Editan foto diberi kesan painting brush |
Media grafik dipergunakan untuk memberi sesuatu maklumat kepada umum agar mudah difahami. Dengan penentuan sesuatu subjek untuk diketengahkan dalam maklumat itu, mainan kombinasi latar dan warna dapat memberi kejelasan info yang ingin disalurkan. Seterusnya, unsur warna dan reka letak subjek juga memainkan peranan penting dalam memberi penekanan kepada mesej yang ingin disampaikan. Teknik grafik yang tertentu diperlukan dalam satu-satu penghasilan iklan, informasi, hebahan dan sebagainya. Poster contohnya merupakan satu medium hebahan kepada umum yang mengandungi pelbagai informasi seperti tajuk, butiran maklumat dan personal yang dapat dihubungi oleh umum. Justeru, teknik menghasilkan grafik yang bersesuai dengan tema sesuatu penganjuran dapat menarik umum untuk mengikut event yang akan diadakan itu kelak.
Pemilihan subjek daripada proses editan foto yang jelas dan postur menarik memberi nilai tambah kepada penghasil (graphic designer). Pixels yang padat pada foto yang ingin ditata dalam kanvas design akan menghasilkan warna yang menarik, kerana ia memuat pencahayaan yang baik (lighting) kepada subjek tersebut. Untuk itu, adalah disarankan memilih gambar subjek yang jelas dan lebih besar pixel per inch (300) bagi penghasilan gambar yang sesuai untuk pengeditan. Lalu daripada itu teknik matching kepada workspace gambar subjek dapat disesuaikan. Kombinasi antara subjek utama dengan latarbelakang yang menepati tema sesustu event atau iklan akan menjadi daya penarik yang tinggi untuk mudah difahami oleh khalayak yang akan melihatnya. Justeru, hebahan yang dilakukan menerusi hebahan gambar/ poster akan dapat difahami mesej yang terkandung padanya.
Selain itu, penghasilan garfik juga haruslah melihat kepada perkembangan seni semasa. Ini bermaksud ciri moden, global dan segar perlu diterapkan dalam grafik yang dihasilkan. Penghasilan grafik yang ringkas dan tidak terlalu banyak tulisan adalah antara grafik masakini yang banyak dihasilkan, baik untuk tujuan pengiklanan produk, hebahan program dan papan tanda (sign board). Pemilihan jenis font dan size juga meunjukkan emosi yang cuba dibangkitkan kepada khalayak dalam idea grafik itu sendiri. Hal ini akan memberikan mood tertentu kepada umum berkaitan mesej yang ingin disampaikan. Tamabahan lagi, setelah proses cetakan dilakukan, gambar/ poster yang dihasilkan diletakkan di banyak tempat supaya dapat dilihat oleh umum.
GAMBAR 1 : backdrop 29th SEA Games 2017, Kuala Lumpur. |
Pada gambar diatas (Gambar 1), kelihatan penghasilan backdrop sangat bertepatan dengan tema sukan SEA 29 yang diadakan di Kuala Lumpur. Pereka telah berjaya meletakkan subjek dengan tepat serta penggunaan font yang sesuai. Tema alam sekitar tergambar dari layer latarbelakang tasik dan jajaran pokok yang menghijau disamping mneyerlahkan juara dunia basikal track dan atlet para malaysia yang menjuari acara larian pecut 100M pada Paralympic Rio 2016. Selain itu, penonjolan bangunan pada latar mengambarkan kemajuan dan kemodenan Malaysia. Postur juara basikal trek dunia, dengan reaksi bersemangat telah menghidupakan secara langsung mood backdrop yang bertepatan denagan mesej BANGKIT BERSAMA sebagai slogan (tagline) sukan SEA pada kali ini. Disamping itu, secara penghasilan grafik ini masih mengekalkan warna-warna asas asean pada jalur kuning, hijau, merah, biru dan hitam.
GAMBAR 2: Grafik bulan kemerdekaan |
Gambar 2 memperlihatkan grafik yang ingin menimbulkan mood sejarah kemerdekaan negara. Dengan penonjalan Bapa Kemerdekaan Malaysia sebagai subjek utama, diletakkan secara expose dihadapan latarbelakang berwarna biru pastel (lembut). Disamping itu, terdapat subjek kumpulan etnik Malaysia yang berbilang kaum menunjukkan rakyat Malaysia yang bersatupadu tanpa mengira latar agama dan bangsa menunjukkan citra rakyat Malaysia yang bersatupadu dengan dilatari warna biru sebagai terjemahan elemen perpaduan.
Penghasilan seni grafik pada masakini yang banyak berbantukan perisian komputer telah memudahkan para penghasil grafik (graphic designer) untuk memproduksikan karya mereka. Namun demikian, kemahiran dan kreativiti perlulah disatukan agar menghasilkan satu seni yang benar-benar menarik serta dapat memberi mesej yang tepat bersesuaian dengan motif penghasilan karya itu sendiri. kemahiran dan kreativiti sewajarnya diperkemaskan dari semasa ke semasa agar setiap penghasilan seni grafik yang ditonjolkan sentiasa kelihatan 'segar'.
Penghasilan seni grafik pada masakini yang banyak berbantukan perisian komputer telah memudahkan para penghasil grafik (graphic designer) untuk memproduksikan karya mereka. Namun demikian, kemahiran dan kreativiti perlulah disatukan agar menghasilkan satu seni yang benar-benar menarik serta dapat memberi mesej yang tepat bersesuaian dengan motif penghasilan karya itu sendiri. kemahiran dan kreativiti sewajarnya diperkemaskan dari semasa ke semasa agar setiap penghasilan seni grafik yang ditonjolkan sentiasa kelihatan 'segar'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan