Zaman remaja merupakan antar tahap perkembangan hidup manusia yang agak kritikal. Hal demikian dikatakan kerana, pada peringkat usia ini perkembangan mental seseorang mula belajar menilai sesuatu perkara dengan batasan kemampuan akal budi. Manakala pertumbuhan fizikal pula mula menonjol sebagai persediaan ke tahap alam kedewasaan.
Pada fasa ini, lazimnya keberadaan kelompok remaja masih berada di peringkat alam persekolahan untuk mempersiapkan diri mereka menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman bagi kegunaan hari muka. Namun, keterujaan kepada satu-satu perkara mengakibatkan mereka seringkali lalai lalu terjebak dengan perlakuan yang akan menatijahkan kesan buruk bagi kehidupan dan masa depan mereka. Pendidikan dan bimbingan yang sesuai perlu ditanamkan dengan seutuhnya kepada kelompok ini sebagai panduan mereak dalam menjalani lorong kehidupan masakini yang kian mencabar. Bagi kelompok ini pula, sewajarnya mereka melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan jati diri mereka sebagai memperkukuhkan pengalaman, kemahiran dan ilmu yang berguna untuk mempertingkatkan nilai diri masing-masing.
Kebelakangan ini media massa sering melaporkan kejadian-kejadian yang menampakkan sosial para remaja semkin meruncing. Keterlibatan mereka dengan kumpulan gangsterisme serta perlakuan buli semakin menjadi-jadi. Baru-baru ini tular dimedia sosial kes buli yang melibatkan sekumpulan pelajar perempuan terdiri dalam kalangan mereka yang berusia antara 13 hingga 17 tahun. Klip video berdurasi satu minit 39 saat itu memaparkan sekumpulan pelajar perempuan menyerand dan memukul seorang pelajar perempuan lain (Berita Harian https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/07/307272/buli-di-padang-sekolah-disiasat ). Jika dahulunya perlakuan agresif dan ganas seringkali dikaitkan dengan pelajar lelaki, namun kini perlakuan tersebut sudah mula mempengaruhi pelajar perempuan. Tentunya, kejadian ini dapat menggambarkan kebobrokan dalam tingakh laku sosial yang amat membimbangkan, apatah lagi lazimnya pelajar perempuan jarang terbabit dengan perlakuan ganas kerana sifat kewanitaan yang menggambarkan sikap kelembutan dalam soal interaksi sosial.
Sesungguhnya, bagi membendung masalah ini aspek perundangan dapat dipergunakan bagi menangani keruntuhan akhlak daripada terus berlaku dalam kalanagan remaja. Akta jenayah remaja dan kanak yang sedia ada perlu dikuatkuasakan disamping menggunakan prosedur kod disiplin sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dengan menggunakan pengawasan tingkah laku melalui aspek perundangn diharap dapat memberi kesedaran kepada para remaja sebagai langkah pencegahan kepada kejadian-kejadian yang tidak dingini (Dewan Masyarakat Bil.7/ 2017 ms19 - Akta Kawal Perlakuan Antisosial). Hukuman bukanlah semata-mata meletakkan kelompok remaja yang bermasalah untuk menerima kesan buruk daripada perbuatan mereka sendiri, bahkan ia merupakan sebahagaian cara untuk memberi pengajaran dan pendidikan kepada mereka yang telah salah dalam melakukan sesuatu tindakan. Justeru, kesedaran dalam diri mereka dapat dibentuk lalu mereka dibimbing dengan pendekatan-pendekatan yang mampu memberi panduan kepada mereka dalam mengurusakan emosi dan tindakan yang sepatutnya. Hal ini juga akan menjadi satu jalan kepada pemantapan akhlak dan sahsiah mereka kelak.
Disamping itu, peranan ibubapa dan penjaga merupakan perkara paling asas dalam membendung perlakuan yang tidak bermoral dan mendatangkan keburukan ke atas remaja. Ibubapa dan keluarga sewajaranya menumpukan segenap perhatian kepada anak-anak dibawah jagaan mereka. Keharmonian dalam keluarga menjadi tunjang kepada kekuatan dalaman dan sahsiah remaja. Anak-anak yang sedari kecil telah dibudayakan dengan nilai akhlak yang tinggi dapat mengelakkan dirinya daripada terjebak ke dalam kancah keburukan sosial. Apatah lagi nilai dan pebudayaan yang diterapkan ke dalam diri anak-anak bertunjangkan kepada ketinggian nilai agama. Penerapan islami dalam kehidupan kekeluargaan yang mencakup ibubapa serta anak-anak dilihat sebagai solusi terbaik dalam menjawab segala permasalahan dalam lingkungan kehidupan.
Selain itu, pengawasan oleh ibubapa kepada anak-anak dalam menggunakan telefon pintar dan media sosial perlu diberi perhatian serius. (http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20131114/ek_07/29-peratus-pelajar-akses-Internet-guna-telefon-pintar)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan