Impak adalah kesan yang besar yang ditinggalkan dari sesuatu bahagian yang dimulai. Justeru ini bermaksud lahirnya impak adalah hasil produksi daripada suatu tindakan sebelumnya baik hal itu berkait dengan pemikiran (knowledge), sikap (attitude) dan tindakan (action). Sebagai contoh sikap toleransi menghasilkan kesan baik yang dapat membentuk persefahaman sesama masyarakat, lalu daripada itu terbentuk satu medium penerimaan dalam membangunkan persefahaman dan meraikan perbezaan sesama. Disamping itu, impak positif dapat melahirkan suatu tindakan yang benar dan teliti dalam perencanaan, strategi dan hasil yang maksima. Justeru, impak pada pemikiran haruslah disebarluaskan kepada awam agar dapat merubah kepada penambahbaikan dan peningkatan hidup masyarakat.
Mendalami senario semasa dengan cara menghemati setiap perubahan-perubahan yang berlaku perlu kepada jalan pemikiran yang menjadi solusi keatas setiap permasalahan yang berlaku. walaupun adakalanya timbul pelbagai polemik dalam mendepani sesuatu permasalah yang berlaku baik dari sisi sosial, politik mahupun agama. Namun, pemikiran yang mendalam menjadi wadah kepada semua kelompok pemikir untuk menterjemahkan segala idea dan buah fikir masing-masing untuk mengetengahkan cadangan. Hal ini dilihat sebagai suatu ruang yang cukup baik, lantas mencipta khazanah pemikiran yang unggul dan dapat pula dipergunakan untuk tujuan maslahah (مصلحة). Dengan demikian, setiap permasalahan dapat dirungkaikan dengan terperinci dan komprehensif sekaligus dapat dibangunkan cara penyelesaiannya menerusi penelitian, fokus dan penghayatan kepada masalah itu. Untuk itu, permasalah yang timbul dapat dicerna secara rinci dan mendapat sudut penyelesaian yang menintegrasi pelbagai bidang yang sesungguhnya akan memunculkan jalan penyelesaian yang jitu.
Untuk mengungkap berkenaan hal ini, saya sajikan tulisan saya dalam tajuk berikut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan