Sabtu, 26 November 2016

KEPERLUAN GENERASI MAHIR PADA MASA HADAPAN

Abad ini sememanganya memerlukan kemahiran setiap individu untuk terus kekal sebagai berdaya saing. Kepesatan teknologi masakini telah membuka seluas-luasnya pelbagai peluang dalam aspek kehidupan manusia sejagat. Jika diambil kira era tahun 80-90an, kita dapat menyaksikan generasi dinilai dari sudut tingginya status akademik yang dimiliki. Hakikat ini telah menjadikan kayu ukur bagi sesorang individu menempatkan dirinya pada sektor profesional yang sekaligus disanjung tinggi oleh masyarakat umum. Namun, peredaran masa telah mengubah situasi itu kepada beralih kepada suatu medan yang memerlukan 'kemahiran' sebagai satu kunci kejayaan pada hari muka. Betapa hal ini telah dapat dibuktikan dengan berbagai laporan massa yang mengetengahkan individu-individu yang berjaya walaupun tidak pernah menamatakan status akademik mereka di universiti. Persona seperti Bill Gate (microsoft) dan Mark Zuckerberg (facebook) menjadi bukti bahawa kelulusan akademik bukanlah suatu yang dapat menghalangi untuk berjaya.  Kedua-duanya telah berjaya mengecapi impian masing-masing bahkan menjadi ikon dalam dunia teknologi masakini.

Namun demikian, tiada siapa yang dapat menafikan akan kepentingan pendidikan diperingkat formal. Iaitu menggali sedalam-dalamnya ilmu diperingkat institusi-institusi pendidikan seperti sekolah, universiti, kolej, program-program latihan dan sebagainya. Hal ini kerana, sudah semestinya institusi-institusi berkenaan mempunyai kurikulum dan silibus yang telah diperakukan oleh badan-badan berautoriti akan keberkesanaan pengisiannya pada masa hadapan. Penyediaan kurikulum itu pula melibatkan pakar-pakar akademik yang terlibat secara langsung dalam perkembangan dunia pendidikan semasa bagi menghadapi peredaran zaman. Justeru, pendidikan diperingkat formal adalah menjadi kemestian buat generasi kini untuk mengembangkan bakat dan kebolehan mereka yang pastinya dapat menjamin survival diri di hari muka.

Juga perlu diingat bahawa proses mendapatkan ilmu adalah berdasarkan kepada pengamatan persekitaran semasa. Ilmu adalah sangat penting bagi tiap manusia. Demikian Allah SWT memperingatkan manusia dalam wahyu pertama surah Al-Alaq ayat 1 berdasar kepada kata IQRA. Namun kata ini bukanlah disempitkan semata kepada 'pembacaan secara teks'  bahkan ini merangkum pembacaan insan terhadap dunia kelilingnya (konteks) - kata TILAWAH juga bermaksud baca (lebiih bersifat kepada teks) (Saiful Nang, 24 Novmember 2016, Mengapa Pendidikan DI Malaysia Mundur?)

Perkembangan pengetahuan berdasarkan penelitian dan pengamatan kepada dunia sekeliling


KEMAHIRAN DIRI DALAM MENDEPANI ZAMAN
Perkembangan dunia industri masakini sudah tentu memerlukan kepada tenaga kerja yang mahir. Oleh itu, setiap individu pada masakini perlu menyiapkan dirinya dengan kepelbagaian kemahiran agar terus dapat beradaptasi dengan setiap perubahan yang berlaku. Apatah lagi pada era teknologi ini,  komunikasi manusia tidak lagi terbatas dan melangkaui jarak sempadan geografi. Membairkan diri untuk terus berada di takuk lama (comfort zone) akan mengakibatkan kita ketinggalan dengan kemajuan kelompok persekitaran dan sekeliling. Hal ini sudah tentu mendatangkan kerugian pada diri dan lingkungan, disebabakan sistem fikir dan kerja masih tertumpu pada corak yang lama. Tegasnya, dunia hari ini memerlukan kepada penambahbaikan (upgrading)  dan pembaharuan (transformation).

