Ahad, 5 Disember 2010

ke mana hasrat mu kan kau bawa..?

Pada menyatakan hasrat yang terbuku di hati. Berbagai pula mehna dihadapi bagi menjelaskan hasrat itu...

Sudah menjadi lumrah setiap manusia punya secebis hasrat yang ingin diluahkan. Baik hasrat yang demikian itu khusus buat seseorang atau kumpulan. Sesungguhnya hasrat juga berbagai-bagai ragamnya dan kehadirannya. Ia sukar ditafsirkan secara langsung dan difahami akan hakikatnya. Adakalanya kehadiran hasrat itu terpancar dengan tiba-tiba dan secara tersendiri, iaitu setelah mendapat tarikan terhadap sesuatu yang mendatangkan minat pada seseorang. Semuanya bergantung pada seseorang yang bilamana dirinya berhadapan dengan sesuatu yang menarik mintanya. mempersoalkan ‘particular thing’ yang berkait dengan terlahirnya hasrat merupakan yang sukar dinilai secara objektif. Memaklumi bahawa setiap manusia mempunyai citarasa dan minat yang berlain-lainan. Justeru ia sesungguhnya sukar untuk ditafsirkan dengan muktamad serta tuntas. Lebih mudah kiranya minat yang berlainan yang wujud pada manusia ditakrifkan sebagai ‘suatu konsep relatif’.

Pada hasrat itu pula memungkinkan seseorang dapat memuaskan hatinya. Menikmati kepuasan hati adalah suatu nikmat yang tahapnya amat bernilai pada diri seseorang. Akan tetapi, kepuasan hati yang dimaksud adalah yang sahih, yakni tidak tercemar dengan nafsu yang tak berpandu dan jauh menyimpang pada dasar nilai-nilai fitrah manusiawi. Kerana pada hasrat itu terdapat juga unsur-unsur hitam yang menatijahkan keburukan dalam penghidupan.

Dapat juga difahami bahawa kewujudan hasrat adalah sebagai keinginan yang amat kuat. Keinginan yang amat kuat inilah akhirnya menjadi pendorong kepada setiap manusia untuk terus berjuang melangsungkan kelestarian hidupnya di buana ini. Sedar akan peranan hasrat itu adalah sebagai entiti yang dapat membangunkan potensi manusia, maka sewajarnya ia perlu diamati supaya dapat memberi manfaat optimum kepada diri. Persoalan tentang mehna yang bakal dihadapi demi meluahkan hasrat itu perlu dikendali dengan sebijaknya, agar pendekatan yang digunakan adalah tepat dan mencapai maksud yang sebenarnya.

hasrat juga terkadang datangnya daripada luahan imaginasi. Awangan imaginasi yang terbentuk dibenak minda yang bersangkutan persoalan impian, cita-cita dan harapan. Keindahan imaginasi umpama menikmati karya lukisan yang indah yang menpunyai falsafahnya yang tersendiri. garis-garis serta figuratif diatas permukaan lukisan mengandungi makna yang tinggi, dan memahaminya terletak pada pengkarya itu.

Bukankah setiap daripada kejayaan kita pada hari ini bermula dari secebis hasrat? Bukankah setiap yang kita miliki sekarang adalah kebijaksanaan kita mengolah hasrat itu dengan arus realiti zaman? Justeru, segala yang kita miliki kini adalah suatu anugerah dan kejayaan kita mengatur hasrat yang terpendam.

Jumaat, 3 Disember 2010

Tulis, menulis, penulisan



editing daripada photoshop cs6 pada 23/08/2017

waktu malam menjelang sambil duduk menikmati secawan nescafe tarik kecil menggarap ilham yang berbekas di benak fikiran untuk cermin refleksi diri masa depan. Menulis bukan untuk mencari puji-pujian. Sekadar minat yang mendalam bermain dengan keunikan bahasa yang mampu berperanan menyampaikan maksud ilham yang terfikirkan.

Keindahan menulis terletak pada plot idea yang terbentuk. mentakwil ilham yang terlahir dalam bentuk rangkai kata agar dapat difahami pokok pangkalnya. Idea yang terlahir dari sikap memerhati dan menyelidiki bisa membuat suatu fantasi ke alam realiti. Rekaan imaginasi yang terkadang liar dan tidak berpandu dapat dijadikan ssesuatu yang bermanfaat bahkan agak pasti menghasilkan kejayaan.

