Rabu, 23 Ogos 2017

PENGHASILAN IDENTITI

photoshop cs6 23/08/2017
Dalam memerihalkan sudut pandangan dan kecenderungan pendapat, sosok peribadi perlu ditonjolkan sebagai pengenalan kepada prinsip yang dibawakan. Ini dapat menjadikan khalayak yang mengikuti tulisan yang dihasilkan supaya mudah mengenali gagasan idea yang dibentangkan. Justeru, keterlibatan dalam arena penulisan memerlukan suatu bentuk pengenalan yang unik agar hal sedemikan dapat difahami. Mengendali identiti diri adalah perkara asas agar segala maklumat yang ingin dikongsikan dapat menterjemahkan isi utama dalam setiap ungkapan poin utama pemikiran (main idea).


pengenalan rasmi
Pada kali ini, penulis ingin memerihalkan tentang perjalanan arena penulisan yang sarat dengan pelbagai cabaran tersendiri. Penulisan yang berpaksikan maklumat serius perlu kejituan fakta, ketepatan maklumat dan disandarkan kepada kisah yang sahih. Hal ini dikatakan demikian kerana tulisan yang dihasilkan akan dinilai setersunya boleh mempengaruhi pemikiran pembacanya. Justeru, tulisan yang dihasilkan sewajarnya tidak memutarbelitkan fakta dan menyembunyikan kesahihan kebenaran. Sementara penulisan yang cuba untuk mengetengahkan idea atau cadangan perlulah diperjelaskan secara mendasar akan perkara yang ingin dirungkaikan. Penulisan gaya ini haruslah bermula dengan kerangka konsep yang asas iaitu dengan mendefinisikan pokok utama yang dibentangkan.
Film
Penghasilan grafik dengan memasukkan elemen-elemen penting berkenaan sesuatu yang ingin disampaikan menjadi platform masakini dalam penghebahan kepada umum. Medium grafik yang bersesuaian dan bertepatan dengan tema yang ingin disampaikan dapat memberi gambaran ringkas kepada sesiapa yang menatap hasil grafik itu. Hal ini kerana, kesan latar dan warna yang bertepatan akan menjadi kunci utama kepada mesej yang ingin disampaikan. Misalnya, penggunaan warna hijau secara umumnya diterjemahkan sebagai elemen natural dan kesegaran demikian juga kesan gemilau emas pada sesuatu tulisan menggambarkan elemen mutu dan ketinggian nilai. Justeru, penentuan kombinasi teknik warna dan reka letak subjek dapat memberi gambran ringkas akan identiti penghasil design (grapih designer) itu.

Presentation background

Perkaitan hasil rekaan grafik dengan penulisan yang dihasilkan adalah umpama mukkadimah sebuah buku kepada isi selanjutnya. Ia seperti penerangan ringkas secara menyeluruh yang dijelmakan menerusi informasi foto. Apatah lagi editan foto yang memanipulasi latarbelakang, reka letak, teknik warna dan frasa (main wording) menjadi penguat kepada idea yang ingin deisampaikan dalam penulisan. Kita seringkali menjumpai frasa " sekeping gambar dapat menceritakan 1000 kisah". Penyataan ini memang diakui benar, kerana pada sekeping gambar itu dapat menerangkan pelbagai maklumat seperti situasi ketika itu, emosi subjek dan sudut pandangan (persepsi) umum saat foto itu dihasil. Hasil grafik yang menarik dapat menterjemahkan segala konsep idea yang ingin dikemukakn dalam penulisan. Sekaligus ia menjadi pemandu kepada para pembaca untuk memahami karya tulis yang dihasilkan, seolah-olah peta yang dapat menunjuki lokasi yang tepat kepada pengembara. Justeru, wajarlah penghasilan grafik yang berinfomatif dihasilkan untuk disertkan kedalam garapan bahasa penulisan agar dapat memberi kefahaman yang mendalam kepada para pembaca yang menikutinya.

Muka utama presentation

Manakala karya tulis yang dihasilkan pula akan menerangkan secara rinci daripada kandungan grafik itu. Melalui garapan bahasa, penulis perlu menuangkan idea yang dimaksudkan dengan cara yang mudah difahami. Pemilihan diksi dan frasa yang digunakan memainkan peranan utama agar pembaca dapat memahami serta mendalami kerangka idea yang ingin diketengahkan. Kelazimannya, penulisan yang bercitra serius hendaklah dimulakan dengan definisi dan dikuti dengan penghuraian secara analisis. Hal ini kerana penghematan kepada skop perbincangan akan lebih fokus untuk memunculkan idea yang dibentangkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai

proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji     Dua m...