Sabtu, 11 Mac 2017

DESIGN RUMAH: Cadangan awal untuk dekorasi wall blok hadapan

Cadangan untuk membina blok timbul pada sisi jendela hadapan. Dengan kombinasi material besi square tube.

Selasa, 7 Mac 2017

PEREKA GRAFIK: Kejohanan Balapan & Padang MSSDS 2017

Diberikan tanggungjawab sebagai pereka grafik untuk Kejohanan Balapan & Padang MSS peringkat Daerah Semporna bagi tahun 2017. Kejohanan yang akan disertai oleh sekolah-sekolah dalam daerah Semporna pada peringkat rendah dan menengah. Kejohanan ini berlangsung dari 08 - 11 Mac 2017, bertempat di Padang SMK Bugaya II Semporna.

Rekaan grafik yang disedikan adalah seperti berikut:

  1.  Banner rasmi kejohanan
  2. Muka depan buku aturcara kejohanan
  3. Kad Pengenalan Pegawai / Hakim Kejohanan


Tag untuk para pegawai/ hakim kejohanan

Banner rasmi Kejohanan berukuran 8x3 kaki

Muka depan buku aturcara

Sokongan padu daripada warga sekolah

Khamis, 2 Mac 2017

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTQ) SMKDPA TAHUN 2017M/ 1438H



Tarikh 18 Februari 2017 (Sabtu) telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-quran (MTQ) peringkat SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna (SMKDPA). MTQ yang kini dikenali sebagai Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah (KDSS) pada peringkat Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun, edisi 2017 peringkat SMKDPA mengekalkan nama MTQ kerana program ini hanya dijalankan selama sehari dan pengisian yang berbentuk pertandingan dilihat tidak sesuai untuk menggunakan konsep karnival. Sungguhpun, pada peringkat awalnya pihak panitia berhasrat untuk mengadakan pengisian bersifat pertandingan dan pameran Kelas Aliran Agama (KAA) peringkat sekolah ini. Selain itu, program  dalaman sekolah oleh unit yang lain juga berlangsung pada Februari perlu diambil kira agar tidak berlaku pertindihan program/ aktiviti disamping dapat mengoptimumkan penggunaan hari beraktiviti pelajar yang diisi dengan pelbagai progam yang ditentukan.

Alhamdulillah, setinggi syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi upaya kepada guru-guru pendidikan islam (GPI) SMKDPA untuk menjayakan MTQ edisi kali ini. Disamping itu, kolaborasi kerjasama Panitia Pendidikan Islam, Unit Ko-Kurikulum SMKDPA dan Bidang Kemanusiaan telah menghasilkan sinergi padu dalam aspek persediaan sehingga hari berlangsungnya MTQ. Turut menjayakan program ini juga adalah bantuan tenaga daripada para pelajar yang menjadi ahli dalam Badan Pengawas Syariah SMDKPA (BPS SMKDPA) dan ahli Kelab Pendidikan Islam SMKDPA (KPI SMKDPA) yang berperanan sebagai AJK sepanjang hari MTQ berlangsung. Setinggi terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terbabit.

Acara bermula sewal jam 8.00 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi itu mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada kalangan pelajar. Setiap acara yang dipertandingkan dibahagikan mengikut kategori jantina (lelaki dan perempuan) dan terbuka kepada seluruh pelajar aliran perdana dan tingkatan enam (6). Acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-quran, Hafazan, Syarahan Agama Spontan, Nasyid, Seni Khat dan Qiraat (dikhususkan kepada pelajar KAA ting, 3-5). Acara nasyid telah menerima penyertaan yang paling banyak iaitu melibatkan 14 kumpulan bertanding.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan pada 20 Februari 2017 (Isnin) semasa perhimpunan rasmi mingguan. Majlis penutupan ini telah dihadiri oleh tuan pengetua SMKDPA En. Abdul Aziz B. Abdul Rashid dan semua Penolong-Penolong Kanan (Kumpulan Pentadbiran Sekolah).

