Khamis, 31 Ogos 2017

MERDEKA TANAHAIRKU



Logo rasmi Hari Kebangsaan 2017

Hari ini Malaysia meraikan ulangtahun kemerdekaan negara kali yang ke-60 yang bertemakan negaraku sehati sejiwa. Pada hari sebelumnya 30 Ogos 2017 kontinjen Malaysia telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada temasya sukan SEA29 yang mana Kuala Lumpur menjadi tuan rumah bagi edisi kali ini. Satu kegembiraan berganda kepada seluruh rakyat Malaysia. Kegemilangan tanah air ini terus berada dilandasan kemajuan. Bertepatan dengan hari Aidiladha pada tahun ini yang jatuh pada 01/09/2017- Jumaat (10 Dzulhijjah 1438H). Ini menambah lagi penghayatan dalam jiwa rakyat akan erti pengorabanan dan kemerdekaan baik pada diri sendiri mahupun pada masyarakat dan negara.

Kemerdekaan negara ialah kebebasan daripada belenggu penjajahan tanahair oleh kuasa-kuasa penjajah. Penjajahan adalah suatu bentuk penaklukan kuasa besar kepada suatu wilayah yang lainnya untuk merampas hak-hak bangsa jati wilayah itu sendiri. Ini secara langsung membawa erti monopoli politik, ekonomi dan sosial oleh  kuasa penjajah ke atas rakyat yang dijajahi. Secara kejam para penjajah memperlakukan rakyat disesebuah wilayah dengan sewenangnya demi mencapai matlamat mereka untuk memperbesarkan jajahan taklukan. Sungguh, hal ini sudah tentu sudah tentu bertentangan dengan nilai kemanusiaan itu sendiri yang jelas secara fitrahnya memerlukan kebebasan bertunjangkan kepada batasan prinsip pegangan masing-masing.


Bertepatan dengan tarikh 10 Dzulhijjah, islam yang meraikan Aidiladha sebagai manifestasi pengabdian diri kepada Rabb al-Alamin supaya menterjemahkan penghayatan ibadah korban itu sendiri sewajarnyalah disatukan konsep kemerdekaan dan pengorbanan untuk direnungi bersama. Tanpa pengorbanan, mana mungkin kegemilangan dapat dikecapi. Ini haruslah dimaknai dengan melaksanakan segala amalan yang dapat memajukan bangsa di atas bahtera perjuangan, lalu sikap yang menghalang serta melemahkan ke arah  pembangunan seharusnya ditenggelamkan. Penghayatan yang mendalam berpaksi kepada maksud kemerdekaan itu sendiri harus dibangunkan agar tanahair ini terus maju menganjak ke tingkat kecemerlangan meliputi segenap aspek.

Manakala pengorbanan perlu dipasakkan dalam diri setiap warga di negara ini untuk merealisasikan pembangunan tanahair seluruhnya.  Pengorbanan ini bermaksud mengenepikan perbezaan fahaman lalu meraikan persamaan demi sebuah kemajuan mapan untuk semua pihak. Hendaklah setiap warga saling bersatu dan berganding bahu melangkah menempuh apapun halangan yang menghalangi kita untuk mewujudkan kesejahteraan unggul. Iaitu mengorbankan kehendak kelompok kecil yang tidak memberi manfaat besar akan tetapi istiqamah dalam mengamal nilai murni yaang terus memakmurkan semua pihak. Hal ini adalah lebih utama dan memberikan maslahah yang sebenarnya untuk pertumbuhan dan perkembangan watan.

Peta Malaysia
Setiap lapisan masyarakat hendaklah sentiasa bersyukur dengan kurniaan kemakmuran negara ini dan seterusnya mengekalkan semangat perpaduan sedia ada lantas mewarisakannya kepada generasi akan datang.  Dengan mensyukuri segala nikmat yang sudah pasti datanganya daripada Allah SWT- Tuhan sekalian alam, maka tentulah naungan barakah dan rahmat akan sentiasa mengiring jalan pembangunan yang direncanakan. Hal ini tentunya hanya akan dicapai andainya setiap warga hidup dengan rukun susila yang berpaksi kepada syariat islam yang luhur.  Berpegang teguh dengan al-quran dan sunnah nabi Saw menjadi kunci utama untuk membebaskan diri daripada belenggu hawa nafsu yang menatijahkan kerosakan dan kebinasaan.