Fondasi utama dalam menterjemahkan imaginasi adalah keluhuran pada mata hati yang bersih nan murni. Menstruktur imaginasi dengan fitrah sekeliling adalah tiang-tiang yang mengukuhkan binaan gagasan idea. Pemahaman yang mendalam terhadap isu yanng berkaitan harus diketemukan terlebih dahulu. Bermula dengan menumpukan pada punca serta sejarah yang terkait pada persoalan yang timbul, lalu dipanjangkan bagi menganalisa strategi dan kaedah yang ampuh. Imaginasi perlu ditegakkan dengan porses-prose tertentu supaya sentiasa terpandu dan jelas arahnya dan secara langusng dapat memberikan solusi kepada permasalahan/persoalan yang timbul.

perspektiif minda dihuraikan sebagai "the mind is not a vessel to be filled but a fire to be kindled"-Plutarch. pada kenyataan seperti ini ada benarnya. minda bukan semata untuk diisi penuh dengan segalanya, akan tetapi harus 'digerakkan' dengan sewajarnya bagi memaksimumkan fungsinya. kenyataan ini dapat dimengerti dengan mudah lalu tiada sebab untuk menafikan. Minda yang memunculkan imaginasi perlu supaya dapat dipacu dalam erti sebuah penghidupan. suatu hakikat bahawa memaksimumkan minda adalah sesuatu menguntungkan diri seterusnya menjamin mutu penghidupan. Bilaman tercetus imaginasi lalu pula disepadu dengan dimensi logika, emosi dan spiritual wajarlah ia mendapat sesuatu yang membahagiakan.

Khamis, 2 Disember 2010

Tuntunan di denai kehidupan

lorong kehidupan agak luas dibentangkan untuk dipergunakan mencapai cita. alam sebagai wasilahnya, kefahaman sebagai wahananya. Dan berbagai lagi kurniaan yang tak terkira dapat dibangunkan bagi mencapai maksud cita itu. Syarat utama mencapai cita adalah keyakinan dan kepatuhan yang MAHA tinggi kepada yang MAHA MEMILIKI.

tiadalah pernah ternafi bahwa semua cita yang terbangun itu akan suci bilamana tiadanya ketaatan serta kepatuhan kepada yang MAHA MEMILIKI. kerna pada yang MAHA MEMILIKI Dia tahu akan sesuatu yang hakiki. Yang suci dan murni adalah Dia yang MAHA MEMILIKI.

adakala yang dicita tidak pernah terjadi walau telah diusaha dengan bukan sedikit titik peluh yang dikorbankan. fe'el sekeliling diiselidiki dengan tuntasnya buat memahami keadaan dan situasi. ikhtiar dicari dengan mengumpul ilham dan buah fikir yang dapat dimanfaat untuk mencapai maksud cita itu. Namun, masih juga tiada mendatangkan sebarang hasilan yang dihasratkan.

bukan sedkit juga insan pernah melalui detik seperti ini. cuma nyata ada beza pada sang insan yang menghadapinya. Pada diri insan berbeza pula menerima tentang cita yang tak tercapai. Pertama, kelompok mereka yang terus menyalahi diri sendiri lantas pula tidak pernah menerima kehebatan rahmat yang terkandung dibalik cita yang tak dapat dicapai itu. Kedua, insan yang menyedari bahwa hakikat kehidupan ini tidak pernah lepas dari rancangan yang MAHA MEMILIKI- insan merancang, DIA yang menentukan.

Taat dan patuh pada dustur yang telah dianugerahi adalah kunci kejayaan hakiki.Wahyu maha suci telah dikurnia demi menunjuki sang insan kepada keselamatan dan keamanan. Juga sebagai nur menyuluh denai kehidupan agar terus berada di laluan benar. pada wahyu yang suci ini juga adalah penjelas segala kekaburan yang terwujud disepanjang denai kehidupan. Bersama wahyu suci dikurnia sang utusan pembawa rahmat buat sekalian alam. Pada dirinya adalah manifestasi wahyu suci. Memberi ajaran dan bimbingan pada sekalian insan berlandaskan dustur yang terkandung pada wahyu suci. Pada setiap tingkah SANG KEKASIH yang MAHA MEMILIKI ini terpancar budi yang murni, terlahir adab yang suci. Hingga terbukti peradaban manusia tercipta dengan penuh kehormatan tinggi.

Ahad, 29 Ogos 2010

kasih dan sayang

Kasih melayari kehidupan, lalu menyayangi segala apa yang ditemukan. diurus dengan penuh ketuluasan; entiti KASIH dan SAYANG agar dapat membawa diri yang merasai ke taman indah janji ilahi. dipadukan KASIH dan SAYANG agar saling memahami yang hakiki penuh suci.

menikmati masa silam, meyakini masa depan..