Disamping itu, kreativiti dan inovasi juga menjadi pembeza kepada tiap individu. Pola fikir yang terkehadapan menjadi kelebihan dalam memunculkan diri ditengah-tengah arus perkembangan semasa. Kesebatian ilmu dan kemahiran menjadi teras utama dalam penghasilan sesuatu produk (output) yang benar-benar berkualiti tinggi. Parameter kemenjadian ilmu (teori) dan kemahiran (praktis) adalah tertakluk kepada penyelesaian kepada setiap permasalahan yang timbul ekoran perkembangan zaman. Iaitu, kebolehan tiap individu yang mampu menyelesaikan atau mencipta makenisme yang boleh mengatasi tiap permasalahan dalam kehidupan, baik bersifat teknologi mahupun guna tenaga manusia. Sebagai contoh, betapa ilmu yang ditimba melalui pembelajaran secara teorikal daripada sekian banyak buku seperti fizik, matematik, kimia dan sebagainya dapat dicurahkan ke dalam penyelesaian (solving) kehidupan yang berkaitan seperti struktur bangunan, makenikal jentera dan perubatan. Namun, persoalanya adakah ilmu yang datangnya daripada teks buku-buku itu terkait kesemuanya dalam penyelesaian kepada beberapa bahagian sahaja dalam masalah yang dihadapi?. Sudah tentu TIDAK SAMA SEKALI, hanya sahaja ilmu secara demikian adalah lebih berstruktur. Ironinya, letak kemahiran (praktis) lebih banyak diperoleh daripada rangkaian 'pengalaman' seseorang individu. Semakin dia banyak bergaul dan meneliti dengan cermat akan ehwal sekelilingnya semakin bertambahlah pula pengetahuannya dalam menyelesaikan permasalahan. Teori fizik semata-mata sahaja tidak akan memberi makna kiranya pada praktisnya gagal menunjukkan/ membuktikan akan kebenaran teori tersebut.

Perkembangan individu dalam membina kreativiti dan inovasi


Selain itu, kemahiran juga hendaklah ditunjangi dengan niali agama sebagai pembatas agar tidak terkeluar daripada anjuran syariat. Harus ditekankan bahawa kejayaan ciptaan manusia hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak supaya setiap daripada hasil kreativiti dan inovasi itu selain memudahkan dan menyelesaikan permasalahan dapat pula memenuhi tuntutan hamba dengan Allah SWT. Tiadalah erti sebuah kejayaan sekiranya sifat kehambaan kepada Allah SWT sebagai pemilik dan maha berkuasa telah sirna dalam diri individu. Kerana kehidupan semata didunia ini pasti akan berakhir jua, sedang kehidupan abadi yang baik diakhirat kelak tergantung dengan amal kebajikan semasa di dunia ini. Ringkasnya, setinggi mana kehebatan hasil produk (output) ciptaan manusia misalnya yang berteknolgi tinggi (high tech) sangat perlu juga nilai pada sesuatu produk itu memiliki peranan dalam membangun ummah sejagat (human touch).  


Kesebatian teori dan praktis menghasilkan output bermutu tinggi



KONKLUSI
Generasi kini perlu kepada segenap persiapan andainya ingin survival bagi menempuh cabaran perkembangan zaman. Justeru, ilmu dan kemahiran amat diperlukan bagi menghadapi segala yang mungkin pada masa akan datang. Rangkaian pengalaman yang mematangkan dilihat sebagai suatu nilai tambah dalam memajukan diri pada era ini. Perubahan gaya hidup manusia yang tidak lagi terbatas dengan sekatan sempadan geografi bahkan pengetahuan mereka juga telah beralih ke peringkat global memungkinkan sahaja setiap individu mampu mencipta peluang dan mengukir kejayaan. Namun, hakikat elemen agama, budaya dan adat resam yang menunjukkan nilai sahsiah yang tinggi tidak harus dikuburkan dengan perkembangan ini. Sepatutnya elemen ini perlu dibumikan dalam setiap penerokaan ilmu dan kemahiran dalam diri individu agar kelestarian citra bangsa mampu terserlah sekaligus mengangkat martabat syiar ilahiah. Ringkasnya, zaman terus berubah namun generasi kini masih mampu merencana dan mencorakkan akan apa yang perlu dilakukan pada hari muka untuk dunia terus sejahtera dan makmur sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.     