Sambutan kemerdekaan di padang pekan daerah Semporna, Sabah suatu ketika dulu

Justeru, marilah kita bersama menjaga serta memelihara keharmonian tanahair ini agar terus berkembang maju sesuai dengan tuntutan syariat Allah melalui pedoman yang dibawakan oleh baginda nabi SAW.

MERDEKA..!



Rabu, 30 Ogos 2017

BAHASA GRAFIK

Editan foto diberi kesan painting brush

Media grafik dipergunakan untuk memberi sesuatu maklumat kepada umum agar mudah  difahami. Dengan penentuan sesuatu subjek untuk diketengahkan dalam maklumat itu, mainan kombinasi latar dan warna dapat memberi kejelasan info yang ingin disalurkan. Seterusnya, unsur warna dan reka letak subjek juga memainkan peranan penting dalam memberi penekanan kepada mesej yang ingin disampaikan. Teknik grafik yang tertentu diperlukan dalam satu-satu penghasilan iklan, informasi, hebahan dan sebagainya. Poster contohnya merupakan satu medium hebahan kepada umum yang mengandungi pelbagai informasi seperti tajuk, butiran maklumat dan personal yang dapat dihubungi oleh umum. Justeru, teknik menghasilkan grafik yang bersesuai dengan tema sesuatu penganjuran dapat menarik umum untuk mengikut event yang akan diadakan itu kelak.


Pemilihan subjek daripada proses editan foto yang jelas dan postur menarik memberi nilai tambah kepada penghasil (graphic designer). Pixels yang padat pada foto yang ingin ditata dalam kanvas design akan menghasilkan warna yang menarik, kerana ia memuat pencahayaan yang baik (lighting) kepada subjek tersebut. Untuk itu, adalah disarankan memilih gambar subjek yang jelas dan lebih besar pixel per inch (300) bagi penghasilan gambar yang sesuai untuk pengeditan. Lalu daripada itu teknik matching kepada workspace gambar subjek dapat disesuaikan. Kombinasi antara subjek utama dengan latarbelakang yang menepati tema sesustu event atau iklan akan menjadi daya penarik yang tinggi untuk mudah difahami oleh khalayak yang akan melihatnya. Justeru, hebahan yang dilakukan menerusi hebahan gambar/ poster akan dapat difahami mesej yang terkandung padanya.

Selain itu, penghasilan garfik juga haruslah melihat kepada perkembangan seni semasa. Ini bermaksud ciri moden, global dan segar perlu diterapkan dalam grafik yang dihasilkan. Penghasilan grafik yang ringkas dan tidak terlalu banyak tulisan adalah antara grafik masakini yang banyak dihasilkan, baik untuk tujuan pengiklanan produk, hebahan program dan papan tanda (sign board). Pemilihan jenis font dan size juga meunjukkan emosi yang cuba dibangkitkan kepada khalayak dalam idea grafik itu sendiri. Hal ini akan memberikan mood tertentu kepada umum berkaitan mesej yang ingin disampaikan. Tamabahan lagi, setelah proses cetakan dilakukan, gambar/ poster yang dihasilkan diletakkan di banyak tempat supaya dapat dilihat oleh umum.

 GAMBAR 1 : backdrop 29th SEA Games 2017, Kuala Lumpur.

Pada gambar diatas (Gambar 1), kelihatan penghasilan backdrop sangat bertepatan dengan tema sukan SEA 29 yang diadakan di Kuala Lumpur. Pereka telah berjaya meletakkan subjek dengan tepat serta penggunaan font yang sesuai. Tema alam sekitar tergambar dari layer latarbelakang tasik dan jajaran pokok yang menghijau disamping mneyerlahkan juara dunia basikal track dan atlet para malaysia yang menjuari acara larian pecut 100M pada Paralympic Rio 2016. Selain itu, penonjolan bangunan pada latar mengambarkan kemajuan dan kemodenan Malaysia. Postur juara basikal trek dunia, dengan reaksi bersemangat telah menghidupakan secara langsung mood backdrop yang bertepatan denagan mesej BANGKIT BERSAMA sebagai slogan (tagline)  sukan SEA pada kali ini. Disamping itu, secara penghasilan grafik ini masih mengekalkan warna-warna asas asean pada jalur kuning, hijau, merah, biru dan hitam.

