![]() |
| proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji |
Rabu, 16 Oktober 2024
Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai
Ahad, 23 Oktober 2022
PLC PENDIDIKAN ISLAM SPM 2022
![]() |
| Gambar selesai daripada PLC 21 Okt 2022 (Jumaat) |
Khamis, 7 Julai 2022
KSOT SDPA 2022 (Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan)
![]() |
| ditugaskan sebagai hakim pelepas bersama marsyal kejohanan (cg. Ramsyah) dan hakim panggil balik (cg. Awang Sabli) |
Khamis, 3 Februari 2022
Mabul yang mempesona
| Bersantai dipelantar Nobel Inworld Scuba Resort & Tour, Mabul. |
Selasa, 3 Ogos 2021
Sistem Awal Pendidikan Sabah
![]() |
| lawatan Tun Musthapa (TYT Sabah) ke SK Bugaya Semporan tahun 1963 |
Sabtu, 5 Jun 2021
PDPR
![]() |
| Foto sumber Harian Post |
Hari ini (05 Jun 2021) sekali lagi pengumuman oleh menteri kanan pendidikan Malaysia Dr Radzi Md Jidin untuk melanjutkan pelaksanaan PDPR bermula 14 Jun sehingga 17 Julai* kemudian disambung pula dengan cuti pertengahan penggal dua yang bermula dari 18 hingga 26 Julai. Keputusan ini sudah dapat dijangkakan memandangkan kes positif harian covid-19 di negara ini masih agak membimbangkan. Umum mengetahui penularan penyakit berbahaya ini begitu mudah menjangkiti individu apatah lagi keadaan aktiviti mahupun kegiatan yang dilakukan secara berkumpulan. Justeru, untuk mengelakkan penularan penyakit ini berlaku seterusnya yang lebih penting ialah untuk memutuskan rantaian jangkitan dalam komuniti adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan agar segala perancangan untuk hari-hari mendatang dipastikan dalam keadaan selamat. Takwim persekolahan untuk sesi 2021 masih tidak stabil pastinya memberikan impak yang signifikan terhadap perkembangan dan kemajuan pendidikan anak-anak di sekolah. (* untuk sekolah di negeri-negeri dalam kumpulan B)
![]() |
| Foto sumber ePena UPSI Artikel penuh : https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/02/787412/saluran-didiktv-kpm-bantu-pelaksanaan-pdpr-lebih-berkesan |
Disamping itu, para guru juga perlu memantapkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Sehingga kini kita telah menyaksikan guru terdedah dengan pengunaan teknologi sebagai alat (tools) untuk menyampaikan pelajaran. Pelbagai aplikasi juga pada era ini banyak tersedia hanya saja para guru dituntut untuk memahirkan diri untuk menggunakannya bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajran. Bahkan medium media sosial ini dapat menarik minat murid secara relatifnya untuk mengikuti proses pembelajaran. Lihat contoh : PdPR: Guru gigih guna media sosial tarik minat pelajar Insiatif dipihak kerajaan pula dengan mewujudkan platform Didik TV telah menjadi satu tambahan dan pelengkap kepada PDPR yang dilaksanakan oleh para guru. Diharapkan segala usaha murni ini dapat digembleng secara bersama seterusnya menjamin kelangsungan pendidikan anak-anak. Satu hal yang perlu diketengahkan juga adalah pelaporan PDPR yang dijalankan oleh para guru haruslah dianalisa dengan teliti dan sebaiknya supaya membuka ruang penambahbaikan dari semasa ke semasa. Umum mengetahui pelkasanaan PDPR yang bermula April 2020 setidak-tidaknya telah memberikan pengalaman tentang kekangan-kekanagn yang dihadapi. Oleh hal yang demikian, pelaporan PDPR ini perlu untuk mendapatkan data dan kesan sejauhmana pelaksanaan PDPR ini dilaksanakan ke atas murid. Lihat ulasan :Setahun dilanda COVID-19, di mana laporan penilaian PdPR? - PAGE.
Rabu, 2 Jun 2021
TIGA TUJUH (MENGENANG TAHUN 1984)
Isnin, 31 Mei 2021
Isnin, 24 Mei 2021
BAHTERA
Samudera kehidupan nan luas
Rabu, 19 Mei 2021
DIMENSI GENERASI TERDAHULU DALAM AMALAN BERMASYARAKAT
![]() |
| budaya perlu dijaga dengan dimurnikan dengan asas syariat yang kukuh agar tradisi dapat bertahan lalu mengangkat pengabdian diri kepada tuhan |
Kegiatan hidup sehari-hari oleh manusia sudah pasti memerlukan suatu sistem tatacara pengurusan tertentu supaya dapat mempermudahkan segala aktiviti yang dilakukan. Sistem kehidupan yang pastinya mengikut acuan dan nilai syariat tentu saja menjamin kesejahteraan berpanjangan khususnya dalam hidup bermasyarakat. Demikianlah para rasul diutus oleh Tuhan supaya antara lainnya menjadi qudwah kepada seluruh umat untuk menuju kepada sistem hidup yang membahagiakan berpaksi kepada suruhan-suruhan Tuhan (Allah SWT).