Jumaat, 18 November 2016

MODERASI DAN KEHENDAK AKHIR: Penelitian untuk memastikan kesahan kualiti dalam setiap proses tindakan kerja.





PENGENALAN
Moderasi (moderate) adalah kata ambilan asing (Bahasa Inggeris) yang membawa maksud avoiding extremes of behavior or expression : observing reasonable -  sumber: http://www.merriam-webster.com/dictionary/moderation. Kata ini dapat difahami sebagai pemerhatian untuk mengesahkan kedudukan yang wajar dalam memberikan satu-satu penilaian yang melibatkan sesuatu proses sistem yang telah ditentukan. Hasil akhirnya pula akan membawa kepada satu keasahan kualiti yang diyakini. Dalam konteks tindakan sesuatu kerja, peringkat moderasi  adalah sangat diperlukan agar setiap hasilan berada dibawah kawalan yang tersusun dan komprehensif. Selanjutnya, ia juga bertujuan dapat mengesan serta mengenalpasti kepincangan dalam sesuatu proses.

Penelitian berulang terhadap prosedur dalam sesuatu sistem kerja akan menjadikan setiap output yang dihasilkan memiliki nilai mutu yang terbaik. Jika diamati, moderasi adalah suatu tindakan kerja yang bersifat "mensederhanakan" suatu penghasilan. Ini bermakna, dalam mentadbirkan sesuatu proses kerja moderasi mampu memberikan suatu keputusan yang bersifat natural, adil dan quality check/ control. Namun, ini tidak bermakna moderasi boleh menjadi titik pemutus apabila melibatkan pelbagai pihak dan peringkat. Hanya sahaja ia bertindak sebagai penelitian yang bersifat mengikut peraturan yang telah ditentukan dan dipersetujui disemua peringkat proses kerja. Dasarnya hendaklah pula tertakluk kepada 'kehendak akhir' dalam apa yang dimatlamatkan. Kenyataan ini adalah berbasis kepada kepatuhan terhadap halatuju sasaran utama. Untuk itu, ini akan mengelakkan daripada berlakunya ketidakpadanan, ketidakakuran, double standard,  dan segala bentuk kekhilafan yang boleh dianggap sebagai membelakangi kehendak akhir yang hendak disasarkan.

SASARAN (KEHENDAK AKHIR)
Sasaran (kehendak akhir) adalah perkara utama sekali dalam apa-apa jua bentuk tindakan kerja. Adakalanya sesetengah proses mahupun tindakan kerja menggunakan manipulasi atau ambil peluang terhadap pelbagai kaedah, yang mana bertujuan untuk mencapai hasrat yang dimatlamatkan. Dalam keadaan sedemikian, perlu adanya pengimbang untuk mengawal agar tidak berlaku pula salah tafsiran kepada sasaran yang ditentukan. Demikianlah moderasi mengambil peranannya dalam mengelakkan berlakunya hal sedemikian. Berbalik kepada sasaran pula, ia juga perlu ditekankan dan paling diutamakan. Walau apapun kaedah yang digunapakai dalam sesuatu porses, ia hendaklah tidak kelihatan mencacatkan kehendak akhir. Kerana kehendak akhirlah yang sewajarnya diakuri supaya output yang dihasilkan menepati standard yang diharapakan. Disini, tafsiran kepada- sasasran (Kehendak Akhir) hendaklah dikenalpasti (define) terlebih dahulu agar segala proses tindakan kerja tidak terkeluar daripada landasan utama (mainstream). Kemungkinan berlakunnya salah tafsiran atau beza pandang terhadap suatu kehendak akhir. Hal ini umum berlaku. Justeru, hendaklah berbalik kepada kefahaman tepat terhadap sasaran (kehendak akhir) supaya semua pihak yang terlibat secara langsung dalam proses tindakan kerja sepakat dalam memutuskan tujuan sebenar (final decision).