GAMBAR 2: Grafik bulan kemerdekaan
Gambar 2 memperlihatkan grafik yang ingin menimbulkan mood sejarah kemerdekaan negara. Dengan penonjalan Bapa Kemerdekaan Malaysia sebagai subjek utama, diletakkan secara expose dihadapan latarbelakang berwarna biru pastel (lembut). Disamping itu, terdapat subjek kumpulan etnik Malaysia yang berbilang kaum menunjukkan rakyat Malaysia yang bersatupadu tanpa mengira latar agama dan bangsa menunjukkan citra rakyat Malaysia yang bersatupadu dengan dilatari warna biru sebagai terjemahan elemen perpaduan.

Penghasilan seni grafik pada masakini yang banyak berbantukan perisian komputer telah memudahkan para penghasil grafik (graphic designer) untuk memproduksikan karya mereka. Namun demikian, kemahiran dan kreativiti perlulah disatukan agar menghasilkan satu seni yang benar-benar menarik serta dapat memberi mesej yang tepat bersesuaian dengan motif penghasilan karya itu sendiri. kemahiran dan kreativiti sewajarnya  diperkemaskan dari semasa ke semasa agar setiap penghasilan seni grafik yang ditonjolkan sentiasa kelihatan 'segar'.



Ahad, 27 Ogos 2017

ORGANISASI



Poster Panitia Pendidikan Islam  SMKDPA 2017
Panitia Pendidikan Islam SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna (SMKDPA) terdiri daripada guru-guru pendidikan islam, bahasa arab dan guru kemahiran al-quran. Terdiri dari lapan orang ahli iaitu enam orang GPI, seorang GKQ dan seorang GBA (sesi 2017). Unit ini bertangungjawab dalam menguruskan berkaitan matapelajaran pendidikan islam, kelas kemahiran al-quran (KKQ) sekaligus subjek bahasa arab. Selain menguruskan berkaitan hal-hal akademik panitia ini juga berperanan dalam merancang, mengurus dan melaksana program kerohanian kepada kalangan warga guru, pelajar dan staff yang lain. Program keagamaan seperti sambutan Maulidurrasul, Nuzul Al-quran, Ihya Ramadan, tazkirah dan ceramah sering diadakan kearah mewujudkan iklim dini di sekolah ini.


Ahli panitia sesi 2020/2021





Perpindahan Ustazah Nurul Jannah telah digantikan dengan kemasukan guru interim yang terdiri daripada Ustazah Faziah (kini telah diserapkan ke jawatan guru tetap), Ustazah Nor Amysah dan Ustazah Nur Zuhairah. Diharapkan dengan Pertambahan guru baharu ini akan dapat mengoptimakan lagi peranan dan fungsi panitia.

Kolaborasi dan perkongsian dalam komuniti juga kerap disertai oleh panitia ini untuk mempertingkatkan pengetahuan dan memantapkan amalan kerja berkualiti. Diperingkat daerah yang terdiri daripada sembilan buah sekolah menegah kegiatan perkongsian maklumat dan amalan sering diadakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam kalangan GPI, GBA dan GKQ. Menerusi wadah ini, dapatlah kalangan guru memantapkan diri dalam mengendalikan pengurusan berkaitan kurikulum dan ko-kurikulum khususnya kepada para pelajar.

Panitia ini akan terus berusaha sedaya mungkin untuk memantapkan pengurusan akedemik bagi subjek-subjek yang berkaitan agama islam. Selain itu, akan terus memperkasakan urus tadbir program-program yang bersifat kerohanian dan keagamaan. Sesungguhnya, ini adalah untuk menyuburkan praktik kehidupan islami dalam kalangan masyarakat khususnya kepada kalangan warga sekolah ini. Dengan kerjasama yang padu daripada semua unit dalam pentadbiran sekolah ini, panitia ini dilihat akan terus berupaya melaksanakan sebarang program peningkatan akademik dan penglibatan aktiviti ko-kurikulum yang selaras dengan nilai islam yang luhur serta membentuk peribadi yang mulia bagi mencapai maksud dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang teguh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual.


