengutamakan agama berbanding dunia.
Sementelah hal ini tidak bermaksud memutuskan kesenangan hidup di dunia untuk
terus beribadah kepada Allah. Bahkan agama menyuruh agar manusia berusaha serta
berikhtiar untuk kehidupan dunia kerana denganya sudah tentu kondisi yang selesa
dapat memberi ruang yang baik dalam memenuhi tuntutan agama dengan sebaiknya. Maka
keseimbangan dalam amal dunia untuk akhirat menjadi titik tengah dalam
menyampaikan maksud hakiki ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan