Khamis, 13 Julai 2017

KBAT HAVOC- Formula Kejayaan

Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan setiap individu. Kini pendidikan di Malaysia telah diberi nafas baharu agar melahirkan pelajar yang dapat memiliki daya fikir yang tinggi sesuai peredaran semasa yang menuntut kepada menghasilkan idea-idea baru, kreatif dan inovatif. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pada masakini amat ditekankan agar dapat membangunkan daya fikir sekaligus mengintegrasi paradigma para pelajar agar terus menerus menjana kreativiti mereka dalam menyelesaikan (problem solving) sesuai realiti semasa.  

Banner Seminar KBAT HAVOC

SMK Datuk Panglima Abdullah Semporna, Sabah (SMKDPA) telah mengadakan Seminar KBAT HAVOC bagi matapelajaran Pendidikan Islam (PAI) & Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) pada 08 Julai 2017 bertempat di dewan Seri Panglima. Seminar ini telah dihadiri 160 orang murid terdiri daripada para pelajar tingkatan lima yang akan menduduki SPM. Seminar pimpinan Ustaz Nik Affendy Mohamad (founder KBAT HAVOC/ Hi IMPACT consultancy - bekas Guru PSI) telah berjaya menghidupkan suasana gempak, haru  biru, seronok serta gamat kepada para pelajar. Hebat. Demikianlah, gambaran yang terungkap dari seminar ini. Selain, penyertaan para pelajar, guru pendidikan islam (GPI) sekolah ini juga  turut serta untuk bersama-sama berkongsi ilmu (knowledge sharing) dengan pendedahan teknik menjawab soalan SPM bagi kedua-dua  matapelajaran ini.

Ust. Nik Affendy merupakan pengamal NLP (Neuro-Linguistic Programming) telah berjaya menjadikan seminar yang diadakan dengan jayanya. Pengisian seminar ini melibatkan komponen motivasi, teknik dan nilai kerohanian. Setiap aktiviti yang dikendalikan beliau mempunyai mesej-mesej yang berguna seterusnya dapat dijadikan pedoman oleh para pelajar dan guru. Pendekatan dan komunikasi yang santai dan bersahaja semasa seminar ini berlangsung telah menjadi medium yang sangat berkesan dalam penyampaian  maklumat (delivering information) yang berbentuk ilmiah. Para pelajar kelihatan mudah memahami akan setiap kaedah/ teknik menjawab. Disamping itu, para GPI yang hadir juga turut mengakui lebih memahami kaedah untuk membetulkan kesilapan jawapan para pelajar bagi soalan-soalan KBAT.

Sahabat seangkatan SMPI 05-09 UM

Persahabatan dengan Ust, Nik Affendy sejak bersama-sama menuntut di Nilam Puri Kelantan, yang ketika itu sebagai Pusat Asasi Pengajian Islam dan Sains Gunaan, APIUM tahun 2001 -2005 memang diakui dikalangan para sahabat seangkatan sebagai sosok yang berani tampil dalam pengucapan umum. Bakat dan kebolehan itu terus berkembang ketika melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda Pendidikan Islam (SMPI) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur tahun 2005-2009. Sewaktu diperingkat sarjana muda beliau pernah dilantik untuk menerajui persatuan mahasiswa Kelantan selaku presiden.  Pada ketika kuliah pula, beliau sering menjadi ketua pembentang bagi sebarang bentuk tugasan berkumpulan. Kebolehan beliau dalam menyampaikan maklumat dan fakta ilmiah dengan  tepat dan mudah difahami sememangnya diakui. Hatta, beliau juga berkebolehan dalam memberikan syarahan mahupun tazkirah agama yang mantap dengan diselitkan dengan rangkaian dalil yang bertepatan dengan tajuk yang disampaikan. Penampilan kemas juga sering ditonjolkan beliau ketika menyampaikan seminar, sehingga kesannya menimbulkan keserasian  kepada peserta (audience) yang hadir  dengan lebih selesa dan mesra.