Acara Nasyid dilangusngkan di Dewan Makan Asrama SMKDPA

Acara Syarahan Agama Spontan diadakan Di kelas 5 ixora


Acara Hafazan diadakan di Bilik KKQ SMKDPA dihakimi oleh ust. Mohd Nor Hasni dan ust. Mohd Faizal

Kelihatan pesera Acara Khat tekun menghasilkan karya masing-masing

Majlis Penutupan & Penyampaian hadiah disempurnakan
oleh En. Abdul Aziz B. Abdul Rashid (Pengetua) SMKDPA pada pagi 20 Februari 2017 (Isnin) 



Jumaat, 27 Januari 2017

SESI LATIHAN INTENSIF KELAB PING PONG: Perjuangan untuk MSSD Semporna 2017

Kelab Ping Pong (SDPA table Tennis club) SDPA akan menghantar wakil ke pertandingan Ping Pong MSSD Semporna bagi tahun 2017. Seramai 10 orang pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan 1, 2 dan 5 dipilih sebagai pemain.  Daripada jumlah tersebut, para pemain masing-masing mewakili 5 lelaki dan 5 perempuan.

Sesi latihan intensif ini diadakan termasuk cuti persekolahan (cuti tahun baru cina). Para pemain perlu disiapkan dengan penuh persediaan menghadapi perlawanan. Setakat ini, antara pasukan kategori yang telah mengesahkan penyertaan ialah SDPA, SMKDPHJ, SMKT dan SMK(A)TS. Latihan intensif ini memfokus kepada teknik permainan pantas, kemahiran smash, spin dan corak permainan defensif.


Logo Rasmi direka oleh Faizal Studio.


Ketua jurulatih sedang memerhati corak permainan para pemain.

Teknik menahan bola

Hari ke-3

Jurulatih beregu sedang memerhati corak pergerakan pemain. 

Jurulatih perseorangan sedang memerhati pemain perempuan.
Semoga Kelab ini akan terus melonjakkan kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum sekaligus dapat melahirkan generasi muda yang cergas dan aktif.

Sabtu, 14 Januari 2017

MENYUBURKAN MAHABBAHTURRASUL S.A.W: Sambutan Maulidurrasul S.A.W 1438H Peringkat Daerah Semporna

Kecintaan kepada Nabi Muhammad S.a.w didaerah Semporna sekali lagi diterjemah dalam Sambutan Maulidurrasul peringkat daerah Semporna yang telah diadakan pada 07 Januari 2017/ 09 Rabi'ul akhir 1438H bertempat di padang pekan Semporna. Syabas dan tahniah kepada pasukan kolaborasi penganjur iaitu Urusetia Pejabat Daerah Semporna, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JAHEINS - Caw. Semporna) dan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna (PPDS) kerana telah berjaya merancang, melaksana dan menyelia gerak kerja serta persiapan yang seterusnya telah melancarkan majlis pada hari itu. Syabas. Dengan pengisian yang sangat 'hidup' tatkala slot forum diadakan dibawah tajuk Menyuburkan Cinta Kepada Nabi.

Cuaca cerah pada pagi tersebut merupakan rahmat Allah kepada penduduk daerah Semporna. Seawal jam 6.00 pagi kumpulan peserta sepanduk yang mewakili sekolah, persatuan, kampung serta jabatan/ agensi telah bersiap berkumpul di padang pekan Semporna. Susun atur kumpulan peserta oleh pihak penganjur telah melicinkan lagi pergerakan perarakan ini. Sebelum perarakan bermula, Y.B Datuk Ramlee Marahaban (DUN 54 Bugaya/ Menteri kewangan negeri Sabah) selaku perasmi telah sempat diperkenalkan kepada setiap kumpulan peserta sepanduk. Sepanjang sesi perkenalan itu, beliau memberikan ucapan tahniah kepada setiap kontinjen kerana telah berusaha dan bekerjasama dalam menyertai perarakan sepanduk pada kali ini.

Persiapan Sepanduk bersama pembantu

Setting size dan pemasangan holder
Proses penyiapan sepanduk telah dibantu oleh pelajar-pelajar asrama lelaki. Dengan kerjasama pengurusan asrama (Cg. Hairi Alim - warden).