Khamis, 24 Ogos 2017

PETANG


Sinar mentari petang

Petang
Tatkala berlabuh sinar mentari
Ragam manusia kian longlai
Dek keletihan mencari penghidupan
Sebagai penerus hidup

Akhir isian hari
Direntang kanvas penghidupan
Terselit berbagai cerita
Suka, duka dan bahagia

Saat berbalikan
Sekujur tubuh berhempas pulas
Memenuhi tuntutan
Amanah, tanggungjawab dan budi

Amal
Mengisi bekal hidup di alam abadi
Kiranya patuh beroleh bahagia
Andainya culas menerima sengsara

Pembalasan
Untung bagi mereka yang taat
Celaka bagi mereka yang khianat
Berisi pesan
Famai ya’mal mithqaala zarratin khaira yaraa
Wa mai ya’mal mithqaala zaaratin syarrai yaraa.

-Faizal
 meja tulis Kg. Bubul Lama
10 Ogos 2017, Khamis

Rabu, 23 Ogos 2017

PENGHASILAN IDENTITI

photoshop cs6 23/08/2017
Dalam memerihalkan sudut pandangan dan kecenderungan pendapat, sosok peribadi perlu ditonjolkan sebagai pengenalan kepada prinsip yang dibawakan. Ini dapat menjadikan khalayak yang mengikuti tulisan yang dihasilkan supaya mudah mengenali gagasan idea yang dibentangkan. Justeru, keterlibatan dalam arena penulisan memerlukan suatu bentuk pengenalan yang unik agar hal sedemikan dapat difahami. Mengendali identiti diri adalah perkara asas agar segala maklumat yang ingin dikongsikan dapat menterjemahkan isi utama dalam setiap ungkapan poin utama pemikiran (main idea).


pengenalan rasmi
Pada kali ini, penulis ingin memerihalkan tentang perjalanan arena penulisan yang sarat dengan pelbagai cabaran tersendiri. Penulisan yang berpaksikan maklumat serius perlu kejituan fakta, ketepatan maklumat dan disandarkan kepada kisah yang sahih. Hal ini dikatakan demikian kerana tulisan yang dihasilkan akan dinilai setersunya boleh mempengaruhi pemikiran pembacanya. Justeru, tulisan yang dihasilkan sewajarnya tidak memutarbelitkan fakta dan menyembunyikan kesahihan kebenaran. Sementara penulisan yang cuba untuk mengetengahkan idea atau cadangan perlulah diperjelaskan secara mendasar akan perkara yang ingin dirungkaikan. Penulisan gaya ini haruslah bermula dengan kerangka konsep yang asas iaitu dengan mendefinisikan pokok utama yang dibentangkan.
Film
Penghasilan grafik dengan memasukkan elemen-elemen penting berkenaan sesuatu yang ingin disampaikan menjadi platform masakini dalam penghebahan kepada umum. Medium grafik yang bersesuaian dan bertepatan dengan tema yang ingin disampaikan dapat memberi gambaran ringkas kepada sesiapa yang menatap hasil grafik itu. Hal ini kerana, kesan latar dan warna yang bertepatan akan menjadi kunci utama kepada mesej yang ingin disampaikan. Misalnya, penggunaan warna hijau secara umumnya diterjemahkan sebagai elemen natural dan kesegaran demikian juga kesan gemilau emas pada sesuatu tulisan menggambarkan elemen mutu dan ketinggian nilai. Justeru, penentuan kombinasi teknik warna dan reka letak subjek dapat memberi gambran ringkas akan identiti penghasil design (grapih designer) itu.

Presentation background

Perkaitan hasil rekaan grafik dengan penulisan yang dihasilkan adalah umpama mukkadimah sebuah buku kepada isi selanjutnya. Ia seperti penerangan ringkas secara menyeluruh yang dijelmakan menerusi informasi foto. Apatah lagi editan foto yang memanipulasi latarbelakang, reka letak, teknik warna dan frasa (main wording) menjadi penguat kepada idea yang ingin deisampaikan dalam penulisan. Kita seringkali menjumpai frasa " sekeping gambar dapat menceritakan 1000 kisah". Penyataan ini memang diakui benar, kerana pada sekeping gambar itu dapat menerangkan pelbagai maklumat seperti situasi ketika itu, emosi subjek dan sudut pandangan (persepsi) umum saat foto itu dihasil. Hasil grafik yang menarik dapat menterjemahkan segala konsep idea yang ingin dikemukakn dalam penulisan. Sekaligus ia menjadi pemandu kepada para pembaca untuk memahami karya tulis yang dihasilkan, seolah-olah peta yang dapat menunjuki lokasi yang tepat kepada pengembara. Justeru, wajarlah penghasilan grafik yang berinfomatif dihasilkan untuk disertkan kedalam garapan bahasa penulisan agar dapat memberi kefahaman yang mendalam kepada para pembaca yang menikutinya.