Khamis, 5 November 2020
(RINGKASAN ARTIKEL) Online pitey and its discontent: revisiting Islamic anxieties on Indonesian social media.
SUMBER:
Fatimah Husein & Martin Slama (2018) Online piety and its discontent:
revisiting Islamic anxieties on
Indonesian social media, Indonesia and the Malay World, 46:134,
80-93, DOI:
10.1080/13639811.2018.1415056
To link to
this article: https://doi.org/10.1080/13639811.2018.1415056
Disediakan oleh:
Mohd
Faizal b. Sarail[1]
SMK
Datuk Panglima Abdullah
mfaizalsarail@gmail.com
RINGKASAN ARTIKEL:
Media Sosial (medsos)
seperti WhatsApp dan facebook sering digunakan oleh sesetengah kumpulan
sukarela untuk menggerakkan kerja-kerja dakwah mereka seperti dalam hal memberi
pertolongan -iaitu dalam bentuk sedekah (kebajkan) kepada golongan yang
memerlukan mahupun untuk aktiviti
bersifat ibadah seperti tilawah al-quran secara harian – One Day One Juz (ODOJ).
Di indonesia pengunaan medan medsos berjaya memberi kesan positif untuk menarik
lebih ramai orang untuk bersama-sama melakukan amalan kebaikan. Penggunaan medsos dalam praktis kegiatan sedekah atau kebajikan
pada masakini adalah untuk tujuan memotivasi kepada khalayak ramai supaya turut
sama menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan (needy people). Ia
bukanlah semata-mata bertujuan untuk menunjukkan atau mempamerkan kebaikan yang
dilakukan supaya mendapat pujian sanjungan daripada masyarakat. Kerana hal
sedemikan adalah haram disisi agama islam dan jelas mencacatkan keikhlasan
dalam melakukan ibadah yang sepatutunya dilakukan semata-mata untuk mendapat
keredhaan Allah SWT seperti mana yang
diperingatkan oleh hujjahtul islam Imam al-Ghazali rahimallahu alaih.
Sifat riya’ yang dikhuatiri akan terlahir dalam setiap
tindakan ke atas amalan baik yang dilakukan nampaknya telah sedia dimaklumi
oleh semua organisasi yang terlibat dengan kerja-kerja dakwah ini. Tegasnya,
sifat riya' adalah persoalan hati bagi tiap individu yang secara hakikatnya
hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Justeru, soal keikhlasan tiap individu
hanya dapat ditentukan melalui niat (juga melalui hati) untuk melakukan sesuatu
pekerjaan/amalan itu sendiri. Selain itu, tindakan sesetengah badan-badan
kebajikan untuk menghebahkan kerja dakwah yang dilakukan dalam medsos
masing-masing adalah untuk memberi galakkan serta promosi kepada para netizan
dan masyarakat supaya kutipan dana meningkat sekligus dapat menampung lebih banyak kumpulan yang memerlukan
bantuan. Sesungguhnya, medsos hanyalah sekadar wadah baru untuk
menginterpretasi jalan dakwah pada era kini agar dapat membudayakan ibadah
islam ke dalam kehidupan ummah.
Rabu, 21 Oktober 2020
PENDIDIKAN ISLAM DALAM DIMENSI CABARAN SEMASA: IMPLIKASI PERKEMBANGAN DUNIA TEKNOLOGI TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN IDEAL
Dunia tanpa sempadan dengan teknologi komunikasi
Menurut Shamsul et. al (2004) walaupun hakikatnya dunia masih memerlukan sempadan negara-negara (dari aspek geografi) namun kemajuan dalam globalisasi haruslah dimanfaatkan untuk mentransformasikan masyarakat baik dalam bidang ekonomi dan proses pembinaan ilmu. Kepesatan pembangunan teknologi komunikasi membolehkan proses pembelajaran boleh berlangsung di mana-mana. Hari ini pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PDPR) yang diperkenalkan ekoran penularan wabak covid-19 wajar diuruskan dengan sebaiknya. Kaedah penyampaian yang berkesan perlu diterapkan oleh setiap guru agar kandungan kurikulum dapat disampaikan kepada para pelajar dengan menyeluruh dan objektif. Dipihak kerajaan pula adalah diharapkan agar penambahbaikan prasaranan jalur lebar digiatkan khususnya di kawasan-kawasan yang sukar untuk menerima rangkaian telefon dan internet, dan usaha ini perlu digembleng bersama-sama pihak swasta agar penyediaan kemudahan ini dapat dilakukan secara progresif.