Design asal/ concept menggunakan photoshop cs6 oleh Ketua Panitia Pend. Islam. Final touch/ setting oleh Muhd. Afiq (HIDANAH ART).

Antara yang terlibat
Ust. Mohd Faizal (paling kiri) Ustz. Noor Fadiah, Ustz. Nor Saadah (Kedudukan tengah) En. Rosedin, En. Mohd Juni, En. Sofian & En. Wan Azmiri (Dari Kanan ke Kiri).

Ketika perarakan berlangsung melalui jln dewan masyarakat - simpang Pej. Daerah

Ustaz Shamie sebagai Ketua Kontinjen SMKDPA


Antara jabatan/agensi yang turut menyertai pertandingan sepanduk. Kelihatan pasukan Tabung Haji (TH) Caw. Semporna mengenakan pakaian Ihram sebagai identiti mereka.

Ahad, 1 Januari 2017

PAGAR HADAPAN

31.12.2016 (Sabtu)
Masa mula kerja: 7.00 pagi


Membina susunan bata untuk pagar hadapan

Bil. pekerja : 4 orang
Bayaran upah : RM30.00/ hari (tidak termasuk perbelanjaan kenderaan pergi-balik/ makan)
Tempoh jangkaan menyiapkan kerja: : 3 hari


Hari kedua (01 Januari 2017)
Kerja Penyusunan bata oleh pekerja sedang diperhatikan
Setiap bahagian (partition pillar) lebih kurang berukuran 10'-2". Dekorasi walling akan menggunakan tile jenis batuan timbul untuk memberikan impak kontras. Warna gelap (kelabu) cadagan warna untuk menampakan naturality concept.

Inspirasi design dengan sedikit ubahsuai

Pandangan dari arah hadapan 
Bahagian sampel design. Tetingkap kecil berukuran 15" setiap satu



Pandangan dari arah tepi

Pandangan dari laman luar. (Perspektif).


Ahad, 18 Disember 2016

KUASA POLITIK DAN SILAHTURRAHIM INSAN (Penonjolan karakter diri ditengah-tengah masyarakat)


BAHAGIAN I


Bila berkuasa  individu dengan kerja politiknya. Ramai manusia terpesona dengan karisma gerak langkahnya. Kerana manusia melihat kononnya sang pemimpin adalah insan terbaik dan terpilih, pandai dengan kerja urus tadbir manusia. Kelazimannya mereka yang berjawatan dalam ruang poliitk kelihatan agak ekslusif - pergaulan dengan 'orang ada-ada' sahaja. Apatah lagi berbicara soal politik negara M, kebanyakan mereka yang berada dalam arena politik itu sendiri asalnya adalah disebabkan kecenderungan minat dan yang paling utama ialah mengharap laba daripada jalinan akrab dengan pimpinan utama untuk mendapatkan tender dan projek yang lumayan nilainya.

Alangkah jijik sikap mereka itu, para si politikus. Orang awam yang tiada kuasa politiknya begitu cuma kehadirannya (Dicatat pada 11 Disember 2016 bertempat di Kg. Serusop, Tuaran Sabah). Dalam majlis yang dihadiri seorang politikus, akan kelihatan para politikus muda yang kononnya bersama-sama dalam memacu agenda membantu para masyarakat. Namun, politikus muda ini telah kita maklumi hanyalah sebagai pihak-pihak yang mengambil bahagian untuk mendapatkan kepentingan peribadi mereka. Mereka ini sering saja menampilkan dan menyerlahkan diri ditengah-tengah ramai orang (sebagai pergerakan muda) walhal realitinya sikap mereka ini telah diketahui hanyalah semata-mata untuk mendapatkan kelulusan tender dan projek. Disinilah letaknya destini para politikus muda ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan segelintir daripada mereka ini tidak mempunyai kaliber dan gaya kepimpinan yang boleh memajukan masyarakat. Orang "biasa-biasa" tidak dilayani dengan sepatutnya - disitu nyata double standard hubungan kelompok ini dengan rakan sebaya yang tidak terlibat dengan arena politik. Jika ini yang ingin ditonjolkan, usaha memajukan dan membantu masyarakat yang kononnya menjadi agenda utama dalam ruang politik hanyalah bersifat retorik semata-mata. Pangkat dan jawatan yang digalas mereka dijadikan kelebihan untuk mengaut untung dan kemewahan hidup. Adakah perihal sebegini sudah menjadi darah daging dalam politik kaum muda masakini? jika ianya benar, teramat parahlah bangsa, negara dan agama kita.