Pembukaan seminar oleh tuan penceramah Ust. Nik Affendy Mohamad
Kombinasi elemen motivasi, nilai kerohanian dan teknik menjawab menjadikan seminar pada kali ini diluar daripada kebiasaan. Kerana lazimnya, sebarang seminar yang diadakan hanya memfokus kepada satu-satu bidang tertentu sahaja. Namun, pada kali ini ketiga-tiga elemen pembangunan kendiri tersebut telah disatukan dan disampaikan dengan menepati objektif penganjuran seminar ini. Pengisian motivasi adalah sebagai wahana menaikkan semangat para pelajar untuk terus mengejar kejayaan tanpa putus asa.

Rabu, 5 Julai 2017

DAKWAH - Menyampaikan kebenaran, menolak kebatilan. Membina kekuatan ummah.


Dakwah

Al-sheikh Muhammad Al-khudr Hussin dalam bukunya Al-da’wah ila Al-islah mengatakan dakwah ialah  mengajak manusia kepada kebaikan dan petunjuk, menyuruh kepada perbuatan makruf dan mecegah kemungkaran untuk mecapai kebahagiaan. Justeru, dapat difahami bahawa dakwah mengandungi usaha-usaha (tindakan) manusia yang disertai dengan memberi nasihat yang berguna kepada seseorang. Sesungguhnya nasihat yang baik akan mampu merubah peribadi individu untuk terus istiqamah melakukan kebaikan ataupun transformasi dalam memajukan diri, masyarakat, bangsa dan negara. Jelaslah bahawa tuntutan dakwah masakini perlu dikembangkan sehingga mampu untuk memberi kesedaran kepada ummah dalam memamcu pembangunan dan kemajuan yang lebih sejahtera.

Menyingkap sirah nabi Saw ketika menyampaikan kebenaran ilahiah, baginda saw tidak terlepas daripada segala bentuk ancaman dan halangan dari kalangan kafir Quraisy. Cercaan, makian, tubuh disakiti adalah merupakan sebahagian  daripada rangkaian bentuk penyeksaan yang diterima oleh nabi Muhammad saw. Namun, baginda nabi tidak pernah sekali meninggalkan kerja dakwah ini disebabkan tidak mampu untuk mendepani segala bentuk halangan yang dihadapinya. Justeru, baginda terus istiqamah memohon pertolongan Allah swt disamping terus berusaha sedaya upaya dalam menyebarkan dakwah sehingga akhirnya agama islam berkembang diluar lingkungan tanah arab. Demikianlah serba sedikit gambaran perjalanan gerak kerja dakwah - mengajak manusia supaya berbuat kebaikan sesama makhluk. Suatu perjalanan yang mempunyai mehna yang tersendiri. Semoga Allah swt  memberikan kekuatan kepada kita  untuk terus saling mengajak kepada kebaikan.

Selain itu, menyampaikan sesuatu yang bermanfaat juga merupakan saranan agama. Hal ini jelas dapat diperhatikan daripada sabda nabi

“Hendaklah kalian menyampaikan kepada orang yang tidak hadir”

Wadah untuk mengamalkan kebaikan 

Ternyata zaman kini mengalami kecelaruan ummah yang semakin meruncing. Kemajuan teknologi yang pesat membangun bukan sahaja dapat mempermudahkan urusan sehari-hari manusia, namun  memberi kesan kepada gaya hidup dan perhubungan manusia dengan sekitarnya. Kebejatan sosial dalam kalangan masyarakat kini berakibat secara relatifnya dengan budaya songsang yang dengan jelas mengenepikan nilai-nilai murni. Pengaruh sosial yang merosak itu dengan mudahnya tersebar diseluruh pelusuk dunia dengan kemudahan akses hasil kemajuan teknologi.

Komunikasi kini tidak hanya tertumpu kepada medium penulisan dan suara sahaja, bahkan multimedia telah mengambil tempat ditengah-tengah kemajuan teknologi komunikasi. Justeru, sudah tentu kecanggihan dalam  perhubungan komunikasi manusia dapat  dipergunakan ke arah kebaikan dan mengajak manusia lainnya untuk memajukan diri dan ummah. Tindakan inilah yang sewajarnya dilakukan, iaitu mengaplikasi kemudahan untuk menyebarluaskan seruan kebaikan yang bertepatan dengan tuntutan syarak. Dengan demikian, usaha ini akan menjadi wadah penyuburan nilai-nilai murni dan penanaman sifat mahmudah dalam generasi kini dan akan datang.