Berpaut pada kedua-duanya adalah menuntun kepada pengabdian kepada sang YANG MENGANUGERAHI.....

setiap detik dan saat tidak pernah lupa kepadaNYA.

Isnin, 16 Mac 2009

KETAMADUNAN

ketamadunan adalah suatu penghasilan daripada kejayaan menebar segala apa yang telah dipelajari dan difahami. Lalu dipergunakan yang demikian itu untuk tujuan membangunkan diri dan suasana sekitar. Terwujudnya ketamadunan adalah hasil rahmat dan kurniaan sang pentadbir sekalian alam. Insan sebagai makhluk yang dipertanggungjawabkan hanyalah sekadar pelaksana perintah untuk memakmurkan dan membangunkan mengikut acuan yang dicitai.

Namun sifat leka dan lupa tidak terpisah dari dalam diri manusia itu sebagai hamba Allah yang lemah dari segala sudutnya. Cuma membezakan adalah hati dan akal yang suci demi memimpin ke jalan bahagia menuju redha Ilahi. Ada waktu manusia terlalu dahagakan pembangunan sehingga lupa kepada aturan Tuhan, akibatnya jiwa terpinggir jauh dari redha Ilahi. Warga juga turut tertimpa bencana yang tiada terduga. Namun ini semua sebagai peringatan yang penuh makna, sebelum berhimpunnya umat manusia di hari yang hanya ada perhitungan amal dan jasa.


Saat kita berjalan meninti kehidupan dunia bermacam pancaroba dilalui. Berbagai harmoni alam dapat dinikmati sambil merasai syukur tertinggi kepada Ilahi. Dialah yang mengatur dan mentadbir segala sekalian alam. Hanya manusia diminta untuk bersyukur bagi semua pemberian ini. Ada tertawa, tanda uniknya semesta. Ada tersenyum, tandanya patuh seluruh alam ini. Ada terus lupa dan leka, tandanya kurang mengerti semua yang terjadi. Namun ketamadunan silam mengajarkan berbagai teladan serta iktibar disepanjang perjalanan kehidupan untuk menuju puncak kebahagian hakiki. Umat terdahulu pernah digembirakan, juga mereka pernah dibinasakan sehingga tiada seorangpun mampu melepaskan ancaman yang datang. Demikian kekuasan Allah yang tiada tandingan, segalanya terjadi tanpa perlu bantuan. Sewajarnyalah umat kini mengambil pengajaran akan apa yang telah berlaku disepanjang lipatan sejarah silam.

Hanya yang membezakan kini adalah rancaknya usaha untuk memajukan kemewahan tapi sering lupa kepada prinsip islam. Ada sesetengahnya berjuang mengembalikan kegemilangan agama suci ini, namun dipandang serong kononnya menyekat pembangunan. Ada pula yang menyongkong tindakan kemajuan sambil terlepas pandang kesyumulan islam lalu dikatakan inilah pembangunan versi islam. Sedangkan itu semua hanyalah andaian yang tidak berpijak kepada lunas islam yang penuh kesucian. Seterusnya, yang amat mendukacitakan adalah mereka yang semata-mata mengejar kemewahan bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan serta amat teruja tatkala diberi pujian dan sanjungan.

Adakah semua ini menandakan ketamadunan yang dapat menyatupadukan?. Kita menginginkan satu ketamadunan yang mulia kulit dan isinya. Umapama buah yang enak dipandang dari luar kulitnya maka elok rasa manis isinya. Begini sebenarnya yang kita semua perluakan, barulah hidup aman serta tenteram. Tiada kerisauan menyelubungi hari-hari yang menjelang. Tiada kegelisahan untuk memikirkan harapan tinggi perlu bantuan insan. Hanya pergantungan penuh kepada Allah s.w.t dan rasulNya sebagai ikutan.

Semoga ketamadunan yang sedang kita canangkan bersama kini menuju ke arah bahagia hakiki. Ingin sekali mendekatkan diri kepada Ilahi untuk diredhai. Berkat ajaran dan panduan yang disampaikan Rasul al-amin moga kita sentiasa ikuti sebagai dinding menjauhkan diri daripada musuh agama suci ini. Mereka dahagakan kekufuran lantas jauh daripada mendapat rahmat Allah. Namun kita pula cinta kepada jalan Allah dan sunnah rasulNya.