Berlandaskan kepada realiti kehendak akhir, maka jelaslah ia perlu kepada kejelasan (clarify) terhadap isu yang diketengahkan. Semua peringkat yang terlibat dalam proses tindakan kerja tadi sewajarnya mengambil perhatian serius. Hasilnya, segala proses yang ditadbirkan memenuhi kriteria dan prosedur yang telah ditetapkan secara bersama serta bersifat kolektif. Disamping itu, peranan pihak disetiap peringkat dapat dioptimumkan dan menepati standard sekaligus tiada suatupun yang terkeluar daripada landasan kerja. Struktur inilah yang menjadi kunci kepada penghasilan sesuatu output. Oleh itu, kejelasan dalam memahami 'kehendak akhir' perlu diamati dan dicermati oleh semua pihak yang terlibat dalam setiap proses tindakan kerja. Walau apapun yang berlaku, hakikatnya moderasi hanyalah bersifat mengawal, menjaga dan menstabil output yang ingin dihasilkan (sasaran) supaya ia masih menepati standard.

KESIMPULAN
Kombinasi gerak kerja sasaran dan moderasi dilihat mampu menghasilkan sesuatu hasilan yang berkualiti tinggi. Dalam konteks yang bersifat subjektif ia  menjadi titik tengah dalam penghasialn yang terbaik sesuatu output. Persoalannya, setiap kritik dan saran adakalanya saling mengalami beza pandang antara pelbagai pihak. Hal ini adalah disebabkan 'ketidakjelasan' kepada sasaran (kehendak akhir). Justeru, hal ini hendaklah dicermati disemua peringkat tindakan kerja agar sekali-kali tidak terkeluar daripada landasan (mainstream) sesuatu sistem tindakan kerja. Ringkasnya, Kawalan yang 'berpatutan' yang mengikut standard dan prosedur teknikal sewajarnya diutamakan. Akhirnya, segala hal yang berkaitan dalam sesuatu tindakan kerja hendaklah bersifat komprehensif dengan dilatari sistem alir yang betul, sebagaimana yang telah ditetapkan di semua peringkat yang terlibat dalam sesuatu tindakan kerja. 



  

Sabtu, 29 Januari 2011

MATLAMAT YANG SUKAR



Sudah tentu tiap individu punya ragam yang tersendiri


رضا الناس غاية لا تدرك

Ungkapan ini amat bererti kepada sesiapa sahaja. dalam melayari lautan kehidupan dimana diri sendiri menjadi nakhoda kapal untuk menentukan destinasi yang ditujui. Demikian kita menyedari dengan penuh keinsafan bahwa bagi memusakan semua pihak merupakan suatu pekerjaan yang teramat berat.

Maka terimalah segalanya dengan apa adanya dan penuh kesederhanaan.

5 TAHUN BERLALU
Hari ini 19 November 2016, telah berlaku banyak perkara dikeliling kita mengikut peredaran masa itu. Juga tulisan ini baru sahaja dikemaskini setelah 5 tahun berlalu. Tentu saja, banyak sekali yang telah berubah. Demikianlah 'masa' menempatkan dirinya sebgai makhluk yang begitu 'istimewa'. Sifat masa yang relatif   bisa dimanfaat sehinggalah kita sampai pada titik akhir zaman.

Sumber: Utusan Malaysia Online
Disepanjang peredaran zaman pula kehendak manusia semkin tinggi - berubah-ubah. Apa yang boleh dikatakan bahawa, manusia ingin mengambil daripada peredaran masa 'sesuatu' yang mengikut arah alir peredaran zaman. Kehendak manusia yang tinggi sesungguhnya telah banyak mendatangkan natijah baik mahupun sebaliknya. Ini sudah menjadi lumrah, bahawa setiap keinginan itu harus dipenuhi dengan mengambil kira keperluan, tuntutan, kesesuaian, kepadanan dan banyak lagi. Dari situlah kehendak manusia pula semakin meningkat - untuk memenuhi survival hidup. walau apapun, nilai beragamalah yang menjadi paling utama supaya manusia tidak 'terperangkap' dengan mudah oleh permainan masa itu sendiri.