Selasa, 27 Jun 2017

MEMAHAMI SARAN AGAMA



Al-quran dan hadis merupakan sumber primer yang muktamad dalam mengelola syariat dalam penghidupan muslim. ketauhidan, peribadatan dan muamalat akan terpandu dengan memahami setiap arahan yang datang dari al-quran dan hadis. Selain itu, qias dan ijmak ulamak dalam sesuatu permasalahn menjadi pelengkap dalam memberi pencerahan kepada saran agama itu sendiri. Justeru, para ulama telah mencurahkan segala usaha dengan penuh kesungguhan dalam memahami segala lafaz yang terkandung dalam al-quran dan hadis menerusi ambilan ilmu secara bersanad sejak zaman para sahabat hingga kini. Tradisi inilah yang menjadi penjamin kepada keaslian disiplin keilmuan islam.

Ilmu yang benar adalah yang berupaya memberi banyak manfaat kepada pemiliknya. Baik itu berupa peningkatan dalam ketinggian akhlak malahan dapat mendekatkan diri dengan istiqamah kepada Allah SWT. Sudah tentu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT adalah dengan menekuni setiap tingkah yang telah diwariskan oleh nabi SAW kepada umatnya menerusi hadis baginda. Sementelah jejak para generasi sahabat sehingga berterusan kepada tabiin, tabi' tabiin sehingga ulama kini menjadi panutan bagi ummah masakini. Hal ini semua diwarisi dengan cara tradisi keilmuan dan praktis yang tinggi di atas garisan syariat. Justeru, hal ini menjadi hujjah yang hakiki dalam menepati maksud pengabdian diri kepada Allah SWT. "Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah (mengabdikan diri) kepadaKu" (QS 51:56)


Oleh hal demikian, manhaj ilmu yang diamalkan hendaklah selaras dengan kehendak al-quran dan saranan nabi Muhammad SAW. Manhaj adalah metodologi untuk merungkai keumuman ilmu agar dapat meresap dan beradaptasi dalam konteks kehidupan manusia secara realitinya. Inilah yang dikatakan sebagai waqi'ul ummah  iaitu ilmu dapat digunakan secara praktisnya dalam kehidupan manusia sesuai keperluan zaman. Hal ini mendokong maksud al-quran "Inilah kitab (al-quran) yang tiada keraguan padanya, petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa" (QS 2:2). Nikmat iman dan islam adalah anugerah yang tidak terhingga sehingga memacu kepada setiap tindakan mukmin yang mendapat redha Allh SWT. Inilah yang menjadi keutamaan dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini. In sha Allah.

Justeru, setiap saranan agama hendaklah disebarluaskan dan disampaikan kepada khalayak agar menjadi panduan hidup baik individu mahupun bermasyarakat. Sabda nabi SAW "Hendaklah orang yang hadir daripada kamu menyampaikan kepada orang yang tidak hadir" - liuballighu assyaahid minkum alghoib. Agama adalah satu-satunya jalan yang dapat menjamin kesejahteraan hidup manusia di atas muka bumi ini. Kehidupan manusia yang penuh dengan onak duri dan cabaran semasa hendaklah ditangani dengan ikatan sesama manusia serta pengabdian diri kepada Allah SWT -Tuhan sekalian alam dan segala isinya. Keadaan dimana manusia lalai serta leka dengan tuntutan Allah menatijahkan kecelaruan hidup yang tidak berpenghujung. Kehidupan menjadi sempit lagi kosong, umpama merasa kesesakan nafas di dalam sebuah biik yang tak bercahaya lagi berudara.