Selasa, 13 Oktober 2020
Sebelum akhir (mengenang subuh)
Rabu, 30 September 2020
PRN Sabah ke-16: Mengatasi Pandemik Covid-19
Khamis, 30 Julai 2020
lunas undang-undang
Rabu, 16 Oktober 2019
Remaja dan Zaman
![]() |
| Mukaddimah dalam menyampaikan ceramah kepada para pelajar |
Persoalan yang mendasari sesi ceramah ini adalah berkisar berkaitan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja yang kian membimbangkan. laporan akhbar saban hari yang memaparkan salahlaku dan jenayah yang melibatkan remaja sudah menjadi perkara biasa untuk ditatapi. Terbaharu, seperti yang dilaporkan akhbar Metro (Zuliaty Zulkiffli, 17 Oktober 2019) sekumpulan remaja terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga perempuan yang tidak mempunyai hubungan mahram menyewa sebuah bilik hotel dan disyaki terbabit dengan gejala tidak sihat (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/507807/check-ramai-ramai). Kesemua mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun yang mana peringkat usia ini menunjukkan bahawa mereka adalah terdiri daripada pelajar sekolah menengah (tingkatan empat hingga enam). Salahlaku sebegini memperlihatkan kurangnya penghayatan agama dalam diri remaja sehingga berani untuk melanggari batasan agama dalam soal pergaulan. Justeru, menerangkan hikmah disebalik syariat agama perlu dibentangkan kepada remaja agar menjadi benteng diri daripada melakukan maksiat yang mengundang dosa dan murka Allah SWT.
Hakikat pengetahuan agama yang benar akan menjadi pembimbing dalam menjalani kehidupan. Justeru, pada fasa perkembangan remaja yang kompleks ini nilai tindakan perilaku haruslah diimbangi dengan nilai-nilai agama yang tujuannya adalah untuk meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah SWT. Hal ini sepertimana yang dapat difahami menerusi firman Allah SWT;
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu." (Surah Az-Zaariyat:56)Tambahan lagi, pelajar tingkatan tiga bagi tahun 2019 ini adalah merupakan kohort pertama yang menerima perubahan kurikulum pendidikan kebangsaan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang menggantikan kurikulum lama iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kepada mereka ini wajar diberi pengetahuan dan maklumat sesuai dengan perkembangan semasa. Perubahan kurikulum ini adalah sebagai satu proses penambahbaikan sistem pendidikan negara dalam aspek pembelajaran murid dan kaedah pengajaran guru. Ia secara langsung menumpukan kepada kepada teras utama iaitu a) komunikasi b) nilai dan akhlak c) kemanusiaan d) keterampilan diri e) perkembangan fizikal dan estetika f) sains dan teknologi. untuk dibangunkan demi menyiapkan para pelajar dalam mendepani cabaran akan datang (DSKP, KPM, 2019).
Menerusi KSSM, pelajar bukan sahaja dipandu dalam memperkembangkan bakat dan kemahiran semata-mata. Malahan kurikulum ini mencakup aspek kognitif iaitu lebih menjurus kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Secara ringkasnya, pemikiran kreatif dan kritis wajar diberi penekanan dalam arus pendidikan semasa untuk melahirkan generasi yang mampu menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Hal ini sudah tentu memerlukan kepada satu cara berfikir yang sistematik, tersusun dan analitikal. Justeru, pendekatan dalam KBAT mampu membiasakan untuk mereka berfikir dengan cara yang betul, sekaligus menambah kematangan dalam tindakan mereka.
Selain itu, KBAT juga dapat dijadikan landasan untuk menerapkan penghayatan aspek akidah dalam kalangan pelajar yang seterusnya akan membentuk kefahaman yang mantap bertepatan dengan syariat Allah SWT (Mohd Syaubari Othman et al, 2016). Hal ini juga menggambarkan kepada kita bahawa KBAT adalah sebahagian daripada usaha untuk membentuk world view yang selari dengan aturan agama sehingga membentuk kefahaman yang utuh terhadap keyakinan kepada Allah SWT dan syarak. Selain itu, secara langsung hal ini terkait dengan pemikiran falsafah yang menjadi acuan untuk berinteraksi kepada realiti kehidupan dalam menangani cabaran semasa (Asmawati, 2012).