FOKUS
Dengan maklum bahwa manusia adalah banyak ragamnya. Maka, sewajarnya pada diri tiap individu pula untuk kekal istiqamah dengan segala usaha baiknya. Hal ini menjadi kunci kejayaan yang hakiki untuk mendapatakn keberuntungan hidup yang abadi kelak. Manakan tidak, Allah SWT telah memberi ingat melalui kalamNya yang suci "KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN KEBAJIKAN SERTA SALING MENASIHATI UNTUK KEBENARAN DAN SALING MENASIHATI UNTUK KESABARAN" (Surah Al-'Asr:3). Justeru, hal ini telah jelas nyata sesungguhnya hanya berbuat baik sahajalah yang mampu menyelamatkan arena kehidupan ini. Sewajarnyalah kita menginsafi segala khilaf diri dan berusaha pula untuk memperelokkannya. Sesungguhnya kebaikan yang diperbuat pasti akan memberikan hasil yang lumayan disamping menjadi bibit buat generasi muka untuk terus mengekalkan keamanan dan kedamaian.

Adapun dengan kehendak manusia yang tidak terbatas usahlah dikisahkan pula. Hanya saja, manusia itu mungkin berlainan tingkat ilmu dan kefahamannya dalam sesuatu. Justeru, beza tingkat ilmu dan kefahaman adakalanya menjadikan suatu yang ingin dilaksana (kebaikan) mendapat tentangan daripada pihak lain. Sekiranya hal ini tidak diuruskan dengan sebaiknya dengan jalan hikmah, maka sesungguhnya kebaikan yang direncana itu kemungkinan besarnya tidak dapat pula diteruskan. Namun, tidak dinafikan bahawa tidak bermaksud segala buah fikir mahupun kritik dari pihak lain adalah tidak bermakna. Apa yang perlu ialah menjadikan ia sebagai sumbang saran untuk memperbaiki lagi kelompangan perencanaan kebaikan, bukankah langkah demikian lebih bersifat positif daripada terus sahaja menganggapnya sebagai ancaman?!. Justeru, disinilah letaknya seni menempatkan diri (yang kekal dengan prinsip) untuk terus menghadapinya secara harmonis.

Isnin, 24 Januari 2011

MENJELASKAN PROSES KESUKSESAN


  1. Setiap dari kita dikurniakan akal dan fikiran. Kedua-dua Elemen ini dapat digunakan untuk mengembangkan dan memajukan semua pihak amnya dan diri sendiri khususnya. Justeru itu, ia haruslah dioptimumkan agar menghasilakn suatu hasilan yang mendatangkan keuntungan yang maksimal.
  2. Akal dan fikiran juga sering kali menghasilkan berbagai idea mahupun ilham yang datangnya daripada pencerapan pancaindera manusia. Menyedari bahawa pancaindera yang dianugerhkan meruapak alatan yang dapat dimanfaatkan untuk mendapatkan sekian banyak maklumat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Sesungguhnya bahawa kehidupan manusia bergantung dengan pencerapan pancaindera maka akal dan fikiran secara langsung dapat berhubungan dengan kecelikan hati nurani sebagai suluhan yang benar serta dipandu oleh syariat yang benar. Dalam proses tersebut juga proses penalaran akan berlaku secara serentak dan bersifat automatis. Ini adalah peringkat yang terpenting kerana berlakunya analisis, perkiraan, peramalan dan sebagainya sebelum termuktamadnya fasa penentuan keputusan.
  3. .Dalam perkembangan dan proses kesuksesan faktor lingkungan juga memainkan peranan yang bukan sedikit. lingkungan sosial menjadi penyandar yang amat bermakna bagi memberi signifikan dengan segala idea mahupun ilham yang diperoleh. perhubungan sosial sangat berperanan untuk memaksimalkan fungsi buah fikiran yang ingin dijayakan. setiap idea yang terlahir sememangnya mengandungi sekian banyak nilai tambah yang dapat memepermudahkan segala sistem sedia ada serta mampu membentuk modul yang ampuh yang dapat menangani kelemahan dan ketidakaturan sesuatu sistem konvensional yang agak ketinggalan. disinilah letaknya peranan lingkungan tersebut, yang mana kehadiran mereka dapat dikaji secara mendalam dan diteliti dengan penuh tekun dan terperinci untuk melihat kelompangan pada sistem yang diamalkan. sudah tentu dengan mengadakan penyelidikan yang terancang dan penuh teliti membolehkan analisis dapat dilakukan bagi mencari permasalahan utama.