Adapun kewajiban-kewajiban yang termuat dalam seruan syariat sesungguhnya adalah semata-mata untuk kebaikan hidup manusia itu sendiri. Firman Allah SWT, maksudnya "jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, (maka kesannya yang buruk)berbalik pada diri kamu juga" (QS 17: 7). Justeru, setiap tindakan yang dilakukan  kesannya akan berbalik kepada diri sendiri jua akhirnya. Sungguh, setiap nikmat yang telah dianugerah hendaklah disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya agar mendatangkan banyak manfaat. Kerana dengan jalan mensyukuri akan menjamim keberkatan dan rahmat Allah kepada kita. Lalu nikmat tersebut akan ditambahkan lagi kemanisannya sepertimana yang dijanjikan Allah melalui KalamNya - maksdunya:"Sesungguhnya sekiranya kamu bersyukur (atas nikmatKu) nescaya akan Aku tambahkan lagi nikmat tersebut ke atas kamu, dan jika kamu kufur (tidak bersyukur) sesungguhnya azabKu amatlah pedih" (QS 14: 7).

Adapun sifat riya, ujub, sombong, takbur dan segala macam bentuk pekerjaan hati yang bertentangan dengan larangan agama hendaklah dijauhi. Kerana sifat mazmumah seperti ini akan merosakkan segala bentuk perilaku baik yang dikerjakan. Allah SWT memberi peringatan akan hal ini memluli firmanNya, maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merusak sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya karena riya (pamer) kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Perumpamaan (orang itu) seperti batu licin yang di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir" (QS 2: 264). Oleh itu, menyedari hakikat hati sewajarnya kita menjaga dan mendidik hati agar tidak terjerumus kepada amalan kebaikan yang menjadi sia-sia. Demikianlah islam mengajar kita cara untuk menjalani kehidupan dengan sesempurnanya.


Sifat-sifat mazmumah yang pada diri hendaklah dirobohkan agar tidak menghalangi kita daripada terus itiqamah melaksanakan syariat agama dengan keikhlasan yang tinggi semata-mata mendapatkan keredhaan Allah. Lalu, di atas runtuhan itu kita bangunkan sifat mahmudah dalam diri dengan penuh kesungguhan agar segala perintah Allah SWT dapat ditunaikan. Walhasil, kita akan merasakan kemanisan iman membekas dalam peribadi kita. Oleh itu, marilah kita mengumpul segenap tenaga dan kekuatan untuk terus bersungguh dengan penuh ketaatan dalam mengerjakan segala seruan syariat agama dengan sebaiknya.

Kesimpulannya, amalan baik dan hati yang murni menjadi tunjang kepada rahmat Allah SWT kepada tiap manusia. Disamping pula kebenaran akidah yang utuh selaras al-quran dan sunnah nabi SAW. Justeru, kehidupan akan segera dinaungi kesejahteraan serta kebahgiaan yang tidak berpenghujung sehingga datangnya hari yang tiada lagi penolong selain Allah SWT - akhirat. Wallahu 'a lam.



Ahad, 25 Jun 2017

POWER BANK

Sekian lama telah memberikan khidmat yang terbaik. Ketika kuasa listrik diperlukan dalam mempergunakan kemudahan masakini yang ada.

info bateri
Bateri jenis li-ion. Adalah tidak disyorkan untuk terus menggunakan power bank apabila keadaan sebegini berlaku. Risiko untuk berlaku letupan kecil kemungkinan besar boleh berlaku kerana kondisi bateri sebgini menunjukkan 'kelelahan' yang agak kritikal. Keadaan nyahcas  akan berlaku seterusnya cas bateri akan bertindak balas dengan direct current yang boleh mengakibatkan kegagalan menampung arus terus.



Masalah bateri kembung





Sabtu, 11 Mac 2017

DESIGN RUMAH: Cadangan awal untuk dekorasi wall blok hadapan

Cadangan untuk membina blok timbul pada sisi jendela hadapan. Dengan kombinasi material besi square tube.

Selasa, 7 Mac 2017

PEREKA GRAFIK: Kejohanan Balapan & Padang MSSDS 2017

Diberikan tanggungjawab sebagai pereka grafik untuk Kejohanan Balapan & Padang MSS peringkat Daerah Semporna bagi tahun 2017. Kejohanan yang akan disertai oleh sekolah-sekolah dalam daerah Semporna pada peringkat rendah dan menengah. Kejohanan ini berlangsung dari 08 - 11 Mac 2017, bertempat di Padang SMK Bugaya II Semporna.