Ironinya, al-siasah lil mujtami' adalah wadah untuk mengurus tadbir manusia dan alam sekelilingnya agar lebih sejahtera selaras dengan syariat agama. Bertitik tolak daripada maksud ini, sewajarnya politik adalah sebagai medium penyatuan masyarakat untuk merealisasikan segala perencanaan ke arah kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan hidup yang dikongsi dan dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Sesungguhnya, hal ini menuntut kepada kebersamaan semua pihak iaitu pemimpin dan masyarakat setempat. Dengan adanya sinergi pemimpin dan kelompakyang dipimpin (untuk bersama-sama mencapai kesejahteraan) maka sebarang agenda utama dalam kerangka politik akan mudah untuk dilaksanakan. Selain itu, keikhlasan hati antara pemimpin dan masyarakat adalah yang paling memberi makna dalam segala tindakan untuk membangunkan  kesejahteraan. Lihatlah bagaimana para anbia utusan Allah SWT melaksanakan amanah dipikul mereka, tiada seorang pun yang culas dalam tanggungjawab mereka - MEREKA IKHLAS dalam melaksana pertanggungjawaban. Demikian juga bila kita lihat pada peribadi Mahatma Ghandi - BELIAU IKHLAS dalam mengetuai rakyat india untuk mencapai kemerdekaan daripada pihak British, walaupun selepas itu India terpecah kepada dua negara (India dan Pakistan) pada 1947 yang  Ghandi sendiri tindak menyetjui hal itu. Justeru, kemurnian hati yang dihiasi sikap ikhlas akan menjadikan segala usaha ke arah memakmurkan kehidupan akan tercapai dengan jayanya. Ini kerana, adanya sikap ini akan mengetepikan sifat mazmumah yang lainnya seperti mementingkan diri, ego, sombong, tidak mensyukuri nikmat pemberian dan sebagainya.  Malah yang terbentuk dalam keperibadian masyarakat ialah sifat redha, sabar dan kesungguhan mujahadah demi mengecapi kemajuan sesuai tuntutan agama sebagaiman acuan sunnah rasullulah SAW.

Pengikat kepada permuafakatan masyaratkat ialah sikap saling menerima antara satu sama lainnya. Sikap ini dapat diterjemahkan melalui mewujudkan hubungan baik dalam kalangan masyarakat itu sendiri -iaitu dengan saling menghormati, keterbukaan ketika menerima kritikan, toleransi dan kerjasama erat. Walhasil, perkara-perkara tersebut nyata akan menjadikan sesebuah bangsa mampu melonjakkan kegemilangan dalam pentas kehidupan yang aman dan damai. Justeru, keutamaan inilah yang disebut sebagai silahturrahim, yakni permuafakatan tanpa berbelah bagi demi menjaga kepentingan bersama disamping pula mewujudkan suasana yang merangkumi seluruh lapisan masyarakat dengan mengetepikan status karier, jawatan, pangkat dan kelebihan yang dimiliki seseorang individu. Janganlah ada kiranya sikap umpama enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing yang padahnya akan merosakkan hubungan baik sesama insan.  Kerana kelebihan yang ada di dunia ini yang dimiliki tiap individu tidaklah membawa apa-apa makna yang hakiki melainkan sekiranya segala kelebihan yang ada itu dipergunakan selaras dengan tuntuan agama. Sebagai muslim, amatlah jelas akan hal ini melalui firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 13 (49:13)






Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...