![]() |
| Para pelajar memberi tumpuan kepada ceramah yang disampaikan. |
Ahad, 18 Ogos 2019
PROGRAM IBADAH QURBAN SDPA 2019M/ 1440H
![]() |
| Kad jemputan digital program qurban SDPA 2019 |
| Para guru bekerjsama menjatuhkan lembu untuk disembelih |
| Proses melapah ditunjukkan oleh Ust. Shamie kepada para pelajar |
| Pembungkusan daging qurban oleh para pelajar |
| Tunjuk cara menjatuhkan dan membaringkan lembu ditunjukkan oleh Cg. Moktar, Ust. Fadhli dan Cg. Mohd Nazri |
| Aktiviti memasak dilaksanakan oleh AJK Jamuan diketuai oleh Cg. Saleha |
| Hidangan daging masak kunyit dan sup tulang |
| Guru dan pelajar bersama-sama menikmati jamuan makan |
| Agihan daging qurban kepada kumpulan pelajar |
| Agihan daging qurban kepada guru dan kejiranan kuaters SDPA |
Jumaat, 28 Disember 2018
Modul SPM
![]() |
| Kulit buku yang dihasilkan sendiri untuk Modul SPM yang bakal diterbitkan |
Khamis, 17 Mei 2018
Demokrasi dan Rakyat
Kemelut negara sebelum ini yang dibayangi oleh hutang yang meningkat dan gejala rasuah menjadi titik tolak kebangkitan suara rakyat. Kegelisahan rakyat yang dihantui kos kehidupan yang kian meningkat menjadi suara dalaman yang mendesak bahawa perubahan mesti dilakukan. Hasilnya telah diterjemahkan dalam proses pilihanraya yang pada akhirnya memberi kecundang kepada parti yang telah berkhidmat selama enam dekad di tanahair ini. Penyebaran maklumat melalui media masakini yang dilihat menjadi ruang kepada rakyat untuk mengikuti sebarang info dalam dan luar negara berjaya membentuk kefahaman dan persepsi yang berbeza-beza. Kesannya, pendirian rakyat mula terbentuk untuk dimanifeatasikan dalam pilihanraya yang diadakan.
Kini (21 Julai 2018 - keitka tulisan ini disambung semula) kerajaan baharu memasuki 70 hari menjalankan urus tabir negara. Janji manifesto untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah dikotakan. Isu GST ini adalah diantara beberapa isu yang sering mendapat perhatian rakyat semenjak ia dilaksanakan dengan gambaran yang diberikan ialah meningkatkan harga barang pada umumnya. Pelaksanaannya telah memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat yang menyifatkannya sebagai suatu bebanan yang tidak adil kepada pengguna akhir, tambahan pula ia menjadi kepertian yang mendalam kepada rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti nelayan, petani dan buruh khususnya di kampung-kampung. Walaupun pada hakikatnya kerajaan terdahulu mencetuskan pelaksanaannya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mapan. Namun, penerangan yang tidak menyeluruh dan kemungkinan terdapat pihak-pihak yang mengambil kesempatan, maka ia kelihatan tidak munasabah untuk dilaksanakan sama sekali - kefahaman rakyat gagal dibentuk.
Rabu, 2 Mei 2018
MEMILIH
Sandaran rakyat dalam membuat keputusan memilih pemimpin adalah berdasarkan tafsiran mereka terhadap isu semasa yang diperolehi menerusi pelbagai saluran media. Sama ada isu tersebut berkait dengan pentadbiran negara mahupun menyentuh keperluan hidup seharian. Justeru, tidak hairanlah dalam suasana menjelang pilihanraya akan timbulnya pelbagai 'cerita' yang tidak dapat dipasitkan kesahihannya.
Kesimpulannya, hak memilih pemimpin yang akan datang haruslah diberi peritmbangan sewajarnya dengan mengambil kira kebolehan mereka menterjemahkan amanah yang telah diberikan. Kepimpinan yang didasari dengan sifat ketelusan serta integriti dalam memperjuangkan nasib rakyat akan memberikan kesan kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarkat disamping kestabilan politik yang akan membangunkan kemajuan negara di pentas dunia.
Mengkodifikasi kesalahan dalam menulis jawapan pendidikan islam SPM: Tinjauan untuk kelas 5 Teratai
proses pemeriksaan dan penandaan skrip jawapan dijalankan untuk mendapatkan gambaran penguasaan calon dalam topik-topik yang diuji Dua m...
-
Sinar mentari petang Petang Tatkala berlabuh sinar mentari Ragam manusia kian longlai Dek keletihan mencari penghidupan Seb...
-
Kelab Ping Pong (SDPA table Tennis club) SDPA akan menghantar wakil ke pertandingan Ping Pong MSSD Semporna bagi tahun 2017. Seramai 10 ora...
-
Poster Panitia Pendidikan Islam SMKDPA 2017 Panitia Pendidikan Islam SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna (SMKDPA) terdiri darip...
