Muka utama presentation

Manakala karya tulis yang dihasilkan pula akan menerangkan secara rinci daripada kandungan grafik itu. Melalui garapan bahasa, penulis perlu menuangkan idea yang dimaksudkan dengan cara yang mudah difahami. Pemilihan diksi dan frasa yang digunakan memainkan peranan utama agar pembaca dapat memahami serta mendalami kerangka idea yang ingin diketengahkan. Kelazimannya, penulisan yang bercitra serius hendaklah dimulakan dengan definisi dan dikuti dengan penghuraian secara analisis. Hal ini kerana penghematan kepada skop perbincangan akan lebih fokus untuk memunculkan idea yang dibentangkan. 

Sabtu, 19 Ogos 2017

PEMIKIRAN SERLAH TINDAKAN WAJAR



Impak adalah kesan yang besar yang ditinggalkan dari sesuatu bahagian yang dimulai. Justeru ini bermaksud lahirnya impak adalah hasil produksi daripada suatu tindakan sebelumnya baik hal itu berkait dengan pemikiran (knowledge), sikap (attitude) dan tindakan (action). Sebagai contoh sikap toleransi menghasilkan kesan baik yang dapat membentuk persefahaman sesama masyarakat, lalu daripada itu terbentuk satu medium penerimaan dalam membangunkan persefahaman dan meraikan perbezaan sesama. Disamping itu, impak positif dapat melahirkan suatu tindakan yang benar dan teliti dalam perencanaan, strategi dan hasil yang maksima. Justeru, impak pada pemikiran haruslah disebarluaskan kepada awam agar dapat merubah kepada penambahbaikan dan peningkatan hidup masyarakat.

Mendalami senario semasa dengan cara menghemati setiap perubahan-perubahan yang berlaku perlu kepada jalan pemikiran yang menjadi solusi keatas setiap permasalahan yang berlaku. walaupun adakalanya timbul pelbagai polemik dalam mendepani sesuatu permasalah yang berlaku baik dari sisi sosial, politik mahupun agama. Namun, pemikiran yang mendalam menjadi wadah kepada semua kelompok pemikir untuk menterjemahkan segala idea dan buah fikir masing-masing untuk mengetengahkan cadangan. Hal ini dilihat sebagai suatu ruang yang cukup baik, lantas mencipta khazanah pemikiran yang unggul dan dapat pula dipergunakan untuk tujuan maslahah (مصلحة). Dengan demikian, setiap permasalahan dapat dirungkaikan dengan terperinci dan komprehensif sekaligus dapat dibangunkan cara penyelesaiannya menerusi penelitian, fokus dan penghayatan kepada masalah itu. Untuk itu, permasalah yang timbul dapat dicerna secara rinci dan mendapat sudut penyelesaian yang menintegrasi pelbagai bidang yang sesungguhnya akan memunculkan jalan penyelesaian yang jitu.

Untuk mengungkap berkenaan hal ini, saya sajikan tulisan saya dalam tajuk berikut 

Khamis, 3 Ogos 2017

MEMBENDUNG PERLAKUAN SOSIAL NEGATIF

Zaman remaja merupakan antar tahap perkembangan hidup manusia yang agak kritikal. Hal demikian dikatakan kerana, pada peringkat usia ini perkembangan mental seseorang mula belajar menilai sesuatu perkara dengan batasan kemampuan akal budi. Manakala pertumbuhan fizikal pula mula menonjol sebagai persediaan ke tahap alam kedewasaan.