Rekaan grafik yang disedikan adalah seperti berikut:

  1.  Banner rasmi kejohanan
  2. Muka depan buku aturcara kejohanan
  3. Kad Pengenalan Pegawai / Hakim Kejohanan


Tag untuk para pegawai/ hakim kejohanan

Banner rasmi Kejohanan berukuran 8x3 kaki

Muka depan buku aturcara

Sokongan padu daripada warga sekolah

Khamis, 2 Mac 2017

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTQ) SMKDPA TAHUN 2017M/ 1438H



Tarikh 18 Februari 2017 (Sabtu) telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-quran (MTQ) peringkat SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna (SMKDPA). MTQ yang kini dikenali sebagai Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah (KDSS) pada peringkat Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun, edisi 2017 peringkat SMKDPA mengekalkan nama MTQ kerana program ini hanya dijalankan selama sehari dan pengisian yang berbentuk pertandingan dilihat tidak sesuai untuk menggunakan konsep karnival. Sungguhpun, pada peringkat awalnya pihak panitia berhasrat untuk mengadakan pengisian bersifat pertandingan dan pameran Kelas Aliran Agama (KAA) peringkat sekolah ini. Selain itu, program  dalaman sekolah oleh unit yang lain juga berlangsung pada Februari perlu diambil kira agar tidak berlaku pertindihan program/ aktiviti disamping dapat mengoptimumkan penggunaan hari beraktiviti pelajar yang diisi dengan pelbagai progam yang ditentukan.

Alhamdulillah, setinggi syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi upaya kepada guru-guru pendidikan islam (GPI) SMKDPA untuk menjayakan MTQ edisi kali ini. Disamping itu, kolaborasi kerjasama Panitia Pendidikan Islam, Unit Ko-Kurikulum SMKDPA dan Bidang Kemanusiaan telah menghasilkan sinergi padu dalam aspek persediaan sehingga hari berlangsungnya MTQ. Turut menjayakan program ini juga adalah bantuan tenaga daripada para pelajar yang menjadi ahli dalam Badan Pengawas Syariah SMDKPA (BPS SMKDPA) dan ahli Kelab Pendidikan Islam SMKDPA (KPI SMKDPA) yang berperanan sebagai AJK sepanjang hari MTQ berlangsung. Setinggi terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terbabit.

Acara bermula sewal jam 8.00 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi itu mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada kalangan pelajar. Setiap acara yang dipertandingkan dibahagikan mengikut kategori jantina (lelaki dan perempuan) dan terbuka kepada seluruh pelajar aliran perdana dan tingkatan enam (6). Acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-quran, Hafazan, Syarahan Agama Spontan, Nasyid, Seni Khat dan Qiraat (dikhususkan kepada pelajar KAA ting, 3-5). Acara nasyid telah menerima penyertaan yang paling banyak iaitu melibatkan 14 kumpulan bertanding.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan pada 20 Februari 2017 (Isnin) semasa perhimpunan rasmi mingguan. Majlis penutupan ini telah dihadiri oleh tuan pengetua SMKDPA En. Abdul Aziz B. Abdul Rashid dan semua Penolong-Penolong Kanan (Kumpulan Pentadbiran Sekolah).

Acara Nasyid dilangusngkan di Dewan Makan Asrama SMKDPA

Acara Syarahan Agama Spontan diadakan Di kelas 5 ixora


Acara Hafazan diadakan di Bilik KKQ SMKDPA dihakimi oleh ust. Mohd Nor Hasni dan ust. Mohd Faizal

Kelihatan pesera Acara Khat tekun menghasilkan karya masing-masing

Majlis Penutupan & Penyampaian hadiah disempurnakan
oleh En. Abdul Aziz B. Abdul Rashid (Pengetua) SMKDPA pada pagi 20 Februari 2017 (Isnin) 



Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...