Jumaat, 21 Januari 2011

DIRGAHAYU BUATMU BERDUA




Kasih kami kepada mak dan bapa tiada timbang taranya. Walau dianugerah oleh sang makhluk dengan berbagai-bagai nikmat istimewa, yang bermaksud supaya kami lupa dengan tanggungjawab utama menjaga mereka. Atau digoda dengan tipu daya nafsu diri yang memberontak untuk bebas dalam penghidupan ini. Maka kami mohon kepada Al-Khalik Al-Azim semoga semua itu tidak membuatkan kami tuli pada minda dan buta pada hati. Juga kami mohon dengan sifat kesempurnaanNya yang Esa supaya kami sentiasa mentaati ibu dan bapa selagi nyawa dikandung badan hingga selamanya.

Kerana dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahwa kami semua tidak akan terlahir ke alam Allah Taala ini tanpa mak dan bapa. Dan kami juga tidak dapat menikmati segala isi-isi alam ini kalau bukan kerana bersungguhnya bapa mencari kehalalan rezeki untuk kami semua. Demikian juga mak yang menumpahkan kasih dan sayangnya untuk kami semua dan sanggup pula berdepan bertarung derita dan nyawa menatang keselamatan penghidupan kami di buana ini. Kepada mak dan bapa kami sesekali tidak dapat membalas segala pengorbanan yang kalian taburkan atau dapat pula kami menggantikannya dengan nilai-nilai duniawi. Segala yang diberikan begitu bernilai dan bermakna tiada apapun sebagai timbang taranya. Kepada Allah sahajalah kami panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala nikmat yang diturunkan, semoga ibu juga bapa mendapat rahmat Allah berterusan. Hanya Allah sahajalah yang layak membalas kembali kasihnya seorang ibu dan sayangnya seorang bapa. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt. 

Titip doa dari mak dan bapa amatlah kami perlukan. Kerana doa tanpa hijabah dari kalian adalah sebagai bekal penghidupan yang paling membahagiakan kami. Sementara kami pula tidak pernah putus dari terus berdoa demi keselamatan serta kesejahteran untuk kalian berdua. Semoga Allah swt terus menerus melimpahkan barakah dan rahmat ke atas keluarga kita ini. Nasihat dari mak dan bapa masih lagi perlukan untuk melalui lorong kehidupan ini, kerana kalian berdua amatlah sarat dengan liku-liku perjalanan dan pengalaman hidup. 

Sabtu, 25 Disember 2010

menyingkap dibalik "untold story"

Saat berlalu masa yang tak pernah berhenti. masih banyak perkara yang belum terungkai oleh generasi yang sedia ada. pada mereka ini terkandung seluas ilmu untuk diekplorasi sebagai pedoman mengemudi bahtera hidup, menongkah derasnya ombak halangan..
zaman terus berubah, namun pesaka tetap diwarisi. pada wajah si tua itulah terkandung banyak erti untuk merungkai segala persoalan hidup. pada mereka ini tidak sedikit pengetahuan yang dapat dikongsi bersama. pada mereka juga rakaman sejarah silam tersimpan kemas. generasi kini perlu pada segenap yang telah dilalui oleh mereka yang terdahulu. dikongsi bersama segala himpunan ceritera alam untuk sama-sama beroleh manfaat. dijelaskan dan difahamkan dengan sebaiknya karya lukisan alam ini. keindahan itu dinikmati bersama dalam melayari penghidupan.
Pada mereka ini tersimpan manuskrip ragam alam serta isinya. justeru itu, wajar kiranya generasi kini meluangkan masa untuk mencarik seberapa banyak ceritera yang tersimpan itu. Daripada cerita-cerita lama sesungguhnya kita bisa menyingkap seribu makna dan sejuta rahsia yang akhirnya dapat dimanfaat dalam menempuh simpang siur perjalanan hidup ini. Menyedari dengan penuh keinsafan bahawa setiap insan perlukan pengetahuan awal sebelum berbuat sebarang tindakan, maka kita tidak dapat tidak perlukan kepada kisah silam yang berlalu.