BANGKIT DARI TERLENA

Mahsyuk..
Seronok,
Sedih,
Pasrah,
Gelisah,
Suka,
Bahagia,
Rona jiwa yang bisa gempita
Meruntun ke lembah gulana
Kerna lalai dan leka

Kala itu
hati sarat gelita
Tersungkur jiwa dalam alpa
Berantakan wilayah raga
Istana taqwa menanti binasa
Terkebil sinar iman
Dibalik celah seksa
Terang cahayanya
Membangkit iltizam dari tidurnya
Pantas diraba nur hidayah
Lantas diatur seribu langkah
Untuk tegar dengan mehnah
Meniti alam musnah
Sambil beringat-ingat

Silap dahulu memanja rasa
Dijadi suluhan pedoman
Bertatih di susur hadapan
Sambil beringat-ingat
Kurang bukannya lemah
Lebih bukannya gagah
Papa bukannya hina
Kaya bukannya mulia
Semua bisa berubah
Yang kekal hanya Dia

Ancaman,
Cabaran,
Lawan,
Kawan…
Disingkap akal sebagai ruang dan peluang
Untuk maju gemilang
Mara berbekal azimat;
“Allah Rabbi sebagai Teman”
“Rasul Muhammad Sebagai Ikutan”
Inilah kuncinya
Tercipta peradaban Tuhan
Umat Islam silam cemerlang
Zaman berzaman
SyariatNya dijulang
SunnahNya digenggam
Islam gah seluruh alam

Diorak mula Sahabat Rasyidin
Diselusur manusia-manusia terbilang
Umar Abdul Aziz
Harun ar-Rasyid
Muhammad al-Fateh
Khalifah Agung Tuhan
Jejak mereka jadi panduan
Untuk bangun dari kejatuhan
Mencita luar biasa
Dalam jiwa raga
Sebagai manusia biasa
Memimpin diri
Gagah dan perkasa
Memukul gendang Tuhan
Menyeru kebaikan
Menegah kemungkaran
Menegak keadilan
Mengangkat Islam
Kembali di puncak alam

Catatan ini adalah ihsan daripada saudaraku:
Muhammad Din Abd Niri

Isnin, 9 Mac 2009

salam maulidur Rasul (12 rabiulawal 1430)


Telah sekian lama kita ditinggalkan oleh seorang insan yang amat menyayangi seluruh alam. Hari ini kita semakin asyik dibuai nikmat duniawi hasil perancangan makhluk terkutuk Ilahi. Tanpa kita sedari bahananya membawa diri jauh dari landasan yang dapat menyampaikan kita ke destinsasi hakiki. Akhirnya diri seringkali lupa akan cinta terhadap utusan kamil sekalian alam. Diri berdoa agar ini tidak menjadi riak dan takbur dihati, atau mungkin semata-mata untuk mendapat pengiktirafan duniawi.. yang nikmatnya dapat menaikkan bangga diri.

Kasih dan sayang keatas utusan kamil tiada lagi. Hanya sekadar lisan tapi bukan dihati. Diri tunduk meminta ampun dari sang pemilik hakiki. Moga perjalanan melewati buana mendapat petunjuk dan sentiasa dikurniai rahmat sejati..

Kepadamu Nabi s.a.w diri mengucap salam kerinduan. Sebagai tanda pengakuan diri amat mencintai dan mengasihi. Moga dikau dapat memberi syafaat kepada umat ini.. amin…

12 Disember 2016 | 13 Rabi'ulawwal 1438H | ISNIN
7 tahun berlalu daripada posting awal tulisan ini. Hari ini Isnin merupakan cuti umum bagi negara Malaysia disebabkan 12 Rabi'ulawwal 1438H jatuh pada Ahad. Sungguh hari ini juga mencatatkan sejarah bagi Malaysia dengan keberangkatan balik YDPA ke-xiii DYM Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah ke negeri asal tuanku iaitu Kedah Darul Aman setelah tamat tempoh berkhidmat sebagai YDPA Malaysia selama 5 tahun. Tempat baginda sultan pula akan digantikan oleh sultan Muhammad V yang ke-xiv.

Cinta kita kepada sang Kekasih Allah SWT. Sedang baginda nabi pula insan yang amat menyayangi umatnya. Hingga terungkap rasanya cintanya pada umat ini dalam suatu hadis saat baginda ditanyakan oleh sayidina Abu Bakar r.a tentang siapakah "ikhwan". Iaitu nabi saw menerangkan bahawa mereka itu adalah generasin yang cinta akan Allah dan rasulNya namun tidak pernah bertemua baginda.


Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...