Pada fasa ini, lazimnya keberadaan kelompok remaja masih berada di peringkat alam persekolahan untuk mempersiapkan diri mereka menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman bagi kegunaan hari muka. Namun, keterujaan kepada satu-satu perkara mengakibatkan mereka seringkali lalai lalu terjebak dengan perlakuan yang akan menatijahkan kesan buruk bagi kehidupan dan masa depan mereka. Pendidikan dan bimbingan yang sesuai perlu ditanamkan dengan seutuhnya kepada kelompok ini sebagai panduan mereak dalam menjalani lorong kehidupan masakini yang kian mencabar. Bagi kelompok ini pula, sewajarnya mereka melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan jati diri mereka sebagai memperkukuhkan pengalaman, kemahiran dan ilmu yang berguna untuk mempertingkatkan nilai diri masing-masing.

Kebelakangan ini media massa sering melaporkan kejadian-kejadian yang menampakkan sosial para remaja semkin meruncing. Keterlibatan mereka dengan kumpulan gangsterisme serta perlakuan buli semakin menjadi-jadi. Baru-baru ini tular dimedia sosial kes buli yang melibatkan sekumpulan pelajar perempuan terdiri dalam kalangan mereka yang berusia antara 13 hingga 17 tahun. Klip video berdurasi satu minit 39 saat itu memaparkan sekumpulan pelajar perempuan menyerand dan memukul seorang pelajar perempuan lain (Berita Harian https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/07/307272/buli-di-padang-sekolah-disiasat ). Jika dahulunya perlakuan agresif dan ganas seringkali dikaitkan dengan pelajar lelaki, namun kini perlakuan tersebut sudah mula mempengaruhi pelajar perempuan. Tentunya, kejadian ini dapat menggambarkan kebobrokan dalam tingakh laku sosial yang amat membimbangkan, apatah lagi lazimnya pelajar perempuan jarang terbabit dengan perlakuan ganas kerana sifat kewanitaan yang menggambarkan sikap kelembutan dalam soal interaksi sosial.

Sesungguhnya, bagi membendung masalah ini aspek perundangan dapat dipergunakan bagi menangani keruntuhan akhlak daripada terus berlaku dalam kalanagan remaja. Akta jenayah remaja dan kanak yang sedia ada perlu dikuatkuasakan disamping menggunakan prosedur kod disiplin sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dengan menggunakan pengawasan tingkah laku melalui aspek perundangn diharap dapat memberi kesedaran kepada para remaja sebagai langkah pencegahan kepada kejadian-kejadian yang tidak dingini (Dewan Masyarakat  Bil.7/ 2017 ms19 - Akta Kawal Perlakuan Antisosial). Hukuman bukanlah semata-mata meletakkan kelompok remaja yang bermasalah untuk menerima kesan buruk daripada perbuatan mereka sendiri, bahkan ia merupakan sebahagaian cara untuk memberi pengajaran dan pendidikan kepada mereka yang telah salah dalam melakukan sesuatu tindakan. Justeru, kesedaran dalam diri mereka dapat dibentuk lalu mereka dibimbing dengan pendekatan-pendekatan yang mampu memberi panduan kepada mereka dalam mengurusakan emosi dan tindakan yang sepatutnya. Hal ini juga akan menjadi satu jalan kepada pemantapan akhlak dan sahsiah mereka kelak.

Disamping itu, peranan ibubapa dan penjaga merupakan perkara paling asas dalam membendung perlakuan yang tidak bermoral dan mendatangkan keburukan ke atas remaja. Ibubapa dan keluarga sewajaranya menumpukan segenap perhatian kepada anak-anak dibawah jagaan mereka. Keharmonian dalam keluarga menjadi tunjang kepada kekuatan dalaman dan sahsiah remaja. Anak-anak yang sedari kecil telah dibudayakan dengan nilai akhlak yang tinggi dapat mengelakkan dirinya daripada terjebak ke dalam kancah keburukan sosial. Apatah lagi nilai dan pebudayaan yang diterapkan ke dalam diri anak-anak bertunjangkan kepada ketinggian nilai agama. Penerapan islami dalam kehidupan kekeluargaan yang mencakup ibubapa serta anak-anak dilihat sebagai solusi terbaik dalam menjawab segala permasalahan dalam lingkungan kehidupan.

Selain itu, pengawasan oleh ibubapa kepada anak-anak dalam menggunakan telefon pintar dan media sosial perlu diberi perhatian serius. (http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20131114/ek_07/29-peratus-pelajar-akses-Internet-guna-telefon-pintar)








Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...