Rabu, 8 Disember 2010

PADA BALIK BAYANG ITU…

Tidak terzahir rupa bentuk yang wujud pada bayang itu. Kehadirannya dirasai disegenap benak dan ruang raga, ingin rasanya dia memunculkan diri. Namun seakan ada yang tidak membolehkan bayang itu menampakkan rupa bentuknya. Atau mungkin ada helah yang dia sendiri maklumi namun sengaja dirinya menyembunyikan akan maksud itu. Pada wujud bayang itu persis bayu sunyi yang nyaman dan menengkan walau tidak dikenal pasti akan hakikat paras rupanya. Desir-desir suaranya terkadang jelas dan kelam, bertingkah sahutannya; tadahan keikhlasan sering kali menjadi citra santunan bahasanya. Gerak-gerinya terkadang pantas bak panahan kilat dilangit meluruh mendahului bunyi dan sesekali juga langkahnya lelah bagai ia telah berlari merentasi seluruh penjuru dunia.

Mungkin pada bayang itu buntu…? Mungkin pada bayang itu keliru…?

Bayang itu adalah suatu kewujudan. Misteri. Kehadirannya dapat dirasai pada garapan realiti maujud benda setelah cetusan karyanya berjaya memacu pada maujud alam. Penghasilannya sungguh mempesona rupa semesta dan kalaupun tidak sebagai penambah warna-warna alam. Keterujaan juga kagum pada bayang yang satu ini. Sungguh hebat wujudnya pada bayang yang satu ini - walau misteri identitinya.

Menginsafi bahawa sifat pada bayang itu adalah tertakluk pada sinar cahaya maka ia adalah suatu fenomena yang saling bersangkutan. Pabila sinar cahaya yang teramat panahannya pada realiti maujud alam semakin jelas pula bayang itu. Tidak juga pada bayang itu mencetuskan zahir dirinya meski sinar cahaya maha hebat panahannya, kerana adalah fitrah bagi dirinya bentuk rupa tidak mampu untuk dijelmakan secara sendirian. Demikian bayang menyedari hakikat yang sedemikian itu. Justeru tiada sebab pulalah dia berkehendakkan sangat untuk mendedah akan hakikat rupa yang dia miliki.

Keistimewaan menyelimuti misteri bayang ini. Teramat luas faedah yang mampu diberikan olehnya kepada siapa sahaja yang melayani dirinya dengan keluhuran dan kecermatan. Munculnya adalah suatu yang fitrah begitu juga penghasilannya yang bisa nyata. Maka memahami hadir bayang ini dapat menguntungkan banyak pihak. Walau sesekali juga wujud bayang ini mendatangkan pergolakan yang luar biasa wataknya.Ada masanya kewujudan bayang itu mengelirukan lantas membuntukan pada raga yang memiliki. Liku-liku perjalanan amat memerlukan pada bayang ini. Untuk mengorak langkah ke hadapan atau meninjau analisa masa silam.

Pada bayang itu, dia mampu menjalinkan hubungan baik dengan masa yang relatif sifatnya. Masa adalah sahabat karib pada bayang ini. Pada masa dan bayang, mereka adalah duo terhebat sepanjang zaman. Perhubungan antara keduanya tak tumpah seperti belangkas berdua pergi bersama. Peredaran masa melintasi garis-garis waktu senantiasa diiringi oleh bayang untuk saling bertuntunan. Sesekali mereka berdua tidak pernah berselingkuhan. Perhubungan mesra lagi erat mebuatkan kedua-duanya saling hormat dan menerima. Bagi diri masa, dia punyai kuasa bagi setiap lorong perjalanan dan peta perjalanan adalah hasil karya bayang. Saat kaku gerak antara keduanya maka bertingkah pula datang halatuju yang tak tentu arah.

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...